Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 12 Kdrama Fantasi Mistik yang Membuatkan Penonton Tertanya-Tanya Tentang Pengakhirannya

12 Kdrama Fantasi Mistik yang Membuatkan Penonton Tertanya-Tanya Tentang Pengakhirannya

0

Anda suka menonton Kdrama fantasi yang mengasyikan? Drama Korea sering kali membawa genre fantasi yang penuh mistik.

Selain menarik untuk ditonton, genre ini memberikan cerita yang berbeza kerana mengisahkan tentang kuasa ghaib, perkara-perkara mistik, atau hantu. Biasanya, genre fantasi digabungkan dengan genre lain seperti romantik, thriller, atau komedi supaya makin menarik.

Adakah anda berminat dengan Kdrama fantasi penuh mistik ini? Mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

Kdrama fantasi

1. Bukan hotel biasa, Hotel Del Luna tentang hotel untuk roh-roh orang mati. IU menjadi CEO yang berumur ribuan tahun kerana kesalahannya di masa lalu

 

 

2. Kdrama fantasi ini merupakan salah satu yang terbaik dan sangat memberi kesan di hati. Gong Hyo Jin merupakan gadis yang boleh melihat hantu dalam The Master`s Sun

 

 

3. Bayangkan anda dirasuk hantu dan hantu itu mengendalikan tubuh badan anda. Itulah yang dialami oleh Park Bo Young dalam Oh My Ghost

 

 

 

IMG 58384. Heartbeat mengisahkan tentang vampire yang ingin menjadi manusia. Cerita makin menarik ketika vampire jatuh cinta dengan manusia. Bagaimanakah ending cerita ini?

 

 

5. Ghost Doctor adalah drama Korea penuh fantasi dan kisah mistik yang menarik. Roh doktor yang hebat masuk ke dalam tubuh seorang doktor yang sering dipandang remeh

 

 

6. Salah sebuah karya terbaik Suzy. While You Were Sleeping ialah tentang gadis yang boleh melihat masa depan melalui mimpi

 

 

7. Sekitar pembunuh bayangan dan roh-roh yang ingin menjadi manusia, Alchemy of Souls sangat berjaya hingga dilanjutkan ke musim ke 2

 

 

IMG 5839

8. May I Help You juga adalah Kdrama fantasi yang penuh mistik. Pekerja pemakaman jenazah boleh melihat dan berbicara dengan roh

 

 

9. Kdrama fantasi terbaik pada tahun 2016. Goblin mengisahkan tentang makhluk goblin yang hidup ratusan tahun. Ada malaikat pencabut nyawa juga!

 

 

10. Kdrama fantasi ini ialah tentang pojangmacha misteri. Mystic Pop-up Bar bukan hanya membuatkan para penonton ketawa tidak kering gusi dan tertanya-tanya tentang episod seterusnya, tapi juga pasti akan mengalirkan air mata anda

 

 

11. Kdrama fantasi penuh mistik seterusnya, Cafe Minamdang yang mengisahkan tentang sebuah kafe mistik. Seo In Guk adalah pelakon utama!

 

 

12. Siapa yang merasa cair hati dan terharu dengan kisah cinta dalam Angel’s Last Mission? Lebih-lebih lagi semasa menonton lakonan Shin Hye Sun. Pasti menangis!

12 buah Kdrama fantasi supernatural penuh mistik di atas boleh anda jadikan hiburan ketika anda sedang berehat dan bersenang lenang. Semua Kdrama di atas adalah menarik untuk diikuti.

Baca lagi: 5 Filem Korea Aksi Komedi yang Boleh Ditonton di Netflix, Menghiburkan
Baca juga: Suka What Comes After Love? Tonton 9 Kdrama dengan Vibe Serupa Ini

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here