Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Episod Akhir Good Partner Tinggalkan Penonton dengan Senyuman, Penutup yang Indah?

Episod Akhir Good Partner Tinggalkan Penonton dengan Senyuman, Penutup yang Indah?

0

Drama Korea Good Partner sangat popular di kalangan para peminat Kdrama kerana drama siri ini menyajikan kisah kecurangan antara Ji Sang dan Choi Sara yang membuatkan darah para penonton mendidih. Ditambah pula dengan kes-kes perceraian yang ditangani oleh Cha Eun Kyung yang sangat rumit.

Meraih rating tinggi yang memuaskan, drama Good Partner akhirnya melabuhkan tirai dengan jumlah 16 episod. Adakah Cha Eun Kyung akhirnya jatuh hati kepada
Jung Woo Jin? Mari kita lihat penjelasan episod akhir bagi drama Korea ini di bawah!

Perhatian, artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Firma guaman Cha Eun Kyung berjaya

Good partner

Selepas keluar dari syarikat lamanya dan sukar mencari pelanggan, akhirnya Cha Eun Kyung berjaya memajukan firma guaman Spring Again. Bahkan, Eun Kyung telah berjaya mengupah ketua setiausaha dari Daejeon ke syarikat miliknya.

Eun Kyung juga tetap menerima kes-kes yang lebih kepada pada perbincangan dan penyelesaian luar mahkamah dan bukan tuntutan saman di mahkamah sahaja. Han Yu Ri dan Cha Eun Kyung juga selalu bertemu di kamar mahkamah sebagai lawan,
tetapi mereka tetap menjadi kawan dan mereka masih makan tteokbokki bersama di luar waktu pejabat.

2. Han Yu Ri dan Jeon Eun Ho bertunang

2b01fa05 301f 4afa b585 53449f7b9680

Pernah rasa bimbang untuk menjalin hubungan cinta, akhirnya Jeon Eun Ho dan Han Yu Ri semakin serius. Walau tidak dijelaskan secara nyata, mereka berdua kini telah bertunang kerana cincin yang disarung di jari manis kelihatan jelas.

Walau begitu, Eun Ho masih setia menunggu Yu Ri yang sebelum ini sama sekali langsung tidak mahu berkahwin kerana dia serik melihat rumah tangga ibu bapanya yang hancur. Han Yu Ri juga masih berusaha mengubati luka terhadap mendiang ayahnya dan mula berdamai dengan takdir.

3. Latar belakang keluarga Jung Woo Jin yang sebenar

0f2661f2 3f26 4307 808b 556727f57ae5

Akhirnya terungkap di episod terakhir, Jung Woo Jin adalah anak kandung kepada ketua Oh Dae Gyu. Pada zaman mudanya, Dae Gyu bercinta dengan seorang wanita, tetapi akhirnya putus.

Dae Gyu akhirnya berkahwin dengan Park Ae Yeon. Namun ternyata kekasih
lamanya ini hamil dan menghantar Jung Woo Jin yang masih kecil untuk tinggal bersama Dae Gyu. Walau bukan anak kandung, Ae Yeon membesarkan Jung Woo Jin dengan tulus ikhlas.

4. Hubungan Jae Hui dan ayahnya baik semula

263f67a7 1977 4e82 9fde 3b36eefecb9f

Jae Hui tidak mahu menemui Kim Ji Sang kerana dia ingin menghukum ayahnya yang telah berlaku curang sedangkan dia sangat rindu pada ayahnya. Cha Eun Kyung yang peka mula membuka jalan untuk mereka berdua bertemu.

Hubungan Jae Hui dan ayahnya semakin baik. Sementara itu, Choi Sara
benar-benar menghilang dari kehidupan mereka selepas wanita itu pulang ke rumah ibu bapanya.

5. Cha Eun Kyung tetap menjaga jarak sebagai kawan bagi Jung Woo Jin

272f386b 7969 42f5 9da6 12f322e63e7e 1

Jung Woo Jin sudah menyimpan perasaan untuk Cha Eun Kyung sejak mereka bekerja bersama di firma guaman Daejeong. Namun, hingga drama ini berakhir, hubungan mereka tidak berakhir menjadi pasangan kekasih.

Cha Eun Kyung secara tidak langsung menegaskan bahawa dia dan Jung Woo Jin akan selalu menjadi sahabat. Walau begitu, mereka semakin rapat dan akrab.

Drama ini ditulis oleh peguam perceraian sebenar yang bernama Choi Yu Na. Dengan pelbagai kes yang sudah dilalui oleh Cha Eun Kyung sepanjang drama, nampaknya ramai penonton yang berpuas hati dengan episod akhir Good Partner. Bagaimana pula dengan anda? Puas hati?

Good Partner” boleh distrim dan tonton di Viu ya!

Baca lagi: Good Partner Buat Emosi Penonton Turun Naik, Ini 10 Watak Suami Tak Guna yang Ditampilkan
Baca juga: “Good Partner” Ditulis oleh Peguam Perceraian Sebenar, Menggabungkan Pakatan Hebat Jang Na Ra dan Nam Ji Hyun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here