Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Episod Akhir “My Perfect Family”, Happy Ending Atau Sebaliknya?

Episod Akhir “My Perfect Family”, Happy Ending Atau Sebaliknya?

0

Kisah drama Korea My Perfect Family episod 12 atau episod akhir dijadualkan bersiaran pada Khamis, 19 September 2024. Drama KBS2 ini boleh ditonton bermula jam 21.50 KST untuk mengetahui jawapan misteri di penghujung cerita itu.

Bagi penonton di Malaysia, rancangan itu boleh didapati melalui platform VIU yang mempunyai sari kata bahasa Melayu.

IMG 2765

Berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama oleh Nangbba dan Jooeun, My Perfect Family kemudiannya digarap oleh Isao Yukisada, seorang pembuat filem Jepun yang baru sahaja memulakan kerjaya dalam drama Korea.

Genre ini menggabungkan misteri dan thriller jadi agak berat dan mempunyai banyak plot twist yang tidak dijangka untuk penonton.

Kisah tentang sebuah keluarga yang dari luar nampak sempurna dan kerana dilimpahi kekayaan serta kemewahan, tetapi mempunyai rahsia gelap berhubung kematian dan pembunuhan, cukup menarik bagi peminat genre thriller.

Drama yang padat dengan 12 episod ini boleh ditonton dalam masa tayangan sekitar 1 jam setiap episod, yang dikeluarkan pada 14 Ogos dan berakhir 19 September 2024.

(Spoiler) My Perfect Family Episod 12 Minggu Ini

My perfect family

Di penghujung episod, akan didedahkan apakah motif sebenar Choi Sun Hui menjadi anak angkat oleh keluarga Choi Jin Hyuk dan isterinya Ha Eun Joo, sesuatu yang menjadi tanda tanya penonton drama ini.

Menerusi pratonton dan gambar yang dikeluarkan oleh halaman Soompi, jawapan kepada episod akhir akan mendedahkan sedikit sebanyak.

Beberapa foto menunjukkan adegan ketika Jin Hyuk dan isterinya mula mengambil Sun Hui atau nama sebenarnya Oh Eun Seo sebagai anak angkat.

Eun Joo dilihat memeluk Sun Hui sambil menangis, manakala kanak-kanak itu kelihatan santai dan gembira dalam pelukan ibu angkatnya. Ketika itu keluarga Choi baru sahaja kehilangan anak lelaki mereka dan masih dalam keadaan sedih.

Sun Hui sendiri berada di rumah anak yatim, tetapi sebab dia berada di sana belum dijelaskan. Dia berpisah dengan bapa kandungnya yang kejam, Choi Hyun Min.

IMG 2761

Menurut pasukan produksi drama My Perfect Family, kedua-dua watak Jin Hyuk dan Eun Joo sebenarnya sangat mantap dan lasak walaupun kematian anak lelaki mereka menghancurkan mereka.

Mereka terus berjuang untuk membentuk keluarga bahagia, dengan mengambil Sun Hui sebagai anak angkat, yang latar belakang keluarganya sangat menyakitkan bagi keluarga Choi.

Senarai Pelakon My Perfect Family

IMG 2766

• Park Ju Hyun sebagai Choi Seon Hee
• Yoon Se Ah sebagai Ha Eun Joo
• Kim Byung Chul sebagai Choi Jin Hyuk
• Kim Young Dae sebagai Park Kyung Ho
• Lee Shi Woo sebagai Ji Hyun Woo
• Choi Ye Bin sebagai Lee Soo Yeon
• Yoon Sang Hyun sebagai Choi Hyun Min
• Kim Myung Soo sebagai Lee Sung Woo

Nantikan episod akhir mereka dalam Perfect Family ya!

Baca lagi: Choi Hyun Min Berjaya Bawa Watak Psikopat Kejam dalam Perfect Family, Sanggup Membunuh Anak Sendiri
Baca juga: Spoiler Ending Versi Webtoon Perfect Family, Siapa Pembunuh Park Kyeong Ho?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here