Home Kdrama/Kmovie Movie Bosan Menunggu “On-Going” Kdrama? Binge-Watch 4 Filem Menarik Ini Di Viu

Bosan Menunggu “On-Going” Kdrama? Binge-Watch 4 Filem Menarik Ini Di Viu

0

Adakah anda bosan menonton Kdrama setiap hari? Atau bosan menunggu Kdrama yang sedang “on-going” untuk dikemas kini? Jika ya, itu bermakna anda memerlukan cadangan filem Korea untuk mengisi kebosanan anda.

Kehadiran filem Korea di persada antarabangsa telah meningkat dengan ketara pada masa kini. Filem seperti TRAIN TO BUSAN yang menggegarkan dunia telah meletakkan Korea sebagai salah satu pemain utama dalam industri perfileman antarabangsa.

Berikut ini merupakan beberapa buah filem Korea dari yang terbaik sepanjang zaman hingga yang terbaru yang perlu anda tonton di Viu!

 

The Boys, Diinspirasikan oleh Kisah Jenayah Sebenar

Kdrama

Filem yang berdasarkan kisah benar kes rompakan dan pembunuhan Samrye Nara Super (disingkat kes Samrye) ini berlaku pada awal pagi 6 Februari 1999.

The Boys berlatarkan wilayah luar bandar Wanju di Korea Selatan pada tahun 1999, dan terdapat satu kes samun dan pembunuhan yang berlaku di sebuah pasar raya yang terletak di sebuah pekan kecil.

Polis yang bertugas segera menamatkan siasatan dengan menamakan tiga remaja lelaki sebagai pelaku sebenar. Remaja-remaja itu terpaksa mengaku melakukan jenayah yang tidak mereka lakukan melalui kaedah soal siasat yang keras dan manipulatif.

Hwang Joon Cheol (Seol Kyung Gu), yang merupakan ketua pasukan penyiasat yang baru dilantik, meragui hasil siasatan. Dia yakin bahawa Choi Woo Sung, seorang pegawai polis berpangkat tinggi, dan pasukannya sedang memanipulasi kes untuk keputusan yang cepat.

Tergerak oleh gerak hati dan moralnya, Hwang mula menyiasat kes itu dengan lebih mendalam dan menemui pelbagai penyelewengan, seperti bukti yang keterlaluan dan pengakuan yang dibuat di bawah tekanan.

Tonton disini

Baca juga: 7 Kdrama Ini Benar-Benar Mengisahkan Tentang Romantik & Komedi Tanpa Adegan Jenayah Serta Pembunuhan

Miracle in Cell No. 7, Pengorbanan Bapa Cacat Mental, Berdasarkan Kisah Benar

Korea

Filem Miracle in Cell No 7 adalah berdasarkan kisah benar seorang lelaki bernama Jeong Won Seop. Jeong Won Seop ialah seorang kurang upaya intelek yang meninggal dunia pada usia 87 tahun. Jeong Won Seop sebelum ini dipenjara 15 tahun kerana didakwa mencekik dan merogol seorang pelajar sekolah rendah.

Manakala dalam filem Miracle Cell di No 7 mengisahkan Yong-Goo (Ryu Seung-ryong), seorang bapa yang mengalami kecacatan mental. Yong-Goo ialah seorang bapa yang sangat menyayangi anak perempuannya. Bagaimanapun, Yong-Goo dituduh melakukan jenayah yang menyebabkan dia dihantar ke penjara.

Anak perempuannya, Ye-Seung (Park Shin Hye), yang merupakan pelajar sekolah undang-undang, turut membuktikan bahawa bapanya tidak melakukan jenayah yang didakwa.

Tonton disini

Baca lagi: 13 Kdrama 2024 Ini Tunjukkan Bahawa Cinta Pertama Pasti Menang

Train To Busan, Kasih Seorang Bapa Sehingga Ke Hujung Nyawa

IMG 3973

TRAIN TO BUSAN ialah filem Korea yang dikeluarkan pada 2016 dan mengisahkan sekumpulan penumpang kereta api yang bergelut untuk bertahan apabila wabak zombi berlaku di Korea Selatan.

Filem Korea ini mengisahkan tentang seorang bapa dan anak perempuan yang melancong ke Busan, tetapi mereka terperangkap di dalam kereta api yang diserang oleh zombi. Dalam perjalanan mereka, mereka bertemu dengan pelbagai watak lain yang cuba bertahan.

Dalam filem ini, zombi diceritakan sebagai punca masalah yang menyebarkan wabak melalui gigitan mereka, di mana gigitan zombi memanipulasi DNA manusia dan mengubah manusia menjadi zombi. Sesiapa yang digigit akan segera bertukar menjadi zombi.

Mereka yang terselamat cuba melarikan diri dengan kereta api untuk mencari tempat selamat. Filem ini bukan sahaja menawarkan adegan aksi yang tegang, malah turut memuatkan mesej tentang kesetiaan dan pengorbanan.

Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal Korea, termasuk Gong Yoo, Kim Su-an, Jung Yu-mi, Ma Dong-seok, Choi Woo-shik, dan Ahn So-hee.

Tonton disini

Baca juga: 6 Kdrama Tentang Gundik Diraja yang Penuh Kisah Perebutan Politik Istana

Love My Scent, Kisah Romantik Komedi Yang Menghiburkan!

IMG 3975

Love My Scent mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Chang Soo (Yoon Shi Yoon) yang kerjaya dan kehidupan cintanya tidak berjalan lancar. Dia bertemu Ah Ra (Seol In Ah), seorang wanita yang mempunyai hampir segala-galanya kecuali hubungan percintaan. Percintaan mereka bermula apabila bau minyak wangi membuatkan mereka jatuh cinta.

Selain Yoon Shi Yoon dan Seol In Ah, filem yang ditulis dan diarahkan oleh Lim Sung Yong ini turut membawakan Noh Sang Hyun dalam watak penting. Love My Scent akan disiarkan di Viu pada 29 September 2024. Pastikan anda tidak terlepas tarikh ini ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai filem Korea tanpa sebarang gangguan iklan!

Baca lagi: 5 Sebab Kena Layan Drama Taiwan “Haunted House For Sale” di Viu
Baca juga: Masihkah Anda Ingat 5 Kdrama Jenayah Thriller yang Membawa Tema Psikopat Ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here