Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 10 Drama Korea Menarik Untuk Menceriakan Suasana, Binge-Watch Sambil Relaks

10 Drama Korea Menarik Untuk Menceriakan Suasana, Binge-Watch Sambil Relaks

0

Banyak drama Korea yang menampilkan cerita yang lucu dan penuh lawak jenaka. Selain menonton drama-drama komedi, kadang kala kita juga mahu menonton tontonan yang boleh membangkitkan semangat dan menceriakan suasana.

Terdapat banyak drama Korea dengan jalan cerita yang mampu meringankan kusut kepala dan mewarnai hari anda supaya lebih santai dan relaks.

Berikut ini adalah beberapa pilihan drama Korea menarik yang menampilkan cerita lucu sekaligus boleh membangkitkan mood dan boleh menceriakan suasana.

1. Mystic Pop Up Bar

Drama korea

Drama Korea popular ini diadaptasi dari webtoon dan menggabungkan unsur
komedi, fantasi, dan romantik. Cerita drama ini berpusat pada pojangmacha iaitu gerai minum di luar, orang yang sudah meninggal dan juga yang masih hidup boleh datang untuk menyelesaikan konflik mereka melalui mimpi.

Bar tersebut dijaga oleh hantu pemarah yang disumpah untuk menyembuhkan 100000 jiwa manusia untuk menebus dosanya. Banyak kejadian lucu terjadi dan yang terlibat dalam kejadian itu adalah Hang Kang-bae, seorang manusia yang mempunyai kebolehan untuk membuat orang lain berkongsi rahsia mereka hanya dengan menyentuh mereka dan seorang alam kematian, Ketua Gwi.

2. Fight for My Way

197ddace dbe5 4f31 8ab2 378707204aad

Kisah romantik yang dibaluti dengan sedikit elemen komedi di dalamnya membuatkan drama Fight for My Way disukai oleh ramai orang. Drama ini menyajikan kisah empat orang bersahabat yang dibintangi oleh Park Seo Joon, Kim Ji Won, Song Ha Yoon, dan Ahn Jae Hong.

Sudah berkawan sejak kecil, mereka hidup dengan saling menyokong dan menghargai kehidupan masing-masing. Mereka saling menyimpan perasaan antara satu sama lain. Drama ini sangat sesuai untuk anda jika anda memerlukan tenaga positif untuk menjalani kehidupan anda yang sukar.

Gandingan serasi keempat-empat pelakon ini membuatkan watak mereka semakin hidup dan berwarna-warni. Drama ini menunjukkan erti menjadi bahagia melalui versi terbaik yang dimiliki dalam diri setiap individu.

3. Reply 1988

e2cb8ef9 6b25 4eb0 a132 40d7ee239267

Dikatakan Reply 1988 adalah drama Korea tentang persahabatan dan kehidupan yang terbaik sepanjang zaman. Watak-watak penting iaitu Sung Deok-sun, Sung Sun-woo, Ryu Dong-ryong, Kim Jung-hwan, dan Choi Taek yang sudah saling mengenali sejak kecil lagi.

Mengisahkan tentang persahabatan sekumpulan anak muda yang menghadapi masalah biasa orang dewasa. Ada konflik tentang cinta tiga segi, dan isu perpisahan selepas menghabiskan masa bertahun-tahun bersama.

4. Welcome to Waikiki

c01bc510 cb2e 446a 8e0b ea184d34bbff

Drama ini menceritakan tentang kisah tiga orang sahabat yang mengusahakan sebuah rumah inap di Waikiki, Itaewon dan mereka tidak tahu cara untuk menguruskan rumah inap mereka.

Semasa mereka berada di ambang kejatuhan dan hampir muflis, kehidupan mereka berubah menjadi menarik dengan kehadiran seorang ibu tunggal dan bayi misteri yang datang ke rumah inap mereka.

Lawak jenaka slapstick digabungkan dengan kisah persahabatan yang menyentuh hati dan pelbagai kejadian yang sangat aneh dan kelakar pasti membuatkan anda tertawa.

5. Hometown Cha Cha Cha

7f8442c0 36d6 4de9 9d3e b20c624c988a

Dibintangi oleh Kim Seon Ho dan Shin Min Ah, drama Korea ini begitu disukai para penonton sewaktu penayangannya. Ternyata, drama Hometown Cha-Cha-Cha ini juga adalah remake dari filem yang ditayangkan pada tahun 2004 dan berjudul Mr. Hong yang dibintangi oleh Kim Joo Hyeok sebagai Hong Doo Shik dan Uhm Jung Hwa sebagai Yoon Hye Jin.

Kedua-dua filem dan juga drama menceritakan pertemuan dan perjalanan kisah asmara Yoon Hye Jin, seorang doktor gigi yang dikenali sangat perfectionist, dengan Hong Doo Shik/ Hong Banjang, iaitu jejaka yang serba boleh.

6. Strong Woman Do Bong Soon

13f4d772 78de 4ec7 afc1 215008511384

Strong Woman Do Bong Soon merupakan sebuah kisah mengenai seorang wanita yang mempunyai kekuatan luar biasa. Kekuatan wanita yang diberi nama Do Bong-soon (Park Bo-young) itu tiada tandingan, seolah-olah kuasa Superman yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja.

