Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Hwang In Yeop Membuat Kemunculan Semula dalam Family by Choice, Adaptasi Drama...

Hwang In Yeop Membuat Kemunculan Semula dalam Family by Choice, Adaptasi Drama Popular Cina

0

Family By Choice merupakan drama bersiri baharu yang dibintangi oleh pelakon kacak Hwang In Yeop. Ramai peminat telah lama menantikan kemunculan semula Hwang In Yeop dalam watak utama drama Korea.

Dalam siri genre romantik, komedi dan kekeluargaan ini, dia akan kembali kepada peranannya sebagai pelajar sekolah menengah. Siri Korea ini diadaptasi daripada drama Cina berjudul Go Ahead.

Manakala dalam versi Korea pula, siri ini diarahkan oleh pengarah Kim Seong Ho yang terkenal dengan karya Twenty Five Twenty One dan Joseon Attorney: A Morality. Drama ini dibintangi oleh Hwang In Yeop, Jung Chae Yeon dan Bae Hyun Sung, dan akan ditayangkan bermula 9 Oktober 2024 melalui platform penstriman Viu.

IMG 5877

Family By Choice ini mengisahkan persahabatan 3 orang remaja yang telah lama wujud dengan konflik yang kompleks. Mereka juga memiliki hubungan yang sangat rapat seperti keluarga. Mereka menghabiskan masa remaja bersama dan membesar bersama dengan baik walau mereka masing-masing melalui masa-masa sukar dalam hidup.

Ingin tahu lebih lanjut tentang drama Korea ini? Mari sama-sama kita lihat sinopsis dan watak-watak yang dibintangi pelakon drama Korea Family by Choice.

 

Family by choice

Kim San Ha, Yoon Joo Won, dan Kang Hae Joon berkawan sejak mereka kecil. Mereka begitu rapat, mereka kelihatan seperti adik beradik berbanding kawan. Ketiga-tiga remaja ini telah lama tinggal bersama dengan dua orang bapa iaitu Yoon Jeong Jae dan Kim Dae Uk.

Choi Moo Sung membawa watak Kim Dae Uk, bapa kepada Kim San Ha. Dia bekerja sebagai pegawai polis yang berhati lembut dan tulus. Choi Won Young pula membawa watak sebagai Yoon Jeong Jae, ayah kepada Yoon Joo Won. Dia menjalankan perniagaan restoran kalguksu di kawasan kejiranan sekitar. Mereka bersama-sama membesarkan ketiga-tiga anak tersebut dengan baik.

IMG 5886

Hwang In Yeop membawa watak sebagai Kim San Ha. Sekilas pandang, kehidupan Kim San Ha nampak sempurna, namun dia sebenarnya menjalani masa-masa sukar dalam hidupnya. San Ha ialah seorang remaja lelaki dengan personaliti yang dingin tetapi penyayang.

IMG 5887

Joo Won (Jung Chae Yeon) ialah seorang gadis yang cantik, penyayang, dan dikenali sebagai pelajar sekolah menengah yang pintar. Dia digambarkan sebagai sosok yang optimistik dan pandai berdikari.

IMG 5888

Watak Kang Hae Joon yang dilakonkan oleh Bae Hyun Sung juga menjadi sebahagian dari kisah persahabatan mereka. Hae Joon ialah seorang atlet bola keranjang yang berbakat tetapi mempunyai sisi melankolik. Dia merupakan sosok yang pantang menyerah kalah dan kuat semangat.

Mereka bertiga bukan hanya menjalin persahabatan biasa, tetapi mereka memiliki hubungan rapat seperti keluarga. Mereka membesar bersama dengan melalui masa-masa sukar dalam hidup.

Kisah dalam drama Korea Family by Choice akan fokus pada kisah cinta, erti keluarga dan persahabatan yang akan terjalin diantara setiap watak. Gandingan mereka sememangnya sangat dinantikan oleh para peminat drama Korea.

Drama bersiri Family by Choice ini mempunyai 16 episod dan jangan lupa untuk menonton dua episod terbaru setiap Rabu hanya di Viu.
Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai genre drama Korea tanpa sebarang gangguan iklan!
Baca lagi: Siti Saleha Kini Popular Di Korea, Binge-Watch 3 Drama Viu Original Lakonannya
Baca juga: 6 Fakta Menarik “What Comes After Love”, Kisah Cinta Dua Negara Berbeza

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here