Siapa yang sudah tidak sabar untuk menonton drama baru Ahn Bo Hyun?
Drama terakhirnya yang ditayangkan pada awal tahun 2024 lalu sangat mendapat perhatian dari para penonton. Dia memang selalu tampil memukau di setiap drama yang dibintanginya, maka tidak hairanlah jika kemunculan Ahn Bo Hyun selalu dinantikan pada setiap tahun.
Di awal kerjayanya sebagai pelakon, dia kerap tampil sebagai pelakon pembantu contohnya dalam drama Golden Cross (2014). Namanya mula dikenali selepas dia membintangi Descendants of the Sun (2016) dan mula tampil dalam drama-drama popular.
Berikut ini adalah drama Korea akan datang yang akan dibintangi oleh Ahn Bo Hyun.
1. God’s Beads
Drama pertama adalah God’s Beads yang akan ditayangkan pada tahun 2025 akan datang. Drama ini berada di bawah arahan pengarah Jeong Dae Yun yang sebelum ini menggarap W (2016), I’m Not a Robot (2017), dan Reborn Rich (2022). Drama ini akan ditayangkan di stesen TV JTBC.
God’s Beads menggandingkan beberapa orang bintang popular seperti Lee Sung Min, Ahn Bo Hyun, Claudia Kim, dan Ha Yoon Kyung. Kisah drama ini akan mengikuti persahabatan dan cinta sebuah pasukan ekspedisi yang bertugas mencari bahan-bahan bersejarah. Baek Kyul (Ahn Bo Hyun) akan bertugas sebagai ketua dalam pasukan ini.
Dia sendiri merupakan anak tunggal kepada Baek Cha Seung, watak yang bertugas mengawasi tentera kerajaan. Ada juga Choi Gu (Lee Sung Min) yang merupakan salah seorang perwira dalam ekspedisi tersebut. Ada banyak perkara yang mereka lalui untuk mencapai objektif yang mereka inginkan nanti.
2. Haesi’s Shinru
Drama berikutnya adaLah Haesi’s Shinru yang mengusung genre sageuk yang dibaluti kisah misteri dan romantik. Kisah drama ini diadaptasi dari novel berjudul sama karya Yoon Yi Soo. Belum ada tarikh tayangan rasmi untuk drama ini.
Sebelum ini penulis Yoon Yi Soo juga menggarap Love in the Moonlight, salah sebuah drama popular yang dibintangi oleh Park Bo Gum dan Kim You Jung. Drama ini mendapat reaksi positif dari para penonton, jadi karya penulis ini tidak perlu diragui lagi. Tambahan pula genre yang dibawa juga sama iaitu genre sageuk.
Drama Haesi’s Shinru mengikuti kisah cinta Putera Mahkota Yihyang (Ahn Bo Hyun), seorang saintis genius di era Joseon, dia gemar melihat bintang di malam hari. Ada juga seorang wanita muda misteri yang bernama Haeru yang boleh melihat masa depan. Kisah ini terjadi pada zaman pemerintahan Raja Sejong (1418-50).
3. Flex X Cop 2
Selepas berjaya dengan musim pertamanya yang ditayangkan pada awal tahun lalu, drama Flex X Cop akan meneruskan musim keduanya. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan chaebol generasi ketiga yang mempunyai sifat gila-gila dan kekanak-kanakan. Dia adalah Jin I Soo (Ahn Bo Hyun).
Suatu hari, I Soo menjadi seorang detektif kerana pengaruh latar belakang keluarga konglomerat dan kejadian salah tangkap yang berlaku. Dia berada di bawah seliaan Detektif Lee Kang Hyun (Park Ji Hyun). Wataknya dikenali sebagai penegak keadilan yang gila kerja dan sangat berani.
Di musim kedua ini, skrip masih ditulis oleh Kim Ba Da. Ahn Bo Hyun dan Park Ji Hyun akan tetap menjadi bintang utama musim kedua ini. Sementara itu, untuk pelakon pembantu lain belum diumumkan secara rasmi.
Ada banyak drama baru Ahn Bo Hyun yang menarik untuk diikuti. Pelbagai genre yang ditayangkan menunjukkan bahawa pelakon ini bukan hanya selesa membintangi genre tertentu sahaja. Pastikan kamu anda tidak ketinggalan untuk menonton drama-drama akan datang ini, terutamanya Flex X Cop yang akan meneruskan kehebatan musim pertamanya.