Home Anime 6 Filem dan Siri Anime Ini Diinspirasikan dari Kisah Sejarah Sebenar, Ada...

6 Filem dan Siri Anime Ini Diinspirasikan dari Kisah Sejarah Sebenar, Ada yang Anda Minat?

0

Anime selalunya menarik untuk ditonton kerana menampilkan pelbagai cerita yang unik dan menarik. Salah satu perkara menarik tentang anime adalah bagaimana anime dapat mengambil inspirasi dari pelbagai sumber, termasuk sejarah.

Beberapa buah filem dan siri anime menampilkan cerita yang diinspirasikan dari peristiwa sejarah yang sebenar.

Berikut ini adalah enam filem dan siri anime yang mana ceritanya diinspirasikan dari sejarah sebenar yang pasti akan menarik minat para peminat anime dan sejarah. Dari cerita para samurai hingga cerita para pejuang Arab melawan pasukan gajah yang menarik.

Mari kita lihat bagaimana anime mengambil cerita dari masa lalu dan menghidupkannya kembali dalam bentuk yang lebih menarik dan menghiburkan.

1. Sengoku Basara: Samurai Kings (2009)

c0735f6b e05c 4220 8e3c a8b3d34431a8

Siri anime Sengoku Basara: Samurai Kings adalah adaptasi anime dari siri permainan video Capcom dengan nama yang sama yang mula ditayangkan pada 1 April 2009. Diinspirasikan dari zaman Sengoku di Jepun pada abad ke-16, ramai jeneral bertempur dalam perjuangan tanpa penghujung untuk kuasa, tetapi seorang lelaki terbukti menjadi ancaman yang terlalu besar, Oda Nobunaga sang “Raja Iblis”. Baik sebagai kawan atau musuh, dia nekad untuk menghancurkan sesiapa sahaja yang menghalang jalannya dalam mencipta pemerintahan pusat berorientasi.

Namun, Sanada Yukimura dan Date Masamune, dua prajurit muda dari wilayah yang berbeza yang menjadi saingan sengit, mula membentuk kesepakatan yang sukar dengan para jeneral lain untuk mengalahkan Raja Iblis. Sengoku Basara: Samurai Kings adalah anime yang penuh dengan aksi yang intens, watak yang berkarisma, dan cerita yang menaikkan semangat. Ini adalah gambaran fiksyen yang mengagumkan tentang zaman Sengoku, di mana para samurai dan panglima perang berjuang untuk menentukan takdir Jepun

2. Vinland Saga (2019)

Siri anime

Siri anime Vinland Saga adalah anime yang diadaptasi dari manga dengan nama yang sama karya Makoto Yukimura. Cerita yang berlatarkan abad ke-11 di Eropah, di mana Viking dan bangsa England terlibat dalam konflik yang brutal. Siri anime ini mengikuti perjalanan Thorfinn, seorang anak yang kehilangan keluarganya kerana serangan tentara Viking.

Dibesarkan oleh para tentara Viking yang membunuh keluarganya, Thorfinn membesar menjadi seorang prajurit yang menakutkan, dan selalu mencari untuk membunuh pemimpin tentera Viking tersebut, yang bernama Askeladd. Vinland Saga adalah anime yang penuh dengan pertempuran epik, kisah kotor politik, dan eksplorasi tema-tema kehidupan seperti kekerasan, cinta, dan perdamaian.

Karakter-karakter dalam anime ini sendiri banyak mengambil inspirasi dari tokoh-tokoh Skandinavia terkenal seperti Thorfinn Karlsefni Thórdarson, Thorkell the Tall, Leif Erikson dan ramai lagi.

Baca lagi: Siri Anime Terminator Zero, Tayang Ogos 2024, Lebih Banyak Aksi Pedang Daripada Adegan Bertempur

3. The Journey (2021)

0f870cd1 e492 46b2 9b71 7c79b58ce41b

Cerita dari filem anime yang ditayangkan pada tahun 2021 ini diangkat dari peristiwa sejarah Islam pada tahun gajah. Ceritanya sendiri berpusat tentang seorang pembuat tembikar yang bernama Aws Ibn Jubair yang menyertai pertempuran untuk mempertahankan kota tempat tinggalnya iaitu Mekah dari serangan Abraha dan pasukan gajahnya.

Aws yang berjuang melindungi keluarganya, terpaksa mengungkapkan masa lalunya yang gelap ketika dia berjumpa salah seorang tentera Abraha yang merupakan teman lamanya yang diyakini telah meninggal dunia yang bernama Zurara. Walau Zurara hanya menyertai perang untuk makanan dan upah, cerita menarik tentang perjalanan Aws menuju agama meyakinkannya bahawa Mekah mesti dilindungi.

Siap sedia menghadapi pertumpahan darah yang tidak mungkin dapat dihindarkan. Kedua-dua sahabat ini bersatu kembali untuk mempertahankan satu-satunya tanah dan keyakinan yang membolehkan mereka benar-benar memaafkan diri sendiri.

