Home Manga Tahukah Anda 10 Filem Ini Diangkat dari Manga Popular? Sudah Tonton Semua?

Tahukah Anda 10 Filem Ini Diangkat dari Manga Popular? Sudah Tonton Semua?

0

Filem live action hasil adaptasi dari manga mula banyak dihasilkan. Tapi, adakah anda tahu bahawa filem-filem hebat ini diangkat dari manga?

Manga adalah komik atau novel yang dihasilkan di Jepun dan dalam bahasa Jepun. Manga bukan hanya popular di Jepun tapi juga di seluruh dunia. Oleh kerana manga sangat popular, kisah-kisah dari manga yang terkenal telah diangkat ke layar perak dalam filem-filem live action.

Di bawah ini adalah senarai 10 filem hebat yang diangkat berdasarkan manga popular.

1. Rurouni Kenshin: The Final

Siri filem Rurouni Kenshin adalah salah satu adaptasi siri manga pada era 1990-an ditulis dan diilustrasikan oleh Nobuhiro Watsuki. The Final adalah filem keempat dalam siri ini dan merupakan yang paling epic.

Berlatarkan awal period Meiji, filem ini menceritakan tentang seorang bekas pembunuh upahan yang hidup aman damai dengan identiti sebagai Himura Kenshin dan meneruskan janjinya untuk tidak membunuh orang lain lagi.

Namun, Kenshin mendapati dirinya, semua orang yang dia sayangi, dan bandarnya diserang oleh Yukishiro Enishi yang membalas dendam atas perkara yang telah dilakukan oleh Kenshin ketika dia masih menjadi seorang pembunuh.

2. Death Note

Dibintangi oleh Nat Wolff sebagai Light Turner atau Kira, filem Hollywood ini ditulis oleh Tsugumi Ohba dan diarahkan oleh Takeshi Obata, filem ini diangkat dari siri manga terkenal berjudul Death Note.

Manga

Filem yang ditayangkan di Netflix ini menceritakan tentang seorang pelajar sekolah menengah bernama Kira yang menjumpai Death Note, sebuah buku catatan milik malaikat maut, Ryuk. Kira menyedari bahawa dia boleh menggunakan Death Note untuk membunuh sesiapa sahaja hanya dengan menulis nama orang tersebut di dalamnya.

3. Blade of the Immortal

Filem aksi ini dihasilkan berdasarkan manga yang sangat popular karya Hiroaki Samura berjudul Blade of the Immortal. Filem ini menceritakan kisah Manji, seorang samurai pengembara di Jepun. Suatu hari terjadi sebuah insiden yang menyebabkan kematian saudara perempuannya.

Beberapa dekad kemudian, seorang gadis bernama Rin Asano meminta Manji untuk membantunya membalas dendam atas pembunuhan ayahnya oleh seorang raja samurai yang kuat dan kejam.

4. Ghost in the Shell

Siri manga karya Masamune Shirow berjudul Ghost in the Shell juga dijadikan filem live action yang epik. Filem ini ditayangkan pada tahun 2017 dengan judul yang sama, mengambil latar masa depan dan menampilkan Scarlett Johansson sebagai Mayor Mira Killian.

Dalam mengejar penjahat yang boleh mengawal fikiran orang lain, Mayor Mira menemui rahsia besar yang boleh mengancam kehidupan ramai orang.

5. Oldboy

Filem yang diarahkan oleh Spike Lee ini merupakan remake dari filem Korea tahun 2003 karya Park Chan Wook berjudul Oldboy, yang diadaptasi dari manga Jepun dengan judul yang sama karya Garon Tsuchiya dan Nobuaki Minegishi.

Seperti manga dan filem Korea, Oldboy versi remake ini menceritakan tentang kehidupan Joe Doucett (Josh Brolin), yang dikurung di sebuah bilik selama 20 tahun selepas dia mabuk pada suatu malam.

IMG 2781

Menjadi sasaran seksaan mental yang luar biasa selama ditahan, Joe tiba-tiba dibebaskan. Joe mengamuk dan membalas dendam terhadap para penculiknya, selepas dipaksa oleh orang asing untuk mencari sebab utama kenapa dia ditahan selama bertahun-tahun.

