Home News 7 Kdrama Bawa Tema Kesedaran Sosial Tentang Bunuh Diri dan Cara Mengatasi,...

7 Kdrama Bawa Tema Kesedaran Sosial Tentang Bunuh Diri dan Cara Mengatasi, Banyak Pengajaran Hidup

0

Tujuan Kdrama yang membahaskan topik kesedaran sosial ini bukan hanya untuk hiburan, tetapi juga untuk memberi pendidikan kepada masyarakat bahawa mengakhiri hidup bukan satu-satunya jalan yang ada dalam melepaskan diri dari masalah.

Tahukah anda Bulan September merupakan suicide prevention month atau bulan pencegahan bunuh diri?

Pada tarikh 10 September setiap tahun, Hari Pencegahan Bunuh Diri sedunia diadakan dengan pelbagai program berguna untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya memberi sokongan terhadap mereka-mereka yang memerlukan bantuan secara moral dan mental supaya kes bunuh diri tidak lagi berlaku.

Oleh kerana angka bunuh diri yang tinggi di dunia, terutamanya di Korea Selatan, banyak drama Korea yang mengangkat tema ini.

Berikut ini adalah senarai Kdrama tentang cara mengatasi kes bunuh diri yang boleh anda tonton. Semua drama Korea ini mengandungi pesanan mendalam dan kisah yang menyentuh perasaan.

 

Kdrama1. Kdrama Korea Tomorrow (2022) mengisahkan tentang malaikat maut yang ditugaskan untuk menyelamatkan dan menghalang orang-orang yang hendak bunuh diri

 

05fe9857 8a2a 4760 b483 125e804cdae42. Daily Dose of Sunshine (2023) menekankan bahawa gangguan mental dapat membuatkan seseorang mengambil jalan ekstrim, tapi melalui rawatan yang betul kita boleh mencegah tindakan bunuh diri

 

63ce2b44 9a11 40e1 936a bc78170ae3ac3. Keputusan ekstrim seorang pelajar yang hidupnya tidak bahagia dalam Kdrama Korea A Time Called You (2023) menyebabkan terjadi rangkaian tragedi kematian yang lain

 

e68758db f044 499f 9dca 4f7dca855e254. Selepas terjun dari sebuah bangunan tinggi, seorang lelaki diberikan peluang oleh malaikat maut untuk menjalani pelbagai kehidupan dalam Kdrama Death’s Game (2023-2024), sebuah kisah yang berjaya membuka mata tentang betapa berharganya hidup yang dikurniakan Tuhan

 

def3af3e c464 4be1 9f1e 086d3aa91e555. Dalam Kdrama Seasons of Blossom (2022), seorang pelajar contoh mengalami kemurungan teruk dan mengakhiri hidupnya. Kematiannya meninggalkan kesan duka lara yang mendalam

 

f70e5781 8b3c 41a2 83ef 3c728a9c1f006. Dalam Kdrama Our Blues (2022), seorang suri rumah tangga mengalami kemurungan kronik selama bertahun-tahun kerana dulunya dia pernah melihat ayahnya bunuh diri

 

879069f1 01d0 4782 82f7 2c0cc856eba47. Salah seorang pesakit dalam Kdrama Doctor Cha (2023) berputus asa kerana penyakit yang dideritainya. Nasib baik, dia berjaya diselamatkan dan boleh memandang hidup dengan lebih positif

Menonton drama-drama Korea di atas pasti dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental dan usaha dan langkah pencegahan bunuh diri.

Ketujuh-tujuh drama Korea di atas menceritakan tentang mereka yang putus asa dan mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup mereka serta kesedihan dan kesan mendalam bagi mereka yang ditinggalkan.

Jika anda mempunyai rakan atau orang terdekat yang kelihatan seperti mempunyai potensi serta pemikiran bunuh diri atau menyakiti diri sendiri, segera cari bantuan profesional dari pakar psikiatri, ahli psikologi, atau klinik kesihatan mental. Anda mampu mengubahnya!

Baca lagi: Kim Dong Wook Serlahkan Bakat dalam 9 Drama Korea Ini, Diminati Ramai
Baca juga: 10 Pelakon Korea Ini Berjaya Bawa Watak Pembunuh Bersiri dengan Baik dalam Kdrama, Pamer Sisi Psiko yang Menggerunkan