Home Disney+ Anda Suka Kdrama Fantasi dan Aksi? The Judge From Hell adalah Pilihan...

Anda Suka Kdrama Fantasi dan Aksi? The Judge From Hell adalah Pilihan Tepat

0

Platform striming Disney+ Hotstar dan SBS kini menyajikan drama Korea yang terbaru yang bertajuk The Judge from Hell (2024). Drama Korea ini merupakan pentas kemunculan sekali lagi Park Shin Hye selepas membintangi Kdrama Doctor Slump (2024).

Buat anda yang masih ragu-ragu untuk menonton drama ini, mari sama-sama kita lihat ulasan drama Korea ini!

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler, ya!

1. Sajikan penampilan Park Shin Hye sebagai antihero

The judge from hellPark Shin Hye dipilih untuk membawa watak utama dalam drama The Judge from Hell (2024). Penonton akan diajak bernostalgia dengan lakonan Park Shin Hye sebagai Yoo Hye Jung dalam Doctors (2016).

Sebagai Kang Bit Na, Park Shin Hye menampilkan watak hakim yang polos dan lemah. Tapi sebagai Justitia dalam tubuh Kang Bit Na, Park Shin Hye menyajikan lakonan yang ganas, sedikit gila, namun kelihatan manis.

Selain itu, Park Shin Hye juga berjaya menonjolkan sedikit nuansa komedi bersama pelakon Kim In Kwon yang membawa watak Koo Man Do, serta Kim A Young yang membawa watak sebagai Lee A Rong. Tidak ketinggalan gandingan menarik Park Shin Hye dengan Kim Jae Young yang membawa watak sebagai Detektif Han Da On juga memang dinantikan.

2. Tampilkan genre fantasi yang diwarnai aksi yang memacu adrenalin

4e8e918d 7010 4734 b793 838d293f2b94The Judge from Hell (2024) menyajikan kisah fantasi tentang para iblis yang bertugas memberi hukuman kepada manusia. Penonton pasti merasa takjub dengan reka bentuk produksi dan CGI gambaran neraka yang disajikan.

Selain itu, Park Shin Hye dan Kim Jae Young juga akan sering selalu menampilkan adegan aksi. Koreografi aksi The Judge from Hell (2024) akan dibaluti dengan CGI yang tampak selaras dengan kekuatan Kang Bit Na sebagai iblis.

Namun, penonton akan menyaksikan adegan berdarah dan bunyi patahan tulang yang mungkin mengundang rasa ngilu. Sementara itu, sedikit unsur komedi dan romantik membawa angin segar yang sangat dinantikan dalam drama Korea ini.

3. Tayang di Disney+ Hotstar pada setiap hari Jumaat dan Sabtu

5eb89e04 5644 4a44 b8e0 dd92738a0ad7Drama Korea ini telah menayangkan dua episod pertama pada hari Sabtu melalui SBS dan Disney+ Hotstar. Namun bermula minggu ini, The Judge from Hell (2024) akan ditayangkan pada hari Jumaat dan Sabtu.

Walau tampil dengan durasi panjang sekitar 60 – 70 minit, tapi jalan cerita yang disajikan sangat cepat dan memacu adrenalin. Maka tidak hairanlah jika satu episod drama ini terasa sangat cepat selesai.

The Judge from Hell (2024) sangat sesuai untuk anda yang sukakan drama fantasi yang dibaluti adegan aksi. Bagaimana pendapat anda selepas menonton dua episod pertama? Adakah drama Korea ini berbaloi untuk ditonton?

Baca lagi: 3 Perkara Menarik Watak Detektif Kim Jae Young dalam The Judge from Hell, Baik Tetapi Menyimpan Sisi Gelap
Baca juga: Siapa Sangka SBS Pernah ‘Reject’ 5 Drama Korea Meletup Ini, Semua Popular dan Raih Kejayaan Besar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here