Home Artis Korea Atlet Menembak Korea Selatan Kim Ye Ji Bakal Debut dalam Drama Siri...

Atlet Menembak Korea Selatan Kim Ye Ji Bakal Debut dalam Drama Siri Crush, Bawa Watak sebagai Pembunuh

0

Kim Ye Ji iaitu atlet menembak yang berasal dari Korea Selatan bakal membuat debut sebagai seorang pelakon.

Sebelum ini Kim Ye Ji berjaya menarik perhatian netizen dan menjadi viral kerana aksinya yang sangat memukau semasa melakukan aksi menembak di temasya Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

IMG 2543

Bukan biasa-biasa, pemenang pingat perak tersebut akan muncul dalam drama siri Crush yang turut dibintangi oleh pelakon India iaitu Anushka Sen. Dalam projek debutnya ini, Kim Ye-ji dikhabarkan akan membawa watak sebagai pembunuh.

Mari kita lihat dibawah beberapa fakta penting tentang debut Kim Ye-ji dalam drama Crush!

1. Kim Ye Ji bakal debut dalam drama siri Crush

Kim ye ji

Setibanya dari temasya Olimpik Paris 2024, Kim Ye-ji menerima banyak tawaran dari dunia hiburan. Selepas pernah diwawancara oleh Yoo Jae Suk dan tampil seperti model profesional di sebuah acara fesyen, kini Kim Ye Ji akan debut sebagai seorang pelakon.

Dipetik dari Koreaboo, atlet berusia 32 tahun tersebut akan debut melalui drama siri berjudul Crush yang merupakan spin-off untuk filem Asia (2023). Drama siri arahan pengarah terkenal Lee Jungsub ini mengangkat tentang beberapa orang individu yang berjuang melawan isu-isu kebencian dan diskriminasi perkauman.

2. Bawa watak sebagai pembunuh

Crush

Drama siri Crush merupakan projek multinasional yang melibatkan para pelakon dari tujuh buah negara yang berbeza, termasuk Amerika dan beberapa negara Asia lain.

Menurut PLFIL iaitu agensi Kim Ye Ji, atlet tersebut akan membawa watak sebagai seorang pembunuh.

“Projek ini menampilkan bintang-bintang multinasional dari lebih tujuh buah negara dari AS dan Asia. Mengangkat isu-isu kebencian dan diskriminasi perkauman. Drama siri tersebut akan menampilkan Kim sebagai pembunuh yang sangat menawan,” kata wakit PLFIL, dipetik dari Koreaboo, pada 14 September 2024.

3. Kim Ye Ji mengaku gembira dan juga gugup

f9bedfa4 4c67 432f 85cd 84d4432805ed

Ryu Min Guk, CEO PLFIL mendedahkan bahawa Kim Ye Ji merasa gembira dengan debutnya sebagai pelakon. Namun dia juga turut merasa gugup dan berdebar.

“Kim Ye Ji sangat gembira dan gugup serta berdebar untuk memulakan debutnya sebagai pembunuh yang menawan dalam drama siri spin-off tersebut. Setelah ditayangkan, drama siri ini akan menjadi hadiah besar bagi para peminatnya di seluruh dunia,” kata Ryu Min Guk.

Selain Kim Ye Ji, drama siri Crush juga dibintangi oleh pelakon dari India iaitu Anushka Sen. Baru-baru ini, Asia Lab berkongsi teaser serta potongan gambar yang menampilkan babak Kim Ye Ji dan Anushka Sen. Dalam salah satu potongan gambar tersebut, mereka tampak garang dan sedang mengacukan pistol ke arah kamera.

Teaser dan potongan gambar yang dilancarkan oleh Asia Lab di laman Instagram tersebut terus memicu minat para peminat setia. Ramai yang mengaku sudah tidak sabar untuk menyaksikan debut lakonan Kim Ye Ji dan gandingannya bersama Anushka Sen.

Walau begitu, belum ada pengumuman lebih lanjut tentang tarikh tayangan drama siri Crush ini. Jadi kita nantikan saja maklumat seterusnya ya.

Baca lagi: 4 Filem Thriller Psikologikal Jepun Terbaik yang Boleh Anda Tonton, Penuh Misteri Mencengkam Jiwa
Baca juga: 15 Drama Korea Ini Tampilkan Momentum Hebat Sejak Episod Pertama, Plot Menarik dan Tidak Membosankan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here