Home Movie 26 Filem dan Drama Siri yang Bertemaakan “Survival Game”, Nyawa Jadi Taruhan

26 Filem dan Drama Siri yang Bertemaakan “Survival Game”, Nyawa Jadi Taruhan

0

Squid Game sangat popular kerana menampilkan cerita tentang hidup para peserta permainan yang membawa maut, yang berjuang untuk bertahan hidup demi hadiah wang tunai lumayan.

Tema “survival game” tersebut sangat banyak diangkat oleh para pembuat filem dan juga drama siri.

Drama Siri bertemakan “survival game” Squid Game, dan Lee Jung-jae akan kembali untuk musim kedua pada 26 Disember 2024. Bersama-sama dengan Wi Ha-jun dan Gong Yoo. Mereka akan disertai oleh Lee Byung-hun, Im Siwan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Park Gyu-young, Jo Yu-ri, Kang Ae-sim, Lee David, Lee Jin-uk, Choi Seung-hyun, Roh Jae-won dan Won Ji-an.

IMG 2604

Ia adalah barisan pelakon baharu yang menarik dipilih daripada pelbagai latar belakang selain masih mengekalkan beberapa pemain lama.

Berikut ialah beberapa filem dan drama siri bertemakan “survival game” lain yang mesti anda tonton jika anda menggemari “Squid Game”:

1. Alice in Borderland

IMG 2602

Drama siri bertemakan “survival game” dari Jepun ini menceritakan tentang sekumpulan manusia yang tiba-tiba ada di dunia misteri. Mereka perlu mengambil bahagian dalam berbagai-bagai permainan maut jika ingin selamat dari dunia alternatif tersebut.

2. Battle Royale

Survival game

Filem bertemakan “survival game” Battle Royale mengambil latar waktu Jepun di masa depan. Kerajaan memilih satu kelas dari sebuah sekolah untuk menyertai sebuah permainan yang bahaya dan membawa maut pada setiap tahunnya.
Para pelajar saling berbunuhan, bertahan hidup, hingga akhirnya hanya ada seorang pemenang yang terselamat.

3. Circle

Filem bertemakan “survival game” Circle mengisahkan tentang 50 orang yang terjebak dalam ruangan gelap, tanpa ingatan tentang bagaimana mereka boleh sampai ke sana. Akhirnya, mereka menyedari bahawa mereka perlu membuat pilihan sukar untuk menentukan siapa yang selamat, serta siapa yang mati. Mereka juga terus berusaha merungkai misteri yang mereka alami di sana.

4. The Belko Experiment

Filem bertemakan “survival game” ini menceritakan tentang sebuah syarikat di Amerika Selatan, yang mengunci para pekerja. Keadaan itu membuatkan para pekerja saling membunuh antara satu sama lain.

5. Animal World

Animal World merupakan filem bertemakan “survival game” dari negara Cina. Menceritakan tentang seorang lelaki yang terbelit dengan hutang, bermain dalam permainan kad yang ekstrem. Pada perlawanan itu, pemain yang kalah perlu mengenakan kostum binatang. Mereka berjuang hidup di dalam permainan fizikal yang berbahaya.

6. Cube

Filem bertemakan “survival game” Cube mengambil kisah tentang sekumpulan manusia yang tidak mengenali antara satu sama lain, terbangun dalam bangunan kubus. Dalam cube itu, terdapat berbagai-bagai bilik dengan permainan yang mengerikan.
Mereka perlu bekerja sama untuk mencari jalan keluar, sambil menghindari kematian di dalam bilik-bilik cube tersebut.

7. Exam

Dalam filem bertemakan “survival game” Exam, lapan orang terjebak di ruangan ujian untuk sebuah pekerjaan impian. Kemudian mereka menemui bahawa ujian tersebut tidak seperti yang mereka sangkakan.

