Home News Jeon Jong Seo Tampil Garang dalam Queen Woo, Ini 4 Drama Korea...

Jeon Jong Seo Tampil Garang dalam Queen Woo, Ini 4 Drama Korea Menarik Lakonannya

0

Jeon Jong Seo merupakan pelakon wanita yang memulakan debutnya pada tahun 2018 dengan membintangi filem yang bertajuk Burning. Kini, pada tahun 2024, Jeon Jong Seo membuat kemunculan melalui drama barunya yang bertajuk Queen Woo.

Drama yang diarahkan oleh Jung Se Kyo ini telah ditayangkan secara perdana pada 29 Ogos 2024. Selain drama Queen Woo, Jeon Jong Seo telah membintangi beberapa buah drama lain.

Bakatnya dalam dunia lakonan tidak perlu diragukan lagi. Dia pernah meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik di BaekSang Arts Awards. Berikut ini adalah pilihan 4 drama Korea menarik yang dibintangi oleh Jeon Jong Seo!

1. Money Heist Korea–Joint Economic Area

c3ede9fc 3a94 4d56 9a26 79381ff0d297 1

Money Heist Korea–Joint Economic Area merupakan drama Netflix yang ditayangkan secara perdana pada 24 Jun 2022. Drama ini diarahkan oleh Kim Hong Sun yang pernah mengarahkan drama Voice (2017) dan The Bait (2023) Drama Money Heist Korea–Joint Economic Area terdiri dari 2 musim dimana Jeon Jong Seo terlibat dalam kedua-dua musim.

Money Heist Korea–Joint Economic Area mengisahkan tentang seorang profesor (Yoo Ji T ae) yang merancang rompakan untuk mengaut banyak wang. Dia merekrut anggota pasukan yang berpotensi. Setiap anggota pasukan akan memilih nama bandar-bandar terkenal seluruh dunia sebagai kod nama mereka. Rancangan yang tampak sempurna itu akhirnya diterjah situasi tidak dijangka kerana tahanan yang mereka tawan.

2. Bargain

eca4f61c 7e9f 42f6 96cf 0c8d5d25485c

Drama Bargain menceritakan tentang No Hyun Soo (Jin Sun Kyu) yang mengunjungi sebuah bilik motel untuk menemui Park Joo Young (Jeon Jong Seo) dan bersedia membayar perkhidmatannya. Sayangnya, No Hyun Soo tidak mengetahui bahawa dia diperangkap oleh Park Joo Young yang hendak menjual organ tubuhnya.

Di sana telah ada beberapa orang yang mahu membeli organ tersebut. Semasa proses transaksi, terjadi gempa bumi yang membuatkan mereka panik. Bangunan itu pun mula runtuh dan mereka semua berjuang untuk bertahan hidup.

Drama Bargain berjumlah 6 episod yang ditayangkan di TVING. Bargain diarahkan oleh Jeon Woo Sung yang pernah mengarahkan drama The Promise (2016), Strongest Deliveryman (2017) dan Your House Helper (2018).

3. Wedding Impossible

Jeon jong seo

Drama Wedding Impossible merupakan drama pertama Jeon Jong Seo yang
bergenre komedi romantik. Dalam drama ini, dia digandingkan dengan Moon Sang Min yang lebih muda 6 tahun darinya. Wedding Impossible ditayangkan di saluran tvN dan berjumlah 12 episod.

Mengisahkan tentang Na A jeong (Jeon Jong Seo) yang bekerja sebagai pelakon. Dia mempunyai kawan yang bernama Lee Do Han (Kom Do Wan) yang memintanya untuk berlakon sebagai isteri dan menantu keluarganya. Namun, perkara tidak dijangka terjadi sehingga dia terlibat dengan Lee Ji Han (Moon Sang Min) adik kepada Lee Do Han.

4. Queen Woo

397b22f1 74ba 4163 ad87 0336c160890a

Queen Woo merupakan drama berlatarkan kerajaan zaman dinasti Goguryeo. Woo Hee (Jeon Jong Seo) merupakan isteri kepada raja Go Nam Mu (Ji Chang Wook) yang juga merupakan permaisuri Goguryeo.

Semasa terjadi krisis hebat dimana raja Go Nam Mu tiba-tiba meninggal dunia, Woo Hee menjadi target para putera raja dan beberapa suku yang menginginkan kuasa dan pengaruh.

Bagi melindungi keluarganya, dia menggunakan kaedah perkawinan dengan mengahwini salah seorang adik suaminya.

Drama-drama lakonan Jeon Jong Seo memang berbaloi untuk ditonton. Lagi-lagi drama terbarunya yang bertajuk Queen Woo yang dibintangi bersama para pelakon terkenal seperti Ji Chang Wook, Kim Moo Yul, Lee Soo Hyuk dan Jung Yu Mi.

Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 6 Fakta Menarik “What Comes After Love”, Kisah Cinta Dua Negara Berbeza
Baca juga: Gila Kuasa, 9 Puak dalam Kdrama Queen Woo Yang Terlibat dalam Perebutan Kuasa