Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 8 Drama Korea Ini Merobek Hati, Kisah tentang Merelakan Pemergian Orang Tersayang

8 Drama Korea Ini Merobek Hati, Kisah tentang Merelakan Pemergian Orang Tersayang

0

Kematian yang memisahkan hubungan manusia di dunia. Dipisahkan dengan maut dengan orang tersayang memang menimbulkan rasa duka yang mendalam bagi mereka yang ditinggalkan.

Perasaan kehilangan, kesedihan, dan kerinduan itu juga sangat banyak diangkat sebagai tontonan dalam drama-drama Korea.

Senarai drama Korea di bawah ini membahaskan tentang kesukaran merelakan dan mengikhlaskan pemergian orang tersayang untuk selama-lamanya. Namun, pada akhirnya mereka mampu untuk redha dan ikhlas dan meneruskan hidup dengan berendam duka.

Bagaimanakah kisah mereka? Mari kita lihat senarai drama Korea dibawah ya!

 

 

Drama korea1. Episod akhir Queen of Tears (2024) membuatkan penonton pilu dengan babak watak utama yang telah tua dengan rutinnya datang mengunjungi kubur isterinya sebelum mereka bertemu lagi di syurga

 

63c69133 028c 49a4 990a 07ffa4826c93

2. Hi Bye, Mama! (2020) membawa kisah yang penuh emosi tentang seorang wanita yang meninggal dunia akibat kemalangan dan selepas berjaya melahirkan anak kesayangannya. Anak, suami, dan ibunya berusaha untuk merelakan pemergiannya

 

944577e5 48af 483f 9768 affb105af078

3. Kisah pembersih barang-barang orang yang telah meninggal dunia menjadi plot utama drama Move to Heaven (2021) yang memberi pengajaran hidup tentang perpisahan selamanya

 

a7f641fd c7eb 419e b0ca 4d7a17f86823

4. Watak dalam Be Melodramatic (2019) mengalami kemurungan selepas kekasihnya meninggal dunia kerana sakit. Memerlukan waktu yang lama baginya untuk redha dan meneruskan hidup

 

def3af3e c464 4be1 9f1e 086d3aa91e55 1

5. Salah satu bahagian dalam Seasons of Blossom (2022) fokus pada orang-orang yang ditinggalkan pasangan atau saudara kerana bunuh diri

 

9e7b4ec6 000d 431c b7a3 cfbdf4f28525

6. Persahabatan tiga orang wanita yang berusia 39 tahun akhirnya terpisah akibat maut apabila salah seorang dari mereka sakit lalu meninggal dunia dalam Thirty-Nine (2022)

 

95a4c30a d5b5 48be 9b6a ac839ef025c1

7. Banyak kejadian menyedihkan mengenai kematian dan kesedihan orang-orang terdekat yang digambarkan dalam drama Korea yang berlatarkan hospital, Hospital Playlist 1-2 (2020-2021)

 

09b7e9f1 6601 42fa 9af1 78be20ce5b19

8. Seorang lelaki belajar memasak untuk bekas isterinya yang sukar makan kerana sakit kanser usus dalam Recipe for Farewell (2022-2023)

Semua lapan drama Korea di atas bukan hanya menceritakan tentang pasangan yang terpisah kerana maut. Ada juga yang mengisahkan tentang kematian sahabat dan anggota keluarga.

Walau memerlukan masa, watak-watak utama dalam drama Korea di atas akhirnya boleh merelakan pemergian orang tersayang. Kisah mereka sangat meruntun hati dah berjaya membuatkan para penonton banjir air mata.

Baca lagi: Culinary Class Wars, Perang Kelas Memasak Diantara 100 Chef Amatur vs Profesional dari Korea
Baca juga: Pelbagai Pilihan October Ini, 9 Filem dan Drama Korea Ini Akan Menemani Anda