8. As the Gods Will

Para pelajar sekolah tiba-tiba terlibat dalam permainan maut. Permainan-permainan ini dikendalikan oleh seseorang dengan kuasa supernatural. Mereka kemudian perlu menghadapi berbagai-bagai ujian yang aneh dan membawa maut untuk bertahan hidup dalam filem Jepun bertemakan “survival game” ini.

9. Ready or Not

Wanita yang baru berkahwin ini menemui tradisi aneh dalam keluarga barunya. Mereka bermain permainan maut setiap kali ada perkahwinan baru dalam keluarga tersebut.

10. The Hunger Games

Di sebuah negara, Capitol mewajibkan setiap daerah untuk menghantar wakil untuk bertanding dalam Hunger Games. Pertandingan tersebut membawa maut dan hanya boleh dimenangi oleh seorang wakil sahaja, sementara yang kalah semuanya akan mati. Katniss perlu menghadapi cabaran besar untuk bertahan hidup dan melawan Capitol.

11. The 8 Show (2024)

IMG 2596

Drama Siri bertemakan “survival game” The 8 Show ialah adaptasi daripada webtoon popular bertajuk Money Game dan sekuelnya, Pie Game. Kisah ini mengikuti pengembaraan lapan orang yang terpaksa bertahan dan bermain permainan untuk memenangi berjuta-juta won.

Dalam The 8 Show, 8 orang yang tidak dikenali dibawa bersama untuk bermain permainan ganas yang mematikan, dan mendapatkan hadiah wang yang akan mengubah hidup mereka. Masing-masing tinggal di tingkat yang berasingan di dalam bilik gergasi.

12. 3% (2016-2020)

IMG 2594

Satu lagi rancangan “survival game” yang hampir sama dengan Squid Game, 3% adalah drama siri Brazil yang mana watak-wataknya juga terbahagi kepada kaya dan miskin. Ahli kelas bawahan berpeluang menyertai kelas atasan masyarakat jika mereka berjaya melalui satu siri permainan survival yang melelahkan.

13. Liar Game (Japan 2007-2010)

IMG 2614

Berdasarkan siri manga popular dengan nama yang sama, plot Liar Game agak serupa dengan Squid Game. Pertunjukan tiga musim drama siri bertemakan “survival game” ini akan membuatkan anda sentiasa berada di hadapan, sambil anda menonton sekumpulan pemain mengambil bahagian dalam permainan survival psikologi.

Drama siri televisyen Jepun ini terdiri daripada tiga musim dan mengikuti perjalanan seorang wanita muda, Nao (Erika Toda), yang mendapati dirinya tertarik dengan “Liar Game” yang berbahaya. Setiap peserta dalam permainan diberi sejumlah besar wang dan ditugaskan untuk memanipulasi yang lain untuk menyerahkan duit milik mereka.

14. The Purge (2018-2019)

IMG 2615

Sama seperti Squid Game, The Purge berkisarkan sekumpulan orang asing yang kelihatan tidak berkaitan cuba bertahan di AS yang diubah suai di mana semua jenayah, termasuk pembunuhan, menjadi sah selama 12 jam.

Mereka ini perlu mencari jalan untuk bertahan pada malam itu. Apabila jam berdetik dan penghujung wwktu semakin hampir, mereka juga perlu melihat semula masa lalu mereka untuk pertarungan ini.

15. JOKER GAME

7 gadis yang kalah dalam satu permainan ini dikumpulkan di suatu tempat. Mereka harus menyertai “Escape Game of Death”. Ketujuh-tujuh mereka yang dikurung dalam sebuah bilik kena cari klu tersembunyi dan saling bekerjasama untuk larikan diri.

 

16. KAIJI: THE ULTIMATE GAMBLER

Ito Kaiji, seorang pemuda yang merantau ke Tokyo lepas tamat sekolah. Di kota besar itu, dia buat perangai berjudi sambil layan hobinya mengumpat orang kaya. Suatu hari, dia rosakkan kereta orang. Ternyata tuan punya kereta tu, Endo merupakan seorang pengutip hutang.

