Pada 11 Februari, Minhwan FT Island memberitahu peminat dan orang ramai tentang kehadiran anak-anak perempuannya menerusi Instagram miliknya.
“Hai, saya Minhwan. Harini, 11 Februari, merupakan tarikh kelahiran si kembar! Ddoya telah dilahirkan pada 9.18 pagi dan Ddoddoya pada 9.19 pagi dalam keadaan yang baik. Isteri saya juga beransur pulih!”
“Saya masih tidak percaya yang kini saya merupakan ayah kepada 3 orang anak, tapi saya akan bekerja lebih kuat lagi untuk membahagiakan keluarga saya! Terima kasih banyak2 kepada semua yang memberikan sokongan!!”
Sementara itu, Minhwan dan isteri Yulhee telah berkahwin pada 2018, dan mendapat anak pertama pada tahun yang sama iaitu pada May 2018. Tahniah kepada Minhwan dan Yulhee!
Dah baca? Jangan lupa like, share dan komen yang baik-baik.
Sumber: allkpop