Drama atau filem Korea pada umumnya sering menampilkan cerita cinta yang romantik antara sepasang kekasih yang saling mencintai.
Untuk anda yang mungkin lebih sukakan cerita yang sedikit berbeza, anda boleh menonton senarai drama dan filem Korea berikut ini.
Cerita tentang penculikan yang penuh dengan ketegangan pastinya sesuai untuk anda para peminat genre aksi. Berikut ini lima cadangan drama dan filem Korea tentang penculikan.
1. Drama Missing You (2012)
Dibintangi oleh pelakon-pelakon terkenal, drama Missing You menceritakan tentang seorang anak perempuan yang berusia 15 tahun, Lee Seo Yeon (Kim So Hyun) yang dikenali sebagai anak seorang pembunuh. Perkara tersebut membuatnya selalu dibuli dan tidak memiliki kawan langsung. Suatu hari, hadir seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Han Jung Woo (Yeo Jin Goo). Jung Woo yang memang seorang anak yang baik hati, mahu berkawan dengan Seo Yeon dan persahabatan mereka terjalin baik antara satu sama lain.
Hingga suatu hari, Jung Woo dan Seo Yeon menjadi mangsa penculikan. Seo Yeon mengalami serangan seksual serta keganasan. Pada masa itu, Jung Woo yang merasa ketakutan berusaha melarikan diri untuk meminta pertolongan. Seo Yeon juga berjaya melarikan diri dan dia bertemu dengan Kang Hyun Joon (Ahn Do Gyu).
Hyun Joon mempengaruhi Seo Yeon untuk meninggalkan masa lalunya dan memulakan hidup yang baru dengannya di luar negara. Sekitar 14 tahun berlalu, mereka semua telah dewasa. Jung Woo bertemu kembali dengan Seo Yeon, tetapi wanita itu tidak ingin kembali pada masa lalunya yang menyakitkan.
Baca juga: 6 Watak Penting Filem Korea Uprising, Ramai Pelakon Bintang
2. Drama Trap (2019)
Trap merupakan drama Korea bergenre thriller yang membawa konsep dramatic cinema iaitu gabungan format filem ke dalam sebuah tayangan drama. Drama ini mengisahkan tentang usaha mengungkap tragedi yang menimpa keluarga wartawan terkenal, Kang Woo Hyun (Lee Seo Jin). Woo Hyun adalah seorang pembaca berita yang dikagumi dan disayangi orang ramai. Kehidupan Woo Hyun juga kelihatan sempurna kerana selain terkenal, dia juga memiliki keluarga yang bahagia.
Suatu hari, Woo Hyun pergi bercuti bersama keluarganya di sebuah vila jauh dari bandar. Sebuah tragedi menimpa keluarga Woo Hyun. Anak dan isterinya diculik oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Sementara itu Woo Hyun sendiri ditemui tidak sedarkan diri di pinggir jalan dengan tubuh penuh luka dan lidahnya terpotong.
Seorang detektif junior bernama Bae Nam Soo (Jo Dal Hwan) ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Nam Soo juga terbunuh dalam proses penyiasatan. Seorang detektif veteran, Ko Dong Kook (Sung Dong Il), akhirnya turun padang untuk menangani kes tersebut.
3. Filem Voice of Silence (2020)
Diarahkan oleh Hong Eui Jeong, filem Korea Voice of Silence menceritakan tentang Tae In (Yoo Ah In) dan Chang Bok (Yoo Jae Myung) yang bekerja untuk organisasi jenayah. Mereka berdua mempunyai tugas untuk membersihkan segala kekacauan yang telah ditinggalkan oleh kumpulah penjenayah tersebut. Dalam bekerja mereka selalu melakukan pekerjaan mereka dengan sangat tekun dan profesional.
Hingga suatu hari mereka mendapat pekerjaan yang tidak terduga dari pelanggan mereka yang bernama Yong Seok (Kang Sung Im). Mereka diarahkan untuk mencari seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun yang bernama Cho Hee (Moon Seung A) yang diculik. Keesokan harinya ketika hendak membawa Cho Hee, dia menemui Yong Seok yang telah mati, Tae In dan Chang Bok kini dalam situasi sukar bersama Cho Hee yang merupakan mangsa penculikan.
4. Filem Limit (2022)
Filem Korea ini menceritakan tentang So Eun (Lee Jung Hyun), seorang detektif polis hebat yang menarik diri dari tugas lapangan kerana mengalami pengalaman trauma yang menekan kesihatan psikologinya. Suatu hari So Eun mendapat laporan tentang kes penculikan.
Dia akhirnya terlibat dalam kes penculikan tersebut. Dalam misi menyelamatkannya, So Eun menyamar sebagai ibu kandung mangsa penculikan. Namun kerana sebuah insiden, identiti So Eun terungkap dan para penculik menjadikan anak So Eun sebagai tawanan sehingga misi menyelamat itu semakin rumit.
5. Drama The Kidnapping Day (2023)
Drama ini merupakan adaptasi dari novel Korea Selatan dengan judul yang sama, drama ini menceritakan tentang seorang penculik yang bernama Kim Myeong Jun (Yoon Kye Sang) yang baik hati dan seorang kanak-kanak genius yang bernama Ro Hee (Yoo Na). Myeong Jun terpaksa menculik Ro Hee untuk membayar bil hospital anaknya. Myeong Jun dan Ro Hee terperangkap dalam situasi yang tidak terduga.
Kim Myung Joon tidak sengaja melanggar Ro Hee. Kejadian tersebut kemudian membuatkan Ro Hee mengalami hilang ingatan. Oleh sebab itu Kim Myung Joon mengajaknya ke rumah dan tinggal bersama.
Perkara itu membuatkan Ro Hee percaya bahawa Kim Myung Joon merupakan ayah kandungnya. Kemudian Kim Myung Joon akhirnya berniat untuk mengembalikan Ro Hee pada orang tuanya. Namun, semasa pergi ke rumah Ro Hee dia terkejut melihat mayat ibu bapa Ro Hee.
Menyajikan cerita yang menarik dan penuh ketegangan, drama dan filem Korea di atas memang sangat sesuai untuk anda yang mungkin bosan dengan cerita tentang percintaan. Drama dan filem di atas juga boleh dijadikan pengajaran supaya perkara seperti penculikan tidak terjadi kepada diri kita ataupun keluarga terdekat.
Baca lagi: 5 Filem Korea Aksi Komedi yang Boleh Ditonton di Netflix, Menghiburkan
Baca juga: 3 Filem Korea Ini Akan Temani Anda pada Bulan Oktober, Uprising Paling Dinantikan