Jika nak hutangnya lunas, Kaiji kena join satu game ni. Kalau kalah, Kaiji harus menghabiskan hidupnya jadi buruh paksa atau hamba di bawah tanah. Sekiranya nak keluar dari sana pula, ada satu permainan lagi yang melibatkan nyawa. Berjayakah Kaiji selesaikan hutangnya dan keluar hidup-hidup?

17. FRIENDS GAME

Kali ini bukan nyawa jadi taruhan tapi persahabatan. Pengkhianatan antara sahabat yang mencetuskan api pertengkaran akan menyebabkan kekalahan dalam permainan ini.

Ryo Yoshizawa, terseret ke dalam permainan ini bersama dengan 4 sahabatnya. Mereka dibebankan sejumlah hutang yang dapat bertambah dan berkurang sepanjang permainan itu dengan syarat tertentu yang tidak diketahui.

Kalau curiga dengan kawan, kemungkinan untuk kalah makin tinggi. Kepercayaan terhadap sahabat saling diuji di sini.

18. BINGO

IMG 2616

Pada masa depan, Jepun tukar stail hukuman mati di negara mereka. Hukuman maut ditentukan dalam game bingo yang dimainkan oleh keluarga mangsa. Nasib seorang banduan bernama Masaya kini di tangan pemain bingo itu. Mayumi yang duduk di bilik kawalan bersama staf yang mengendalikan game bingo itu merenung Masaya.

19. TAG

Para pelajar perempuan sekolah tinggi termasuk Mitsuko, Keiko, Izumi (Erina Mano) lari semahu-mahunya apabila mereka jadi target hantu-hantu bertopengkan pengantin lelaki berwajah khinzir dan guru perempuan dengan senapang mesin.

20. Pyramid Game (2024)

IMG 2595

Drama siri bertemakan buli dan “survival game” Korea ini diadaptasi dari webtoon karya Dalkkonyak yang dilancarkan pada tahun 2020 dan telah berakhir pada tahun 2022. Ia adalah siri ngeri psikologi dan survival. Ia berpusat di sekitar Sekolah Menengah Perempuan Baekyeon dan sistem ranking popularitinya yang kejam, yang dipanggil “Pyramid Game.”

Sistem kejam ini mempunyai kuasa yang besar kerana ia boleh menentukan bagaimana pelajar akan dilayan di sekolah. Sistem ranking ini juga membawa kepada keganasan sekolah yang melampau.

21. Death’s Game (2024)

IMG 2597

Drama siri Death’s Game, kisah penjelmaan semula fantasi berpusat di sekitar Choi Yee-jae (Seo In-guk) yang ingin menyerah pada kehidupan. Malaikat Maut (Park So-dam) kemudian menghukumnya untuk dijelmakan semula melalui 12 kehidupan yang berbeza dan Yee-jae mesti menghentikan kematian mereka yang akan berlaku.

Dia perlu melalui 12 fasa kehidupan dalam tubuh orang-orang yang akan mati. Menariknya setiap orang tersebut memiliki berbagai-bagai latar belakang dengan berbagai-bagai sisi gelap dalam kehidupan mereka.

22. MOST DANGEROUS GAME (2020)

IMG 2605

USD25 Juta dalam masa 24 Jam, dibunuh atau membunuh. Dodge Tynes (Liam) cukup tertekan dengan hutang, projek bangunan yang dia buat pun tak menjadi. Isteri pula sarat mengandung, tiba-tiba dapat pula berita yang dia menghidap kanser otak dan perlu kos yang banyak untuk membuat rawatan.

Tak lama, hidup Dodge terasa bersinar kembali apabila dia mendapat tawaran pinjaman dari Tiro Fund yang dimiliki oleh Miles Sellars (Christoph). Namun apa yang diharapkan oleh Dodge terjadi sebaliknya.

