Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 12 Kdrama 2024 Penuh Kisah Misteri Jenayah, Banyak Plot Twist

12 Kdrama 2024 Penuh Kisah Misteri Jenayah, Banyak Plot Twist

0

Para peminat Kdrama tentu sahaja tidak pernah bosan kerana selalu dihidangkan dengan drama-drama yang segar dan menarik.

Kebelakangan ini, banyak drama yang berjaya mengundang rasa ingin tahu dan keterujaan para peminat Kdrama. Buat anda yang menyukai drama thriller atau Kdrama yang berkaitan tentang penyelesaian kes, anda boleh cuba menonton drama-drama di bawah ini.

Berikut ini adalah Kdrama terbaru mengenai kisah siasatan jenayah yang penuh plot twist yang boleh dijadikan pilihan untuk mengisi waktu lapang anda.

 

1. The Auditors

cb1432f4 8a51 422e ba71 1c6803187f01

Seperti yang kita lihat pada tajuknya. Kdrama ini menceritakan tentang jabatan audit di sebuah syarikat pembinaan yang bertugas membanteras aktiviti rasuah. Kedatangan orang baru yang dilantik sebagai ketua jabatan tersebut membuatkan seluruh anggota jabatan itu menjadi lebih sibuk dari sebelum ini.

Mereka menyiasat pelbagai perkara aneh yang terjadi di pejabat hingga ke akar umbi. Seluruh penyiasatan dilakukan secara adil tanpa memilih bulu. Konflik dalam setiap kes yang dipaparkan juga berjaya membuatkan para penonton tidak senang duduk.

 

2. Good Partner

8270f9e6 3392 4f47 87ab ac5d25263b66

Penonton akan merasa kagum dengan profesionalisme para peguam perceraian dalam drama ini. Kerja keras dan kesetiaan seorang peguam senior digambarkan dengan jelas hingga seorang peguam junior menjadikannya sebagai idola dan role model. Namun, dia perlu berhadapan dengan masalah serius semasa kerjayanya sedang berada di puncak.

Dengan sedikit sentuhan komedi, Kdrama Good Partner merupakan tontonan yang ringan namun kaya dengan pesanan moral. Pelbagai kisah suka duka perkawinan disajikan dalam drama ini. Beberapa kes yang ditampilkan juga berjaya membuatkan para penonton turut beremosi!

 

3. Perfect Family

fd50e706 8193 4e91 9be1 612d47e3c508

Kehidupan keluarga ini berjaya membuatkam semua orang iri hati dan cemburu. Kejayaan dan kebahagiaan telah mereka miliki. Namun, masalah mula muncul apabila si ayah gagal ini menangkis hasad dengki orang di sekitarnya.

Kisah masa lalu yang rumit dari keluarga yang sempurna ini membuatkan plot twist dalam drama ini sangat terasa. Jalan ceritanya berjaya mewujudkan rasa ingin di setiap episod. Sayangnya, ramai orang yang tidak bersalah yang menjadi mangsa dalam drama ini.

 

4. Black Out

0eceae7b 5d42 4da8 959c 2370cb7ce5f2

Menceritakan tentang seorang pelajar yang menerima tuduhan membunuh semasa dia sedang tidak sedarkan diri. Dia menerima hukuman penjara selama sepuluh tahun, namun dia mendapati banyak keanehan dalam kesnya dan dia nekad mahu mencari kebenaran melalui orang-orang di masa lalunya.

Penglibatan ramai orang membuatkan kesnya itu semakin rumit. Banyak pembohongan yang berlaku dan segala kebenaran ditutup oleh penipuan lain dalam drama ini. Black Out merupakan tontonan yang tepat untuk anda yang suka memecahkan teka-teki jenayah yang sukar!

 

5. Your Honor

98844379 aca5 4be5 9e67 f90fb8a297cc

Dimulakan dengan insiden yang terjadi antara dua anak orang anak lelaki dari keluarga yang berbeza. Mereka berdua merupakan anak golongan elit dalam bidang mereka masing-masing. Hakim yang selalu berpegang teguh pada keadilan kali ini terpaksa berurusan dengan seseorang yang terkenal memiliki kuasa serta pengaruh.

Kedua-dua bapa itu secara terang-terangan menunjukan kasih sayang terhadap anak-anak mereka. Mereka melakukan pelbagai usaha untuk memberi perlindungan terbaik bagi anak mereka masing-masing. Konflik dalam drama ini sangat mendalam dan penuh emosional.

 

6. The Frog

3bc22324 b24e 4e4f 85c5 3953815eaa87

Menceritakan tentang kehidupan seseorang yang menguruskan rumah penginapan di sebuah daerah, serta interaksi dengan orang-orang sekitarnya. Namun, kedatangan tetamu misteri di rumah penginapan tersebut membuatkan suasana menjadi kacau bilau. Banyak kejadian aneh muncul selepas itu.

Seorang polis menyiasat untuk menyelesaikan misteri yang terjadi. Suasana mencengkam perasaan yang disajikan dalam The Frog sangat terasa. Drama ini berjaya membuatkan para penonton merasa tegang dan juga tidak senang duduk.

