Home Bollywood/India 5 Filem India Ini Gambarkan Pembalasan Pada Pembunuh yang Meragut Kebahagiaan Orang...

5 Filem India Ini Gambarkan Pembalasan Pada Pembunuh yang Meragut Kebahagiaan Orang Lain

0

Setiap orang pasti tidak sanggup jika orang yang mereka sayangi disakiti dan lebih teruk lagi orang tersayang tersebut dibunuh oleh manusia kejam.

Rupa-rupanya ada banyak filem Bollywood yang mengangkat tema tersebut. Di bawah ini ialah beberapa buah filem India yang mengisahkan pembalasan kepada para pembunuh yang telah meragut nyawa orang-orang kesayangan orang lain. Mari sama-sama kita lihat.

 

1. Kahaani (2012)

Filem india

Kahaani merupakan salah sebuah filem terbaik Vidya Balan. Bahkan, filem tersebut berjaya membawa pelakon tersebut menyandang gelaran Pelakon Wanita Terbaik Filmfare 2013. Kahaani menyoroti kisah serangan gas beracun di keretapi Metro Kolkata yang meragut nyawa seluruh penumpang, termasuk suami Vidya Bagchi (Vidya Balan). Dua tahun selepas kematian suaminya, Vidya datang ke Kolkata untuk mencari orang yang bertanggung jawab atas tragedi tersebut.

 

2. Badlapur (2015)

0f3714c8 7208 43b2 b8ab 72b3ae3db2fd

Selepas bekerja keras di lokasi penggambaran filem Badlapur, Varun Dhawan dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Filmfare 2016. Ramai penonton yang terkesan dengan lakonan Varun Dhawan dalam filem karya Sriram Raghavan tersebut. Badlapur mengisahkan tentang aksi balas dendam Raghu (Varun Dhawan) terhadap perompak bank yang telah menembak istrlerinya, Misha (Yami Gautam).

 

3. NH10 (2015)

b0d40779 b152 48a2 bf82 6003ed251a69

NH10 menggandingkan Anushka Sharma dengan Neil Bhoopalam. Dalam filem tersebut, Arjun (Neil Bhoopalam) dibunuh oleh sekumpulan gangster kerana telah cuba menyelamatkan pasangannya. Tidak dapat menerima kematian suaminya, Meera (Anushka Sharma) mengerahkan segala kemampuannya untuk balas dendam pada gangster tersebut.

 

4. Kaabil (2017)

e83827e8 7931 4e12 99a8 fb91fec9430c

Filem Bollywood seterusnya adalah Kaabil. Filem ini menampilkan Hrithik Roshan dan Yami Gautam sebagai pelakon utama. Dalam Kaabil, Rohan (Hrithik Roshan) dan Supriya (Yami Gautam) yang sama-sama cacat penglihatan pada awalnya menjalani alam perkahwinan yang bahagia. Suatu hari, Supriya diperkosa kemudian bunuh diri. Rohan lalu memutuskan untuk balas dendam pada sekumpulan lelaki yang telah menghancurkan hidup isterinya.

Baca lagi: 8 Filem India Ini Membawa Tema Jenayah Rogol di India, Realiti Ngeri Bagi Kaum Wanita
Baca juga: 18 Cadangan Filem India Genre Thriller Yang Boleh Ditonton di Netflix

5. Ghajini (2008)

e2c54498 4015 4952 b625 739d9c1b28d1

Ghajini merupakan filem debut Asin Thottumkal di layar perak Bollywood. Dalam filem tersebut, dia digandingkan dengan Aamir Khan. Dalam Ghajini, Kalpana (Asin Thottumkal) mati di tangan samseng kerana dia berani membongkar kes pemerdagangan manusia. Sanjay Singhania (Aamir Khan) yang merupakan kekasih Kalpana lalu membalas dendam pada orang-orang yang telah meragut nyawa Kalpana.

Ternyata ada sangat banyak filem dari India yang mengisahkan tentang pembalasan atas kematian orang tersayang. Sudahkan anda menonton senarai filem India di atas?

Baca lagi: 6 Filem India Ini Diangkat dari Kisah Benar yang Menggemparkan, Jenayah Kejam
Baca juga: 3 Filem Korea Ini Akan Temani Anda pada Bulan Oktober, Uprising Paling Dinantikan

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here