Miles menawarkan dia untuk menyertai satu permainan yang membolehkan dia membawa pulang wang sebanyak $25 Juta sekiranya dia kekal hidup sepanjang 24 jam dan setiap 1 jam sejumlah wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank Dodge sekiranya dia tidak mati.


23. Escape Room (2019)

Filem bertemakan “survival game” ini mengisahkan enam orang yang tidak dikenali yang diberikan kotak hitam misteri dengan tiket ke bilik melarikan diri yang mengasyikkan untuk peluang memenangi banyak wang. Dikunci dalam beberapa bilik dengan keadaan yang melampau, mereka menemui rahsia di sebalik bilik melarikan diri dan mesti berjuang untuk bertahan dan mencari jalan keluar.

 

24. Maze Runner

IMG 2617

Filem bertemakan “survival game” THE MAZE RUNNER mengisahkan Thomas yang bangun dari lif ke dunia yang hanya ada remaja lelaki. Dia dan semua lelaki di dunia tidak ingat masa lalu yang berlaku kepada mereka. Mereka bertahan di bawah satu set peraturan dalam persekitaran tertutup sepenuhnya. Mata pencarian mereka datang dari pertanian dan bekalan mereka sendiri.

Kumpulan Glade, yang berada dalam persekitaran ini, telah cuba mencari jalan untuk melarikan diri melalui Labyrinth yang mengelilingi ruang hidup mereka selama tiga tahun, tetapi mereka sentiasa gagal. Apabila ia mula terdesak, keadaan berubah apabila seorang gadis koma datang dengan nota pelik, mereka mula mempertaruhkan nyawa mereka untuk melarikan diri dan bertahan.

 

25. 13 Beloved (2006)

IMG 2606

Filem bertemakan “survival game” ini terdapat 2 versi, versi Thailand 2006 yang bertajuk “13 BELOVED” dan remake dari USA tahun 2014 bertajuk “13 Sin”.

Diulit dengan hutang keliling pinggang dan hanya ada satu jalan keluar, Chit (Krissada Sukosol) perlu bermain 13 PERMAINAN MAUT yang akan menguji dan menentang naluri kemanusiaannya demi untuk memenangkan sejumlah duit bagi menyelesaikan hutang-hutanganya.

Chit menerima satu panggilan telefon yang tidak dikenalinya tapi si pemanggil mengetahui semua latarbelakangnya dari A-Z. Pemanggil itu telah menawarkan dia untuk mengikuti satu permainan yang digelar “13 Beloved”.

Namun untuk mendapatkan duit itu bukanlah sesuatu yang mudah kerana Chit perlu melakukan hal-hal yang cukup merbahaya, diluar tabii dan dia wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan. Jika tidak, kesemua duit yang dimenanginya sebelum itu akan ditarik balik.

Di sisi lain, ada sekumpulan manusia yang juga sedang memerhatikan Chit tanpa pengetahuan Chit. Rupa-rupanya, ini bukan sahaja permainan rahsia! Tapi ia telah dijadikan sebagai satu gelanggang pertarungan untuk dipertontonkan kepada segelintir manusia yang bertaruh atas Chit.

Mampukah Chit menyelesaikan kesemua cabaran tersebut? Adakah nyawanya juga menjadi pertaruhan dalam permainan ini?

Semua cadangan filem dan drama siri di atas mempunyai daya tarikan cerita masing-masing. Pastinya semua filem dan drama siri ini berjaya membawa suasana tegang dan mencemaskan! Jangan lupa untuk menonton!

Baca lagi: Atlet Menembak Korea Selatan Kim Ye Ji Bakal Debut dalam Drama Siri Crush, Bawa Watak sebagai Pembunuh
Baca juga: Popular dan Ada Aura Tersendiri, 12 Pelakon Chungmuro Ini Tampil dalam Drama Siri 2024
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here