Dalam Kdrama sageuk, watak permaisuri sering disoroti dan biasanya menjadi watak utama. Sementara itu watak-watak gundik diraja kurang dibicarakan kerana watak-watak ini dianggap kurang penting.
Namun, ternyata banyak juga Kdrama tentang gundik diraja yang menampilkan perspektif berbeza. Tambahan pula, beberapa orang gundik diraja yang pernah hidup pada zaman kerajaan Joseon memiliki peranan besar dalam sejarah.
Berikut ini adalah beberapa buah Kdrama tentang gundik diraja yang jalan ceritanya dipenuhi kisah perebutan kuasa dan politik istana. Mari sama-sama kita lihat.
1. The Red Sleeve (2021)
Banyak Kdrama tentang gundik diraja yang diangkat dari kisah benar. Salah satunya adalah The Red Sleeve yang dibintangi oleh Lee Jun Ho dan Le Se Young.
Kdrama ini menceritakan tentang kisah hidup keturunan Raja Yeong Jo. Cucunya menjadi Raja Jeong Jo selepas ayahnya meninggal dunia. Raja Jeong Jo jatuh hati dengan seorang dayang istana yang bijak dan pandai berdikari. Dia meminta dayang tersebut menjadi gundik dirana yang diberi gelaran dan nama Sung Ui Bin.
Selepas menjadi gundik, ternyata hidup Sung Ui Bin mengalami perubahan drastik yang membuatnya tertekan. Sung Ui Bin menjadi gundik kesayangan Raja Jeong Jo.
Cinta raja begitu besar padanya. Tetapi, kisah mereka berakhir dengan sangat menyedihkan. Selain kisah politik istana, anak mereka meninggal dunia semasa masih kecil. Kematian anaknya itu semakin membuatkan Sung Ui Bin tidak bahagia.
2. Jang Ok Jung, Living By Love (2013)
Dalam sejarah Korea, Jang Ok Jung (dilakonkan oleh Kim Tae Hee) merupakan gundik diraja yang paling terkenal. Kononnya, dia memiliki wajah yang menawan dan pesona yang memikat.
Sebelum menjadi gundik, Jang Ok Jung adalah pereka busana di era Josean. Kehebatannya bukan setakat itu sahaja, Jang Ok Jung juga mahir membuat alatan kosmetik. Perwatakannya yang menarik ini membuatkan putera mahkota jatuh hati.
Putera mahkota yang kemudian menjadi Raja Suk Jong berkahwin dengan Jang Ok Jung. Sejak itu, Jang Ok Jung menjadi gundik kesayangan raja yang diberi nama Jang Hee Bin. Namun, disebabkan latar belakangnya yang dianggap rendah, kedudukan Jang Hee Bin sebagai gundik terancam.
3. The Moon Embracing The Sun (2012)
Kdrama sageuk The Moon Embracing The Sun tidak spesifik membahaskan tentang gundik diraja. Tetapi, ceritanya masih berhubung kait dengan para gundik di istana raja.
Diceritakan bahawa seorang wanita yang bernama Wol mula dicemburui oleh para gundik, bahkan oleh permaisuri sendiri. Raja Lee Hwon perlahan-lahan jatuh hati dengan Wol.
Menariknya, Wol adalah gadis bangsawan yang pernah mati, lalu dihidupkan kembali tetapi dalam keadaan hilang ingatan. Wol merupakan gadis yang bakal dijodohkan dengan Lee Hwon di masa lalu.
4. Dong Yi (2010)
Inilah drama Korea tentang gundik diraja yang paling popular dan disebut-sebut sebagai drama lagenda. Watak Dong Yi dibawakan dengan sangat berkesan oleh Han Hyo Joo. Kisah Dong Yi ini sangat menarik kerana menceritakan tentang dua orang gundik kesayangan Raja Suk Jong sekaligus.
Pada awalnya, Raja Suk Jong sangat menyayangi seorang gundik yang bernama Jang Hee Bi. Nama sebenarnya adalah Jang Ok Jung. Tetapi, perasaan cinta raja mula berbelah bahahi selepas bertemu dengan Dong Yi.
Boleh dikatakan, Dong Yi mengancam kedudukan Jang Ok Jung sebagai gundik. Setelah menjadi gundik yang bernama Choi Suk Bin, Dong Yi berjaya mendapat takhta gundik paling tinggi serta sangat dihormati.
Bukan hanya sebagai pasangan yang boleh memberikan sokongan pada raja, Dong Yi juga memiliki peranan besar dalam mengasuh putera raja. Anaknya itulah yang akan menjadi pewaris takhta kerajaan.
5. The King`s Face (2014)
Sudah menonton drama The King`s Face? Drama Korea tentang gundik kerajaan ini mempunyai cerita yang menarik iaitu kisah tentang hidup anak gundik kepada Raja Jeon yang bernama Putera Gwang Hae.
Putera yang lahir dari seorang gundik itu sering dipandang remeh. Bahkan, kehadirannya di istana seolah-olah tidak penting.
Dia tinggal di istana yang penuh dengan kisah hitam perebutan kuasa. Lebih teruk lagi, dia perlu menghadapi anak-anak raja dan keluarganya yang gilakan takhta.
6. Under The Queen`s Umbrella (2022)
Kdrama sageuk ini mengisahkan tentang seorang permaisuri yang sangat berwibawa. Kisah menarik lain yang disoroti dalam drama Under The Queen’s Umbrella adalah pola asuhan permaisuri tersebut yang boleh dijadikan contoh yang baik.
Selain mengasuh empat anaknya, permaisuri juga berperanan penting dalam mengatur hubungan para gundik supaya mereka tetap harmoni. Bahkan, dia turut mengatasi masalah dan konflik di kalangan gundik diraja.
Demikian drama Korea tentang gundik diraja yang menarik untuk ditonton. Ternyata, sebahagian besar dari drama-drama di atas diangkat dari kisah benar.
Baca lagi: 10 Kdrama Detektif Menyelitkan Kisah kelakar Penuh Gelak Tawa
Baca juga: 10 Drama Korea Saeguk dengan Happy Ending, Cerita Menarik dan Menghiburkan