Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Drama Korea Netflix Ini Bawa Tema Balas Dendam, Popular dan Diminati...

5 Drama Korea Netflix Ini Bawa Tema Balas Dendam, Popular dan Diminati Ramai

0

Bukan lagi rahsia bahawa drama Korea kini memang sangat popular dan merupakan tontonan kegemaran yang ditunggu-tunggu.

Menawarkan genre yang pelbagai, drama Korea juga terkenal kerana para pelakon yang berlakon dengan sangat baik dan berkesan untuk sesebuah drama.

Salah satu tema drama Korea yang kini menjadi perbincangan ialah tentang balas dendam. Nampaknya, terdapat beberapa buah drama Korea yang ditayangkan di Netflix yang bertemakan balas dendam yang perlu anda tonton.

Berikut ini adalah senarai lengkapnya.

1. My Name

72df1f7b c31f 4b33 9ce6 91228845459e

Drama Korea ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Yoon Ji Woo yang sejak remaja hidup tertekan kerana ayahnya adalah seorang buruan polis, hingga suatu masa ayahnya itu mati dibunuh dengan tragis secara misteri. Tidak dapat menerima kenyataan bahawa ayahnya mati dibunuh, Yoon Ji Woo nekad untuk membalas dendam dan mencari pembunuh tersebut.

2. Itaewon Class

e84db754 4d61 4a3a 85e4 27d65527ad5c

Drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2020 ini menceritakan tentang kisah perjalanan balas dendam Park Sae Ro Yi selepas ayahnya meninggal dunia secara tragis kerana sebuah kemalangan. Dendam tersebut membara-bara dan dia mahu mengalahkan Jang Geun Won yang merupakan seorang pemilik syarikat Jangga Group.

Uniknya, Park Sae Ro Yi membalas dendam bersama dengan Jo Yi Seo dan mendirikan sebuah perniagaan restoran di Itaewon untuk mengalahkan syarikat Jangga Group.

3. Taxi Driver

720d28e0 86a0 4641 b873 c9b231b82b0d

Taxi Driver merupakan salah sebuah drama Korea bertemakan balas dendam yang terbaik. Bahkan isu kejahatan yang diangkat Taxi Driver diinspirasikan dari kisah benar yang terjadi di Korea Selatan.

Kim Do Gi yang merupakan seorang pemandu teksi bekerja di sebuah syarikat teksi yang dikenali sebagai Rainbow Taxi yang bukanlah sebuah syarikat teksi biasa tetapi merupakan syatikat yang memberikan khidmat “balas dendam” kepada pelanggan mereka.

4. Doctor Prisoner

174cacdb 739a 425c 83a0 bc6c475e315a

Doctor Prisoner menceritakan tentang Na Yi Je, seorang pakar bedah yang hebat dan memiliki sifat yang sangat baik, namun dia dituduh melakukan salah laku dalam amalan perubatan yang menyebabkan dia hilang pekerjaan.

Na Yi Je kemudian bekerja sebagai ketua klinik kesihatan di penjara. Na Yi Je ternyata masih menyimpan dendam kepada pihak hospital tersebut.

5. The Glory

Drama korea

The Glory ditayangkan pada 30 Disember 2022 dan musim kedua untuk drama popular ini telah ditayangkan pada 10 Mac 2023.

Drama Korea ini dibintangi oleh Song Hye Kyo dan Lee Dohyun, mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Dong Eun yang menjadi mangsa buli semasa di bangku sekolah. Apabila sudah menginjak usia dewasa, dia melakukan misi balas dendam kepada para pembulinya dengan cara yang “unik dan bersih”.

Sememangnya drama-drama Korea ini cukup popular dan mendapat tempat di hati para penonton setia. Setiap drama menampilkan cara balas dendam tersendiri yang penuh dengan cerita tragis dan menyakitkan.

Baca lagi: 7 Kdrama Tentang Profiler Jenayah Genius yang Memecahkan Kes Kejahatan yang Penuh Misteri
Baca juga: 15 Drama Korea Ini Tampilkan Momentum Hebat Sejak Episod Pertama, Plot Menarik dan Tidak Membosankan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here