Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Iron Family”, Kisah Kekeluargaan dengan Sentuhan...

3 Perkara Menarik Tentang Kdrama Baru “Iron Family”, Kisah Kekeluargaan dengan Sentuhan Komedi Gelap

0

Drama Korea baru Iron Family menampilkan kisah keluarga yang penuh dengan komedi gelap ke skrin tontonan anda, drama Korea ini ditayangkan secara perdana pada 28 September 2024 baru-baru ini.

Iron Family berfokus kepada sebuah keluarga yang menjalankan perniagaan dobi, perniagaan mereka telah bertahan selama tiga generasi.

Drama siri ini ditulis oleh Seo Sook Hyang yang sebelum ini berjaya menggarap Pasta, Don’t Dare to Dream, dan Wok of Love. Salah seorang pelakon utama yang turut terlibat dalam drama Iron Family ini adalah Kim Jung Hyun yang membawa watak sebagai Seo Gang Ju iaitu pengarah eksekutif bagi syarikat Jiseung Group.

Sementara itu, ada juga Shin Hyun Joon yang membawa watak sebagai Ji Seung Don, ketua Jiseung Group yang juga merupakan ayah tiri Seo Gang Ju. Manakala Kim Hye Eun membawa watak sebagai Baek Ji Yeon, ibu kandung Gang Ju dan isteri kepada Ji Seung Don.

Berikut ini adalah tiga perkara menarik yang dapat anda saksikan dalam drama Korea Iron Family:

 

Hubungan Seo Gang Ju dan ayah tirinya

Iron family

Walau tidak memiliki hubungan darah, Seung Don mendidik tegas Gang Ju dengan harapan dia akan menjadi warisnya. Namun, khabar angin yang tersebar di syarikat menyatakan bahawa Gang Ju bukan anak kandung Seung Don.

Perkara tersebut membuatkan Gang Ju berjuang keras untuk mendapatkan kasih sayang Seung Don. Namun, ternyata Gang Ju disisihkan di syarikat. Ini membuatkan hubungan mereka mula merenggang.

 

Rahsia besar Baek Ji Yeon

29f710dd c7cb 4844 b77a bbdaddd30c38

Baek Ji Yeon yang terkenal sangat mata duitan, ternyata dia menyimpan rahsia ayahnya yang merupakan seorang lintah darat terkemuka. Dia bimbang rahsia besar tersebut akan terbongkar, sehingga dia tidak menceritakannya kepada Gang Ju atau Seung Don.

Hingga suatu hari, Ji Yeon terperangkap dalam sebuah situasi yang membuatkan rahsia itu terungkap. Kejadian ini mengejutkan Ji Yeon, lalu membuatkannya mengungkapkan rahsia yang telah lama disimpannya itu kepada Gang Ju dan Seung Don.

 

Konflik Keluarga yang penuh ironi

IMG 5809

Apa yang membuat Iron Family semakin menarik adalah konflik keluarga yang penuh ironi dan situasi menghiburkan walau dalam keadaan getir. Seung Don, yang paling membenci pembohongan perlu menghadapi kenyataan bahawa isterinya telah menyembunyikan rahsia besar selama 15 tahun.

Gang Ju terperangkap antara kedua-dua ibu bapanya. Situasi ini membuatnya menghadapi dilema dan kebingungan dalam mencari peranan sebenar dirinya dalam keluarga.

Adakah kehidupan keluarga ini boleh kembali seperti biasa semula? Jangan lupa untuk menonton episod baru drama ini pada setiap minggu ya! Ditayangkan sejumlah 36 episodes, drama Iron Family ini disiarkan setiap Sabtu dan Ahad jam 19.55 KST di KBS2.

Baca lagi: Iron Family Kini Popular Raih Rating 2 Digit, Drama Comeback Terbaru Kim Jung Hyun
Baca juga: 6 Drama Korea Tampilkan Kisah Pemburu Hantu dan Roh Jahat

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here