Home Anime Sudah Tidak Sabar? Anime Popular Solo Leveling Musim 2 Bakal Ditayangkan

Sudah Tidak Sabar? Anime Popular Solo Leveling Musim 2 Bakal Ditayangkan

0

Akhirnya Studio A-1 Pictures telah melancarkan teaser pertama untuk siri anime popular Solo Leveling musim 2.

Teaser dan berita terbaru mengenai anime adaptasi Webtoon berjudul sama ini didedahkan di majlis Aniplex Online Fest 2024, pada hari Selasa, 17 September 2024.

Sebelum memasuki musim ke 2 ini, anime ini juga akan dikemaskan dalam sebuah filem recap berjudul Solo Leveling -ReAwakening-.

Filem yang dirancang tayangannya di pawagam pada akhir tahun 2024 ini akan menampilkan recap musim pertama dan dua episod awal musim kedua. Menarik bukan?

 

1. Sinopsis anime Solo Leveling musim 2

f5ae704d a5b8 419e a92b 3063f6abad68

Walau belum ada sinopsi rasmi yang didedahkan oleh A-1 Pictures, namun melihat dari bagaimana musim 1 berakhir, musim 2 nanti akan kembali meneruskan pertempuran Jeju Island Arc.

Selain itu, kedudukan Jinwoo yang waktu ini masih berada di Demon Castle selepas mengalahkan Igris dan para necromancer membuatkan arc Return to Demon Castle akan kembali diterokai di musim kedua nanti.

Tentu sahaja, perjalanan Sung Jinwoo sebagai Shadow Monarch yang baru sahaja dimulakan ini masih akan menampilkan pelbagai peristiwa mengujakan, menarik dan menegangkan.

2. Senarai pelakon suara musim 2

0105a6d8 c71b 4424 b17e 1539a13399a3

Beberapa orang seiyuu atau pelakon suara untuk anime Solo Leveling musim pertama akan kembali memainkan peranan mereka untuk musim kedua ini. Berikut ini adalah senarai pelakon suara yang terlibat:

● Taito Ban sebagai Sung Jinwoo
● Hiroki Touchi sebagai Baek Yoonho
● Reina Ueda sebagai Cha Hae-In
● Daisuke Hirawaka sebagai Choi Jong-In
● Genta Nakumura sebagai Yoo Jinho
● Makoto Furukawa sebagai Woo Jinchul
● Ginga Banjou sebagai Go Gunhee

3. Tarikh tayangan musim 2

Solo leveling

Dua episod awal musim 2 akan debut dalam filem recap berjudul Solo Leveling -ReAwakening-. Filem tersebut akan ditayangkan terlebih dahulu di Korea Selatan dan Jepun pada bulan November 2024 nanti. Tayangan di negara-negara lain akan menyusul selepas itu.

Sementara itu untuk anime Solo Leveling musim 2 akan mula ditayangkan pada bulan Januari 2025 tidak lama lagi. Para peminat setia pastinya sudah tidak sabar-sabar lagi bukan?

Baca lagi: Sekuel Siri Solo Leveling: Ragnarok Mengesahkan Adaptasi Webtoon 1 Ogos 2024
Baca juga: “Tomb Raider King” Mendapat Adaptasi Anime, Saingan Terbesar Solo Leveling

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here