Pada suatu hari Ahn Min-hyuk (Park Hyun-sik) ternampak Do Bong-soon sedang memukul samseng-samseng jalanan di sebuah pinggir jalan. Terkejut dan kagum dengan kekuatan wanita tersebut, Ahn Min-hyuk menawarkan gaji yang amat lumayan buat Do Bong-soon.

Do Bong-soon diminta untuk menjadi pengawal peribadi Ahn Min-hyuk. Ternyata upah yang lumayan tersebut tidak dapat ditolak oleh Do Bong-soon, maka bermulalah perjalanan hidup Do Bong-soon sebagai seorang pengawal peribadi lelaki konglamerat yang kaya raya.

Keistimewaan yang ada pada Do Bong-soon adalah anugerah yang diwarisi oleh semua ahli keluarga perempuan dalam susur galurnya. Terdapat pantang larang yang boleh mematahkan dan membatalkan kuasa yang Do Bong-soon perolehi.

Sepanjang Do Bong-soon menjadi pengawal peribadi Ahn Min-hyuk, perasaan mereka berdua saling bertaut dan seolah-olah sukar untuk dipisahkan.

7. What’s Wrong with Secretary Kim

dc9b7ab0 21ae 4896 af17 9228d0de068d

Drama Korea komedi romantik yang bertajuk What’s Wrong with Secretary Kim juga merupakan drama siri adaptasi dari novel dan Webtoon dengan tajuk yang sama.

Drama Korea ini menceritakan tentang Lee Young Joon, seorang wakil presiden syarikat yang tampan, kaya, dan sombong, dan Kim Mi So, seorang setia usaha profesional yang bijak dan cantik.

Mi So memutuskan untuk mengundurkan diri daripada pekerjaannya untuk mencari kehidupan sendiri. Namun, Young Joon tidak mahu kehilangan setia usaha yang sempurna. Kemudian, dia berusaha mencari cara untuk membuat setia usahanya bertahan.

8. My Roommate Is a Gumiho

faea45c1 96cf 4366 89f5 30feb966f6de

My Roommate is Gumiho merupakan drama Korea yang berasal dari cerita legenda dan diadaptasi dari cerita webtoon dengan tajuk yang sama. Drama ini cuba menampilkan legenda tersebut dalam versi moden yang menceritakan kisah romantik Shin Woo-Yeo, musang berekor sembilan yang sudah hidup selama 999 tahun dan ingin menjadi manusia.

Shin Woo-Yeo kemudian bertemu dengan Lee Dam, seorang pelajar yang tidak sengaja menelan manik-manik Woo-Yeo dalam sebuah kemalangan.

Kejadian itu kemudian menjadi masalah dan mereka perlu tinggal bersama dalam satu rumah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sejak mereka tinggal bersama, kisah cinta antara dua makhluk ini mula berkembang.

9. Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo

b333b5dd 77e9 49fe b3e5 5640c5473823

Walaupun atlet angkat berat wanita seperti Bok-joo (Lee Sung-kyung) diejek kerana “bersukan seperti lelaki”. Bok-joo dan kawan-kawannya gembira dengan kekuatan mereka. Tetapi apabila dia bertemu dengan seorang doktor yang kacak, dia cuba menurunkan berat badan untuk kelihatan lebih feminin.

Adik lelaki doktor (Nam Joo-hyuk) ialah kawan Bok-joo. Dia kejam terhadapnya, menggambarkannya sebagai gemuk dan badan seperti khinzir. Drama Korea ini berdasarkan kisah atlet angkat berat Jang Mi-ran, yang memenangi emas di Sukan Olimpik Beijing 2008.

 

10. Business Proposal

e2d2a708 f992 45f5 a5eb 087283867d9f

Business Proposal menceritakan tentang Shin Ha Ri (Kim Se Jeong) yang merupakan seorang pekerja biasa. Pada suatu hari, dia menggantikan kawannya, Jin Young Seo (Seol In Ah), untuk pergi ke sebuah blind date. Ha Ri bertemu dengan Kang Tae Mu (Ahn Hyo Seop). Rupa-rupanya Tae Mu adalah CEO baru di syarikat Shin Ha Ri bekerja.

Ha Ri perlu mencari jalan suapaya CEO tersebut tidak mengetahui bahwa Ha Ri adalah orang yang bertemu dengannya pada blind date tersebut. Dia seakan-akan memiliki dua kehidupan, iaitu menjadi pekerja di siang hari dan berpura-pura menjadi gadis kaya dan mewah pada malam harinya.

Namun, berapa lamakah Ha Ri akan bertahan hidup seperti itu? Serta, apakah yang akan terjadi apabila dia mula jatuh cinta pada Tae Mu?

Drama-drama Korea di atas pasti membuatkan penonton tertawa sendirian kerana jalan cerita yang dipersembahkan sangat menarik dan unik. Sudahkah anda menonton?

Baca lagi: Jeon Jong Seo Tampil Garang dalam Queen Woo, Ini 4 Drama Korea Menarik Lakonannya
Baca juga: 6 Drama Korea Paling Diingati dengan Ending yang Berbekas Di Hati, Pelbagai Genre

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here