4. The Heroic Legend of Arslan (2015)

f7ea85be 6cdc 4cd6 ab8e 0921079ff0d2

The Heroic Legend of Arslan adalah siri anime yang diadaptasi dari manga dengan nama yang sama karya Hiromu Arakawa. Ceritanya berlatarkan di sebuah kerajaan fiksyen yang dikenali sebagai Pars, yang dihancurkan oleh serangan Kerajaan Lusitania. Kerajaan Pars sendiri diangkat dari Kerajaan Diraja Parsi, khususnya dinasti-dinasti asli di daerah Iran sebelum masa kekuasaan Islam.

Cerita anime ini fokus pada Arslan, seorang putera muda dan penuh rasa ingin tahu dari Pars yang penuh cita-cita, namun dia tidak memiliki kemampuan untuk menjadi seorang raja yang hebat seperti ayahnya. Pada usia 14 tahun, Arslan menyertai pertempuran pertamanya dan kehilangan segalanya. Namun, takdir Arslan adalah menjadi seorang penguasa, dan walau pelbagai cubaan telah dihadapinya, kini dia perlu memulakan perjalanan untuk merebut kembali kerajaannya yang telah jatuh.

Baca lagi: Tonton 8 Siri Anime Ini Jika Anda Suka Watak-Watak Yang Kawaii

5. Golden Kamuy (2018)

3a67f507 ad5d 4d90 8d66 9417a1c8ebad

Berlatarkan Hokkaido, Jepun, pada awal abad ke 20 selepas masa peperangan Russo-Japanese war, siri anime ini mengikuti pengembaraan Sugimoto “Immortal” Saichi seorang veteran perang yang nekad untuk mencari harta karun emas milik Ainu. Sugimoto memulakan pencarian berbahaya untuk menemui emas tersebut, namun, Sugimoto bukanlah satu-satunya pihak yang tertarik, dan setiap orang yang mengetahui tentang emas tersebut akan membunuh sesama sendiri untuk memilikinya.

Dalam perjalanannya Sugimoto tidaklah sendirian, dia ditemani oleh seorang gadis Ainu yang bernama Asirpa, kerana kemampuan berburunya dan pengetahuannya tentang daerah bersalji Hokkaido. Golden Kamuy adalah anime yang menggabungkan elemen pengembaraan, aksi, dan sejarah dengan cerita yang kompleks dan karakter-karakter yang menarik. Siri anime ini juga mengangkat isu-isu sosial dan budaya yang berkaitan dengan masyarakat Ainu.

Baca juga: 10 Siri Anime Klasik Terbaik Sepanjang Zaman, Mesti ditonton

6. SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors (2010)

Anime

SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors adalah anime yang ditayangkan pada tahun 2010 dan diproduksi oleh studio Sunrise. Ceritanya sendiri diinspirasikan oleh novel sejarah Cina yang terkenal iaitu Romance of the Three Kingdoms, yang dikemaskan dengan elemen sains fiksyen dan robot Gundam. Kisah anime berkisar pada zaman Tiga Kerajaan di Cina, di mana tiga negara, Wei, Shu, dan Wu, saling berperang untuk merebut kuasa dan dominasi.

Pahlawan utama dalam cerita ini adalah Liu Bei , Guan Yu , dan Zhang Fei, yang berjuang melawan pasukan jahat yang dipimpin oleh Dong Zhuo dan pasukan lain untuk melindungi perdamaian dan memulihkan keharmonian di dunia. Selama perjalanan mereka, para pahlawan mengumpulkan sekutu dan bertemu dengan karakter-karakter lain yang diinspirasikan oleh Romance of the Three Kingdoms.

SD Gundam Sangokuden Brave Battle Warriors adalah anime yang menggabungkan elemen-elemen robot Gundam dan kisah epik Tiga Kerajaan yang penuh cerita aksi, persahabatan, dan keberanian, di mana pahlawan-pahlawan berjuang untuk mempertahankan kedamaian dan mengungkap kebenaran di sebalik konflik yang melanda dunia mereka.

Melalui cerita-cerita ini, kita dapat melihat bagaimana anime dapat menjadi lubuk untuk mempelajari dan menghargai sejarah. Dengan mengambil inspirasi dari peristiwa sejarah yang sebenar, anime dapat memberikan sudut pandangan baru dan menarik tentang masa lalu yang mungkin telah lama dilupakan.

Bagi peminat anime dan sejarah, menonton anime yang diinspirasikan dari sejarah adalah cara yang menyenangkan dan menarik untuk belajar lebih banyak tentang sejarah.

Baca lagi: Sudah Tidak Sabar? Anime Popular Solo Leveling Musim 2 Bakal Ditayangkan
Baca juga: Semua Inspirasi dari Webtoon, 5 Kdrama Menarik Kim So Hyun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here