Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 9 Watak Ini Tikam Belakang Jung Woo dalam Black Out, Terlalu Jahat

9 Watak Ini Tikam Belakang Jung Woo dalam Black Out, Terlalu Jahat

0

Koo Jung Woo (Byun Yo Han) ditahan di penjara selama 10 tahun atas tuduhan membunuh Sim Bo Young (Jang Ha Eun) dalam drama Korea Black Out (2024).

Namun, dia langsung tidak mempunyai ingatan tentang malam kejadian tragis itu. Selepas dibebaskan dari penjara, kini Koo Jung Woo berusaha untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah.

Selepas kembali melakukan penyiasatan bersama detektif No Sang Cheol (Ko Jun), Koo Jung Woo semakin yakin bahawa dia bukanlah pembunuh tapi sebenarnya banyak pihak yang telah memerangkap dirinya hingga menjadi suspek utama kes pembunuhan tersebut.

Rupa-rupanya banyak watak para yang tergamak tikam belakang Koo Jung Woo dalam drama Black Out seperti berikut ini. Semua watak ini berjaya membuatakn emosi para penonton turun naik!

 

Black out1. Yang Byeong Moo (Lee Tae Gu) terbukti telah merogol Sim Bo Young, DNA miliknya ditemui di seluar dalam yang hilang dari gadis itu

 

2cd5015d 8e58 4966 bfa8 e4f82aa38afe2. Sementara itu ayah Byeong Mo, Yang Heung Soo (Cha Soon Bae), selalu menuding segala kesalahan pada Jung-woo, padahal dia tahu sebenarnya anaknya yang bersalah

 

Jung Woo3. Shin Min Soo (Lee Woo Je) mengetahui bahawa Byeong Mo menyakiti Bo Young, tetapi dia hanya berdiam diri sahaja ketika Jung-woo ditahan dan dihukum

 

8d51cfcc 249d 44b3 85b5 c962ba88a4714. Ayah Min Soo, Shin Choo Ho (Lee Doo Il) juga tidak jauh berbeza, dia melindungi anaknya dan membuat Jung Woo dihukum

 

5a884a79 7359 48c8 8d3d d4c32b7596b95. Choi Na Kyeom (Go Bo Gyeol) sebenarnya yang memberi idea bagi Byeong Mo dan Min Soo untuk menyembunyikan kebenaran tentang kematian Bo Young

 

a73c1a89 1855 44a2 b6c5 9e9aa504ff6f6. Walaupun Hyun Geon Oh tidak terlibat dalam kematian Bo Young, namun Hyun Geon Oh (Lee Ga Sub) mengetahui tentang kejahatan Byeong Moo dan Min Soo, dia hidup dalam serba salah dan selalu merasa cemas kerana telah mengkhianati Jung Woo

 

e122e3a7 6a1b 44a3 bffa dde6012a89ef7. Hyun Su O (Lee Ga Sub) juga menjadi saksi kejahatan para remaja itu, tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana ancaman ayahnya

 

a6195fbe c95d 48ae aa4b ebf79c628f7a8. Hyun Koo Tak (Kwon Hae Hyo) berusaha menyelesaikan kes pembunuhan Bo Young dengan cepat atas desakan orang atasannya

 

0fa073ed 3807 4ea3 b2b7 c619e0d4b1589. Lee Jae Hee (Park Mi Hyun) menyembunyikan kebenaran hingga siasatan kematian anaknya menuju ke arah yang salah

Disebabkan para pengkhianat ini, Koo Jung Woo terpaksa meringkuk lama di penjara. Ibu Koo Jung Woo juga disakiti oleh ayah Sim Bo Young kerana perasaan dendam. Keluarga Koo Jung Woo juga hancur akibat insiden ini.

Namun, belum semua fakta dan kebenaran tentang pembunuhan yang dilemparkan pada Koo Jung Woo terungkap. Jangan lupa untuk menonton sambungan kisah dalam drama Korea Black Out ya!

Baca lagi: 4 Ibubapa Membela Jenayah Anak-anak Mereka dalam “Black Out”, Penuh Sikap Negatif dan Bermasalah
Baca juga: 19 Kdrama Ini Mempunyai Vibes Seperti Black Out, Kisah Watak Utama Dituduh Buat Jahat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here