Home Artis Korea Claudia Kim Sah Bercerai Selepas 5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga

Claudia Kim Sah Bercerai Selepas 5 Tahun Mendirikan Rumah Tangga

0

Berita mengejutkan datang dari pelakon terkenal Korea Selatan iaitu Claudia Kim. Pelakon yang membawa watak sebagai Bok Dong Hee dalam drama Korea The Atypical Family (2024) ini dikhabarkan sudah bercerai dengan suaminya iaitu Cha Min Geun.

Perceraian Claudia Kim sudah disahkan oleh agensi YG Entertainment. Pemilik nama asal Soo Hyun ini sudah mendirikan rumah tangga dengan Cha Min Geun sejak tahun 2019.

 

1. YG Entertainment umumkan Claudia Kim sudah bercerai

638a9493 8540 41fe a16a 474cfd4ff276

Dipetik dari Newsen, YG Entertainment mengesahkan bahawa Claudia Kim baru-baru ini telah rasmi bercerai. Keputusan ini sudah melalui perbincangan yang panjang dan persetujuan bersama.

“Selepas berbincang dari hati ke hati, Soo Hyun memutuskan untuk mengakhiri perkahwinannya,” kata YG Entertainment pada 23 September 2024.

Pihak YG Entertainment meneruskan, “oleh kerana ini adalah keputusan yang dibuat selepas berfikir sedalamnya, kami berharap kalian menahan diri dari memberi komen jahat dan laporan berbaur spekulatif.”

Claudia Kim dan suaminya bercerai melalui kesepakatan damai. Walau sudah berpisah, mereka tetap saling menyokong antara satu sama lain.

“Mereka menyelesaikan proses perceraian melalui kesepakatan damai. Mereka berdua memutuskan untuk berpisah, tetapi masih menyokong satu sama lain,” lanjut YG Entertainment .


2. Claudia Kim dan Cha Min Geun mendirikan rumah tangga pada tahun 2019

aaa8f7ce 15db 464c a2e8 90e4e71f3fa1

Claudia Kim berkahwin dengan ahli perniagaan Cha Min Geun pada 14 Disember 2019 di Hotel Shilla, Seoul. Pelakon yang membawa watak sebagai Nagini dalam Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald (2018) ini dikurniakan anak pertama pada 1 Oktober 2020.

Sangat berjaya dalam dunia hiburan Korea Selatan dan Amerika Syarikat, Claudia Kim jarang berkongsi soal kehidupan rumah tangganya. Tahun ini, usia perkawinan Claudia Kim dan suaminya akan menginjak 5 tahun.

3. Siapakah Cha Min Geun, bekas suami Claudia Kim?

Claudia kim

Cha Min Geun atau lebih dikenali dengan nama Matthew Shampine merupakan seorang ahli perniagaan Korea-Amerika. Berdasarkan maklumat dari Linkedin miliknya, Cha Min Geun belajar di George Mason University Korea dan The College of New Jersey.

Matthew Sampine dahulu dikenali sebagai CEO WeWork Korea. Kini, Matthew Sampine bekerja sebagai founder untuk start-up DNK yang bergerak dalam perniagaan hartanah.

Masih belum ada berita lebih lanjut berkaitan perceraian Claudia Kim dan Cha Min Geun. Kita doakan yang terbaik untuk mereka ya!

Baca lagi: Fakta Menarik Claudia Kim, Dari Bintang Avengers Kini Menjadi Kakak Obesiti 100 Kg Dalam The Atypical Family
Baca juga: Pelbagai Pilihan October Ini, 9 Filem dan Drama Korea Ini Akan Menemani Anda

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here