 

7. Seoul Busters

Kdrama

Kdrama ini menampilkan suasana yang lebih segar dari yang lain. Kisah detektif yang bertugas untuk menangani pelbagai kes jenayah, namun dikemaskan dalam nuansa komedi. Penyelesaian kea dibuat dengan penuh misteri dan teka teki, namun perkara-perkara lucu yang ada dalam drama ini juga berjaya mengundang gelak tawa.

 

8. Connection

IMG 5465

Kdrama Connection (2024) mengisahkan tentang cabaran dan dugaan detektif Jang Jae Kyung (Ji Sung) dalam menyelesaikan kes-kes di Divisyen Pencegahan Dadah. Kali ini, kes dadah yang ditanganinya berkaitan dengan misteri kematian kawan lamanya.

Situasi berubah menjadi semakin sukar selepas Jae Kyung diculik oleh orang yang tidak dikenali. Lebih teruk lagi, tubuhnya tiba-tiba menjadi terpaksa bergantung dengan dadah selepas penculikan tersebut.

Ternyata, situasi tersebut tidak jauh berbeza dengan kisah watak-watak dalam lima drama Korea di bawah ini. Mereka juga pernah diperangkap menjadi penjenayah hingga terpaksa berjuang membersihkan nama mereka kembali.

 

9. Wonderful World

IMG 5466

Eun Soo Hyun (Kim Nam Joo) merupakan seorang profesor psikologi dan penulis buku terkenal. Dia kehilangan anaknya akibat kemalangan semasa suaminya menyiasat jenayah yang dilakukan oleh salah seorang calon presiden. Mengejutkan apabila pesalah yang membunuh anaknya tersebut tidak mendapat hukuman tetapi dibebaskan.

Soo Hyun yang sakit hati dan berusaha untuk membalas dendam. Dia akhirnya menjadi pembunuh hingga menerima hukuman penjara selama bertahun-tahun. Soo Hyun menjalani hidupnya dengan jiwa yang kosong. Tambahan pula, masalah-masalah yang lebih kompleks muncul silih berganti dalam kehidupannya.

 

10. Nothing Uncovered

IMG 5467

Seo Jung Won (Kim Ha Neul) seorang wartawan yang hebat mengungkap kes-kes besar para ahki politik. Situasi ini menyebabkan banyak pihak yang berdendam kepadanya. Seterusnya, kehidupan Jung Won bertambah sukar apabila kecurangan suaminya terungkap.

Lebih teruk lagi, wanita simpanan suaminya ditemui mati dibunuh. Situasi membingungkan ini memerangkap Jung Woo sebagai suspek utama. Dia berkerja sama dengan seorang detektif untuk mengungkap kebenaran kes tersebut.

 

11. Hide

IMG 5468

Hide telah ditayangkan secara perdana pada 23 Mac 2024. Kdrama ini mengisahkan tentang Na Moon Young (Lee Bo young) yang kehilangan suaminya, Cha Sung Jae (Lee Moo Saeng). Cha Sung Jae tiba-tiba menghilang secara misteri. Moon Young mencari suaminya dan berusaha untuk mengungkap rahsia disebalik kehilangan lelaki itu. Sementara itu watak yang bernama Do Jin Woo (Lee Min Jae) sebenarnya watak penting yang memegang kunci tentang rahsia kehilangan Cha Sung Jae.

 

12. The Judge From Hell

IMG 5478

Kdrama ini mengandungi 14 episod dengan durasi 1 jam 10 minit setiap satu. Cerita ini memfokuskan kepada Kang Bitna (lakonan Park Shin Hye), seorang hakim yang sebenarnya adalah syaitan yang ditugaskan untuk membawa penjenayah ke neraka.

“The Judge from Hell” mengisahkan tentang syaitan dari neraka yang turun ke dunia manusia dan hidup sebagai hakim bernama Kang Bit Na (Park Shin Hye). Selepas berdepan dengan detektif Han Da On (Kim Jae Young) di mahkamah, syaitan mula menjalankan peranannya sebagai ‘hakim’ sejati.

Na Ra memainkan watak Yustitia, seorang hakim syaitan yang dijatuhkan hukuman menjadi manusia selepas melakukan kesilapan besar. Sebelum memiliki mayat Kang Bit Na, Yustitia ditugaskan untuk menimbang dosa pendosa di neraka. Ternyata syaitan yang menyamar sebagai manusia bukanlah manusia biasa, tetapi syaitan yang dihantar untuk menjalankan misi istimewa di dunia manusia. Sekarang, dia mesti menghantar 10 manusia keji ke neraka iaitu penjenayah yang terlepas daripada hukuman.

Siapkan popcorn! Anda pasti menyukai semua Kdrama di atas jika anda adalah peminat setia genre thriller dan misteri. Pelbagai plot twist mengejutkan pasti membuatkan anda puas hati!

Baca lagi: Jung So Min Memikat dalam 11 Kdrama Popular Ini, Berjaya Buat Penonton Cair
Baca juga: What Comes After Love Menarik Untuk Ditonton atau Tidak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here