Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Malas Tonton Drama Korea Episod Panjang? Tonton 3 Kdrama 2024 dengan 2...

Malas Tonton Drama Korea Episod Panjang? Tonton 3 Kdrama 2024 dengan 2 Episod Sahaja

0

Jumlah episod bagi drama-drama Korea tidak semestinya hanya mempunyai 8 hingga 16 episod sahaja. Terdapat beberapa buah drama Korea yang memang tampil hanya dengan jumlah 2 episod sahaja.

Salah sebuah drama Korea 2 episod yang baru sahaja ditayangkan adalah drama
Our Beautiful Summer (2024) yang ditayangkan semasa cuti Chuseok di Korea
Selatan, dan sekarang sedang menjadi pembicaraan hangat warganet di sana.

Selain Our Beautiful Summer, berikut ini adalah drama Korea 2 episod lain yang
telah ditayangkan pada tahun 2024!

 

1. Our Beautiful Summer

b00bda97 a9d6 47f1 8daa b4b528f5ff26Tersenarai dalam segmen tvN O’PENing, Our Beautiful Summer ditayangkan pada
14 September 2024. Sementara itu, episod ke-2 drama ini ditayangkan pada 15
September 2024 di saluran tvN.

Drama Korea ini mengisahkan tentang A Reum (Yoo Young Jae), Da Woon (Son
Sang Yeon), dan Woo Ri (Kim Min Ki) yang kehilangan kembar termuda mereka iaitu
Na Ra (Kim So Hye). Kehadiran Yeo Reum (Jang Gyu Ri) yang baru berpindah
berjaya mengubati luka di hati mereka.

 

2. The Pork Cutlets

IMG 2132

MBC juga telah melancarkan drama berjumlah 2 episod yang berjudul The Pork
Cutlets pada 5 Julai 2024. Sementara itu episod ke-2 drama ini ditayangkan
keesokan harinya iaitu pada 6 Julai 2024.

Drama Korea ini mengisahkan tentang isteri kepada ketua kampung yang tiba-tiba
hamil. Pada waktu yang sama, masyarakat di Kampung Onghwa ingin memandulkan Baek Gu, anjing Kasanova terkenal di sana. Oleh sebab kehamilan tiba-tiba isterinya, ketua kampung itu terpaksa menjalani vasektomi bersama Baek Gu. Kelakar bukan?

 

3. To The X Who Hated Me: E Jae X Woo Ri

Drama korea

T o The X Who Hated Me: E Jae X Woo Ri ditayangkan secara perdana pada 1 Mei 2024, manakala episod terakhir pula ditayangkan pada 8 Mei 2024. Drama Korea ini merupakan prekuel untuk T o the X Who Hated Me: Yoon Oh X Jane (2024).

Mengisahkan tentang ibu E Jae yang tiba-tiba membawa orang baru tinggal bersamanya. Pernah menjadi seperti anjing dan kucing, E Jae dan Woo Ri akhirnya sekepala. Namun drama ini akan menyajikan cerita bagaimana mereka berdua putus.

Jadi, jika anda tidak mempunyai masa untuk menonton drama-drama Korea yang
mempunyai episod panjang. Anda boleh menonton drama Korea 2 episod di atas
bagi menghiburkan hidup anda yang penuh dengan rutin harian. Dua episod yang
pasti berjaya membuatkan anda puas hati dan tersenyum.

Baca lagi: 2 Episod Spice Up Our Love, Spin-Off No Gain No Love Bakal Tayang
Baca juga: 6 Drama Korea Tema Undang-Undang yang Mampu Menggugat Emosi, Penuh Pengajaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here