Home Artis Korea Park Seo Joon Dedahkan Dulu Dia Mangsa Buli di Sekolah, Seorang Pendiam

Park Seo Joon Dedahkan Dulu Dia Mangsa Buli di Sekolah, Seorang Pendiam

0

Park Seo Joon kini dikenali sebagai salah seorang pelakon lelaki Korea yang kerap membintangi drama hits.

Selain itu, dia juga aktif tampil dalam variety show bersama geng Wooga Squad. Tidak hairanlah bila pelakon yang membintangi Gyeongseong Creature ini mempunyai ramai peminat dari seluruh pelusuk dunia.

Namun, baru-baru ini Park Seo-joon mendedahkan perkara yang mengejutkan tentang dirinya yang pernah menjadi mangsa buli semasa di masa sekolah. Bagaimanakah ceritanya? Mari sama-sama kita lihat selengkapnya berikut ini!

 

1. Park Seo Joon mendedahkan bahawa dirinya adalah seorang yang pemalu semasa zaman sekolah

Park seo joon

Tidak seperti sekarang yang kini mudah bergaul dengan orang lain, Park Seo-joon mengungkapkan dia sangat pemalu pada zaman sekolah. Bahkan, pelakon itu juga tidak boleh memesan makanannya sendiri bila pergi ke sesebuah restoran.

“Ketika anda menjalani kehidupan sosial, tentu perlu banyak berbicara bukan? Itu sebabnya saya mula berbicara. Ketika saya masih muda, saya sangat pemalu. Saya sangat malu sehingga  tidak boleh memesan makanan semasa pergi ke restoran,” ungkap Park Seo-joon dalam video bersama Sung Si Kyung pada 7 Oktober 2024.

 

2. Park Seo Joon akui dia pernah menjadi mangsa buli semasa di sekolah rendah

a8e8bedf 3ad3 4d7f 8b9d 9079ee56c8ee

Park Seo-joon mengalami pengalaman buruk semasa sekolah rendah. Park Seo-joon mengaku dia pernah dibuli semasa di sekolah rendah dan menjadi sangat pendiam apabila memasuki sekolah menengah.

“Ketika saya masih kecil, saya dibuli. Saya dibuli di sekolah rendah. Jadi, semasa berada di sekolah menengah, saya adalah antara pelajar yang pendiam,” jelas Park Seo Joon.

 

3. Reaksi kawan-kawan Park Seo Joon apabila dia debut sebagai pelakon

c622bf74 1dac 4ba0 bb34 0109d2bfbd15

Walau melalui masa lalunya yang menyedihkan itu, kini Park Seo Joon sudah terkenal menjadi pelakon yang bakatnya sangat menyerlah dan selalu dipuji. Sung Si Kyung yang merupakan pengacara majlis tersebut lalu bertanya tentang kawan-kawan sekolah pelakon itu.

“Kamu rasa salah seorang dari kawan kamu akan sangat terkejut melihat kamu sekarang?” tanya Sung Si Kyung.

Park Seo Joon menyetujui persoalan Sung Si Kyung dan menjawab, “Saya sering mendengar itu (kawan-kawannya terkejut) ketika saya pertama kali debut.”

Wah, kini Park Seo Joon sudah berkembang menjadi pelakon hits dan boleh membuktikan kualiti dirinya kepada para pembulinya dulu bukan?

Baca lagi: Hwang In Yeop Membuat Kemunculan Semula dalam Family by Choice, Adaptasi Drama Popular Cina
Baca juga: Drama Korea Taxi Driver Sah Akan Disambung ke Musim 3, Kekalkan Pelakon Lama

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here