Home K - Pop Pandai Sorok! Akhirnya Sung Joon Mengaku Dah Kahwin Dan Ada Anak

Pandai Sorok! Akhirnya Sung Joon Mengaku Dah Kahwin Dan Ada Anak

0

Pelakon Korea, Sung Joon akhirnya mendedahkan dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Pengakuan itu dibuat Sung Joon sendiri menerusi satu coretan bertulisan tangan.

Menurut Sung Joon, dia memohon maaf tidak berterus-terang sebelum ini kerana kekangan yang melanda selain sibuk menguruskan hal kemasukan khidmat tenteranya.

2 7

“Saya tidak pandai untuk mengekpresikan diri melalui kata-kata dan saya telah berfikir panjang sebelum berkongsi kisah peribadi ini. Jadi saya membuat keputusan untuk mencoretkan perasaan saya.

“Saya teleh menjalani latihan khidmat tentera Korea selama lebih kurang setahun. Sekitar waktu kemasukan itu, saya telah mengalami perubahan besar dalam hidup dan banyak perkara gembira yang dilalui.

“Saya telah menemui seseorang yang saya ingin menghabiskan sepanjang hayat bersamanya. Kemudiannya telah membuat perancangan untuk berkahwin selepas mendapat tahu kami bakal menimang cahaya mata.

“Kami sangat gembira dan bagi saya ini adalah satu keajaiban dah rahmat untuk kami. Tetapi tarikh kemasukan latihan saya sudah hampir pada ketika itu dan saya mahu melindungi dua orang yang paling berharga buat saya.

“Jadi kami mengambil bahagian dalam prosiding undang-undang untuk menjadi pasangan suami isteri secepat mungkin dan tidak sempat untuk membuat sebarang majlis perkahwinan. Saya percaya tindakan saya pada ketika itu adalah yang terbaik untuk orang tersayang.

“Setahun telah berlalu, tanpa saya sedar di mana isteri saya harus lakukan segala-galanya sendiri tanpa bantuan saya jadi saya meminta sedikit pertukaran dalam tugasan dan telah memulakan baki  perkhidmatan tentera saya sebagai rizab sepenuh masa.

Capture 5

“Sebagai ketua keluarga yang masih banyak kekurangan, saya ingin menjadi lebih dekat dengan keluarga supaya dapat melingdungi mereka.

“Saya ingin mengambil kesempatan berkongsi hal peribadi saya dengan jujur kepada anda semua walaupun mungkin agak terlambat.

“Walaupun ini merupakan berita gembira namun saya berasa menyesal kerana tidak dapat memberitahu anda dengan serta-merta pada ketika itu.

“Saya akan berasa lebih gembira sekiranya anda semua memahami kisah saya dan keinginan saya untuk menjadi ketua keluarga yang baik.

“Saya akan menjalani latihan khidmat tentera dengan tekun dn kembali kepada anda sebagai pelakon Sung Joon yang lebih kuat dan matang.

“Dengan permulaan baru tahun 2020, saya juga akan menjangkakan perubahan dan bekerja dengan lebih keras, terima kasih,” coretnya.

Terdahulu, Sung Joon telah menjalani perkhidmatan latihan khidmat tentera sejak Disember 2018.

Sung Joon sebelum ini terkenal menerusi drama Lie To Me (2011), Flower Band (2012), Gu Family Book (2013), I Need Romance 3 (2014), Hyde Jekyll, Me (2015), Madame Antoine: The Love Therapist (2016) dan Ms Perfect (2017).
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik ye. Terima kasih
Sumber: Soompi