Home Artis Korea Masih Ingat Twinkling Watermelon? Ini Senarai Kdrama Akan Datang, Melibatkan Para Pelakon...

Masih Ingat Twinkling Watermelon? Ini Senarai Kdrama Akan Datang, Melibatkan Para Pelakon Drama Tersebut

0

Kdrama Twinkling Watermelon ditayangkan tepat satu tahun yang lalu, dengan dibintangi oleh Ryeoun, Shin Eun Soo, Choi Hyun Wook, Seol In Ah, dan pelakon-pelakon lain.

Kdrama tersebut berjaya mendapat perhatian dari para peminat hingga kini ramai yang merindui para pelakon drama tersebut.

Kini, para pelakon Twinkling Watermelon sedang sibuk dengan projek baru masing-masing yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Berikut ini ialah tiga Kdrama baru akan datang yang dibintangi oleh pelakon-pelakon Twinkling Watermelon yang.

1. Family by Choice

KdramaChoi Won Young yang membawa watak sebagai Ha I Chan dewasa dalam Kdrama Korea Twinkling Watermelon disahkan akan turut membintangi drama baru yang berjudul Family by Choice. Drama Korea tersebut merupakan adaptasi dari drama Cina yang berjudul Go Ahead. Pelakon utamanya ialah Hwang In Yeop, Jung Chae Yeon, dan Bae Hyun Sung.

Family by Choice akan ditayangkan secara perdana pada 9 Oktober 2024 dan berjumlah 16 episod semuanya. Choi Won Young akan membawa watak sebagai Yoon Jung Jae yang merupakan ayah kepada Yoon Ju Won (Jung Chae Won).

Jalan ceritanya adalah tentang tiga orang remaja yang hidup bersama seperti keluarga. Suatu hari, dua di antara mereka memutuskan untuk mencari keluarga kandung mereka dan meninggalkan keluarga yang telah menjaga mereka. Apabila dewasa, ketiga-tiga mereka bertemu kembali dan kemudian timbul kisah cinta tiga segi.

2. The Starry Night

78674bea 1e02 43eb bbde ea90b9d63481Ryeoun merupakan salah seorang pelakon utama untuk drama Korea yang berjudul The Starry Night. Drama Korea tersebut akan ditayangkan di platform ENA pada bulan Disember 2024 akan datang, dengan jumlah 12 episod. Pelakon utama lain ialah Go Hyun Jung, Yoon Sang Hyun, dan Lee Jin Woo.

Ryeoun akan membawa watak sebagai Yoo Jin Woo yang sedang menjalani latihan sebagai trainee untuk meraih impian menjadi bintang idola KPop. Dia dinaungi oleh seorang CEO yang baru sahaja dipecat. Pada awalnya CEO tersebut melatih Yoo Jin Woo hanya untuk kepentingannya sendiri, tapi kemudian lama-kelamaan timbul rasa kasih antara satu sama lain.

3. Light Shop

64caf61f cab8 44cc aa70 3a7910311111Shin Eun Soo membintangi drama Korea baru yang diterbitkan oleh pelakon Kim Hee Won yang berjudul Light Shop. Drama Korea tersebut akan ditayangkan di platform Disney Plus pada hujung tahun 2024 ini. Dibintangi juga oleh Ju Ji Hoon, Park Bo Young, Bae Sung Woo, Uhm Tae Goo, Kim Seol Hyun, Lee Jung Eun, Kim Min Ha, dan ramai lagi.

Kdrama Light Shop diadaptasi dari webtoon karya Kang Full dengan tajuk yang sama dan berjumlah 8 episod. Jalan ceritanya menggabungkan genre seram, thriller, dan supernatural. Menceritakan tentang orang-orang yang datang ke kedai lampu misteri dengan membawa masalah hidup masing-masing.

Tiga buah Kdrama di atas mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza, bermula dari romantik hingga thriller. Para peminat Kdrama Twinkling Watermelon perlu menonton projek-projek drama Korea baru ini untuk menghilangkan rindu pada 3 pelakon Twinkling Watermelon ini! Nantikan ya!

Baca lagi: Binge-Watch 10 Cadangan Filem Thriller Misteri Korea di Netflix, Dengan Elemen Saspen Psikologi – Mistik

Baca juga: 9 Kdrama Terbaru Dari Thriller Hingga Komedi Sepanjang Oktober 2024, Dipenuhi Pelakon Bintang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here