Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Kentaro Sakaguchi Tampil dalam Filem dan Drama Baru Tahun Ini, Pelakon Hot...

Kentaro Sakaguchi Tampil dalam Filem dan Drama Baru Tahun Ini, Pelakon Hot Jepun yang Diminati Ramai

0

Kentaro Sakaguchi merupakan pelakon lelaki kelas A dari Jepun yang memulakan kerjayanya sebagai model pada tahun 2010.

Bintang yang dilahirkan pada 11 Julai 1991 ini telah membintangi banyak filem dan drama popular. Popularitinya juga bukan hanya di Jepun sahaja, tetapi namanya dikenali hingga ke luar negara.

Pada tahun 2024, Kentaro Sakaguchi kembali mencuri perhatian dengan projek-projek lakonan terbarunya. Pelakon lelaki yang memiliki ketinggian 183 cm ini akan bergandingan dengan Lee Se Young. Mereka digandingkan dalam sebuah drama romantik yang bertajuk What Comes After Love.

Kentaro

Kolaborasi antara pelakon Jepun dan pelakon Korea Selatan ini berjaya mencipta gandingan yang kuat. Bukan hanya menampilkan lakonan yang memukau, jalan cerita drama ini juga membuatkan para peminat semakin menantikan sambungan ceritanya.

Berikut ini adalah senarai projek lakonan Kentaro Sakaguchi pada tahun 2024 ini. Mari sama-sama kita lihati.

1. The Parades

 

Filem Jepun yang ditayangkan pada 29 Februari 2024 ini digarap oleh pengarah Michihito Fujii. Selain itu, pengarah ini juga terlibat secara langsung dalam penulisan skrip. Dalam filem The Parades, Kentaro Sakaguchi membawa watak sebagai Akira. Dia bergandingan dengan Masami Nagasawa, Ryusei Yokohama, Lily Franky dan juga Nana Mori.

Filem ini menceritakan tentang sebuah perarakan khas yang dilakukan sebulan sekali, di mana roh-roh orang yang telah meninggal dunia berkumpul untuk mencari sosok yang ingin mereka temui. Minako dan Akira merupakan salah seorang peserta yang mengikuti perarakan tersebut. 

Pada awalnya, Minako (Masami Nagasawa) tidak menyedari bahawa dia sudah meninggal dunia kerana menjadi mangsa dalam sebuah bencana besar. Selepas waktu berlalu, dia akhirnya sedar dan cuba menerima kenyataan bahawa dirinya terperangkap di dunia roh. Minako kemudian berusaha untuk menemui anaknya yang hilang.

Selama perarakan berlangsung, Minako dan Akira bertemu dengan pelbagai watak, bermula dari bekas anggota mafia hingga pelajar sekolah yang mengalami kemurungan. Kematian yang tiba-tiba ini membuatkan ramai orang di perarakan ini merasa penyesalan apabila meninggalkan kehidupan mereka di dunia.

 

2. Beyond Goodbye


Drama Jepun yang diarahkan oleh Hiroshi Kurosaki ini mengambil latar tempat di Hokkaido dan Hawaii. Menampilkan pemandangan indah yang memanjakan mata semasa menontonnya. Beyond Goodbye juga merupakan projek kolaborasi antara Hiroshi Kurosaki bersama Yoshikazu Okada sebagai penulis skrip.

Drama ini dimulakan dengan kisah menyedihkan yang dialami oleh sepasang kekasih bernama Saeko (Kasumi Arimura) dan Yusuke (Toma Ikuta). Pada hari bahagia mereka, Yusuke mengalami kemalangan tragis. Yusuke kemudian disahkan meninggal dunia. Perkara ini membuatkan Saeko merasa kesedihan yang mendalam.

Suatu hari, Saeko bertemu dengan Naruse (Kentaro Sakaguchi), seorang pesakit yang menerima pemindahan jantung dari Yusuke. Pertemuan ini membangkitkan kenangan tentang Yusuke dalam diri Naruse. Drama ini boleh ditonton di Netflix bermula 14 November akan datang.

 

3. What Comes After Love

Drama Korea yang diarahkan oleh Moon Hyun Sung ini ditayangkan secara perdana di Coupang Play sejak 27 September lalu. What Comes After Love merupakan projek drama Korea pertama bagi pengarah drama ini kerana sebelum ini dia lebih dikenali sebagai pengarah filem.

Drama ini diadaptasi dari novel popular yang berjudul sama yang ditulis oleh Gong Ji Young dan Hitonari Tsuji. Mereka berdua merupakan penulis yang berasal dari Korea Selatan dan Jepun. Drama What Comes After Love merupakan projek kolaborasi antara dua negara tersebut dengan menampilkan barisan pelakon ternama.

Kentaro

Drama dengan genre melodrama ini mengangkat kisah cinta sepasang kekasih dari dua negara yang berbeza. Bercerita tentang seorang wanita dari Korea Selatan yang bernama Choi Hong (Lee Se Young) dan seorang lelaki dari Jepun yang bernama Jungo Aoki (Kentaro Sakaguchi). Mereka berdua pertama kali bertemu dan menjalin hubungan semasa sedang menyambung pelajaran di Jepun.

Namun, hubungan mereka putus kerana wujud perbezaan pemikiran. Lima tahun selepas berpisah, Hong dan Jungo akhirnya berjumpa kembali di Korea Selatan. Benih-benih cinta di antara mereka kembali tumbuh. Selain dibintangi oleh Kentaro Sakaguchi dan Lee Se Young, drama ini juga dibintangi oleh Hong Jong Hyun dan Anne Nakamura.

Projek-projek lakonan Kentaro Sakaguchi pada tahun 2024 ini sangat menarik untuk anda tonton. Bakat lakonan Kentaro Sakaguchi selalu berjaya memukau penonton. Selain itu, gandingan yang menjadi dengan setiap pasangannya dalam filem atau drama juga berjaya mencuri perhatian. 

Baca juga: ‘Spice Up Our Love’, Genre Komedi Romantik Tetapi Hanya Untuk Tontonan 19+ Ke Atas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here