Home Artis Korea Jung So Min Memikat dalam 11 Kdrama Popular Ini, Berjaya Buat Penonton...

Jung So Min Memikat dalam 11 Kdrama Popular Ini, Berjaya Buat Penonton Cair

0

Jung So Min baru sahaja kembali ke kaca TV melalui drama Korea Love Next Door.

Sebelum ini, Jung So Min telah banyak membintangi drama popular. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1989 ini telah debut sejak tahun 2010 melalui drama yang bertajuk Bad Guy sebagai salah seorang pelakon pembantu. Bakat lakonannya mula dilihat dan bermula dari drama keduanya, dia selalu dipilij menjadi pelakon utama.

Kebanyakan drama yang dibintangi oleh Jung So Min biasanya membawa genre romantik. Oleh sebab itu, watak yang dibawanya selalu memiliki kisah cinta dengan konflik yang pelbagai.

Berikut ini adalah 11 kisah cinta Jung So Min dalam drama Korea. Kisah mana yang paling anda ingati?

 

c8a98b39 13c5 49d9 b116 87fbaa63ce68

1. Popular pada zamannya, Playful Kiss (2010) tampilkan kisah perjuangan Oh Ha Ni (Jung So-min) dalam memenangi hati seorang lelaki yang sempurna di matanya iaitu Baek Seung Jo (Kim Hyun Joong)

 

0f7a36c0 61a4 4534 a472 32bffb4f1b28

2. Jung So-min membawa watak utama yang bernama Hye Yoon yang berusaha untuk mencari lelaki kaya yang akan dikahwininya demi memenuhi harapan ibunya dalam drama Can We Get Married? (2012)

 

3b602525 b17d 4d47 8f64 4d543461db6f

3. Jung So-min dan Kim Young Kwang membawa watak sebagai doktor dalam drama D-Day (2015). Perasaan antara mereka mula tumbuh apabila mereka bersama-sama berjuang menangani pesakit mangsa bencana

 

323b76ff 4f06 4abd 9c8a ec3955cd8a6b

4. Kisah cinta antara Jung So-min dan Lee Kwang Soo dalam drama The Sound of Your Heart (2016) dipenuhi dengan banyak adegan lucu yang tidak terduga

 

25904b37 d7d0 45fe 8496 18d61e85a215

5. Dalam My Father is Strange (2017), Jung So-min menjalin kasih sayang dengan seorang selebriti yang bernama Ahn Joong Hee (Lee Joon)

 

1965b053 fe4e 4e19 955b 07339e5d42e6

6. Pada awalnya tinggal bersama sebagai penyewa dan pemilik rumah, Jung So-min ditawarkan untuk berkahwin secara kontrak dengan Lee Min Ki dalam drama Because This is My First Life (2017)

 

8a0e8b6a e6ba 4531 a532 05f26de72ebe

7. The Smile Has Left Your Eyes (2018) tampilkan kisah romantik yang sangat rumit antara Yoo Jin Kang (Jung So-min) dan seorang lelaki misteri yang memiliki masa lalu yang kelam

 

44c4fb68 bd82 49a4 af97 a22e69539fec

8. Shin Ha Kyun membawa watak sebagai seorang pakar psikiatri yang merawat Jung So Min dalam drama Soul Mechanic (2020). Sering menghabiskan waktu bersama membuatkan hubungan mereka semakin rapat

 

3ce63a70 cb65 4fff a234 c2b699e7e4f2

9. Jung So Min digandingkan dengan Kim Ji Seok dalam drama Monthly Magazine Home (2021). Walau merekamemiliki pandangan dan perspektif yang berbeza, mereka berdua mula saling menaruh perasaan antara satu sama lain

 

43b862e4 9c0c 49c4 a46e 4b1d661a9c6c

10. Alchemy of Souls (2022) menceritakan kisah para ahli sihir dalam memerangi para pemindah roh. Termasuk Mu Deok (Jung So Min) yang bertugas mengajar Jang Uk (Lee Jae Wook) ilmu sihir

 

Jung so min

11. Dalam Love Next Door (2024), Jung So Min kembali bertemu dengan kawan zaman kecilnya selepas terpisah selama beberapa tahun. Keluarga mereka juga sangat rapat kerana mereka berjiran

Jung So Min selalu berjaya membina keserasian yang baik dengan pasangan yang bergandingan dengannya dalam drama Korea. Para penonton juga memuji dan menyukai keserasian yang kelihatan sangat natural antara Jung So Min dan Jung Hae In dalam drama Love Next Door yang ditayangkan di tvN.

Baca lagi: Peminat Webtoon Jeongnyeon: The Star Is Born Kecewa Watak Lesbian Adaptasi Kdrama Dikeluarkan
Baca juga: 3 Drama Korea Penuh Fantasi tentang Dunia Paralel Komik

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here