6. Kingdom

Kingdom diangkat berdasarkan siri manga karya Yasuhisa Hara yang berjudul sama. Kingdom adalah filem Jepun yang diterima dengan sangat baik baik di seluruh dunia.

Filem ini menceritakan kisah seorang Jenera Cina di kehidupan sebenar dari abad ketiga sebelum masihi. Kento Yamazaki membawa watak sebagai Li Xin.

Dibesarkan di sebuah kampung dan mempunyai kebolehan untuk bertarung, Xin mendapati dirinya berada dalam konspirasi yang telah menyebabkan kematian kawannya dan mengancam kerajaan Raja Ying Zheng.

7. Alita: Battle Angel

Selepas menyepi lima tahun sejak tayangan Sin City: A Dame to Kill For, Robert Rodriguez kembali menggarap filem, kali ini sebuah adaptasi live-action dari siri manga tahun 1990-an karya Yukito Kishiro. Alita: Battle Angel adalah filem aksi sains fiksyen yang berlatarkan masa depan.

Watak utama, Alita, adalah cyborg yang ditemui di tempat sampah Iron City oleh doktor cyber Ido yang memberinya tubuh baru dan nama baru. Namun, ingatan manusianya tidak dapat dikembalikan. Ketika Alita meneruskan pencarian untuk menemui asal-usulnya, orang-orang yang disayanginya berada dalam bahaya.

8. City Hunter

Dibintangi oleh Jackie Chan, filem aksi komedi dari Hong Kong yang menarik ini mengisahkan tentang seorang detektif persendirian iaitu Ryo Saeba, yang menaiki kapal persiaran untuk mencari anak seorang takun dari Jepun yang kaya tetapi akhirnya dia terpaksa berdepan dengan pengganas yang diketuai oleh Donald MacDonald.

Selain Chan, Joey Wong, Kumiko Goto, Chingmy Yau, Leon Lai, dan Richard Norton adalah pelakon utama filem ini. Filem ini adalah adaptasi siri manga popular dengan tajuk yang sama hasil karya Tsukasa Hojo.

Selain filem ini, manga City Hunter juga diangkat ke dalam drama korea berjudul sama yang dibintangi oleh Lee Min Hoo dan Park Min Young.

9. Attack on Titan, Part One dan Part Two

Filem ini diangkat dari manga terkenal karya Hajime Isayama dengan judul yang sama. Filem dengan dua bahagian ini ditayangkan pada tahun yang sama, berlatarkan dunia selepas apokaliptik, di mana humanoid raksasa yang disebut Titan, membunuh manusia dan merosakkan habitat tempat tinggal.

Semasa para Titan menyerang dan menghancurkan kampungnya, Eren memutuskan untuk membalas kemusnahan tersebut. Dalam perjalanannya, Eren dan kawan-kawannya menemui rahsia tentang para Titan.

Attack on Titan adalah salah sebuah manga terlaris sepanjang zaman. Filem ini dibintangi oleh mendiang Haruma Miura sebagai Eren.

10. I Am a Hero

Sejenis virus bahaya yang membawa maut tersebar ke seluruh Jepun. Para penduduk yang dijangkiti virus ini disebut sebagai ZQN. ZQN hanya menyerang orang yang mempunyai kuasa super dan mangsa mereka juga berubah menjadi ZQN.

Hideo Suzuki bertemu dengan seorang pelajar yang bernama Hiromi Hayakari. Mereka cuba melarikan diri, tapi Hiromi sudah digigit oleh bayi ZQN. Oleh kerana bayi ZQN tidak mempunyai gigi, sekarang Hiromi menjadi makhluk separuh manusia dan separuh ZQN.

IMG 2783

Berbekalkan senjatanya, Suzuki bersama Hiromi mencari tempat selamat iaitu ke gunung Fuji sembol mencari penawar untuk virus zombie ini.

Dari senarai filem di aras, filem manakah yang pernah anda tonton? Semua filem hebat ini memang sangat berbaloi ditonton kerana berjaya memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para penonton.

Baca lagi: 6 Drama dan Filem Korea Ini Ceritakan Tentang Jenayah Terhadap Wanita di Korea Selatan
Baca juga: 8 Kdrama Rom-Com Menarik Tentang Kahwin Kontrak, Pelbagai Kisah Unik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here