Home Filem Indonesia/Melayu Filem Indonesia 10 Filem Seram dari Seberang Ini Diangkat dari Kisah Benar, Filem Baru...

10 Filem Seram dari Seberang Ini Diangkat dari Kisah Benar, Filem Baru yang Segar

0

Lembayung, merupakan antara filem seram terbaru dari negara seberang yang dijangkakan dengan mudah akan menembusi tangga box office.

Bagi yang belum mengetahui, Lembayung merupakan debut bagi pelakon terkenal Baim Wong dalam mengarah sebuah filem layar perak.

Menceritakan tentang kisah mistik yang dialami oleh dua orang pelajar fakulti perubatan, semasa menjalani praktikal di sebuah klinik yang bernama Lembayung. Semenjak kehadiran pesakit wanita yang mengerikan, mereka berdua sering diganggu hingga salah seorang dari mereka dirasuk secara brutal.

Lembayung menambah senarai filem seram dari negara Indonesia pada tahun 2024 ini, diadaptasi dari kisah viral di media sosial yang juga diangkat dari kisah benar.

Berikut di bawah ini adalah senarai filem seram terbaru dari negara seberang yang diadaptasi dari kisah benar. Seram atau tidak? Mari sama-sama kita lihat.

 

Filem seram

1. Jurnal Risa by Risa Saraswati, menampilkan cerita tentang iblis Samex yang dipanggil oleh content creator kisah seram YouTube

 

7b6bc545 9a7e 494d 9d3d c973120e637e

2. Diangkat dari kisah benar Dodit Mulyanto semasa masih kecil, Rumah Dinas Bapak menampilkan gangguan roh wanita hamil yang dibaluti nuansa komedi

 

817d00b1 c691 4881 b0c0 e1da69e2579f

3. Dosen Ghaib: Sudah Malam atau Sudah Tahu menceritakan tentang 4 orang pelajar yang terperangkap dengan pensyarah misteri yang sebenarnya jelmaan iblis

 

7b907963 7d2e 494b a5cd 816f21c44021

4. Kromoleo, merupakan filem terbaru Anggy Umbara yang diangkat dari kisah benar dan urban legend hantu pembawa mayat di daerah Majenang

 

25df5617 817e 49d9 85d9 8342473970ca

5. Telah ditayangkan pada 19 September, Lembayung adalah cerita yang dialami oleh 2 orang pelajar perubatan di klinik yang pernah ditutup selama 5 tahun

 

b8ff9d5a 9575 4799 9fb9 0987fbcbb4aa6. Tayang pada 26 September, Sumala adalah adaptasi kisah benar di sebuah kampung terpencil Semarang. Gangguan dari anak kembar utusan iblis yang jahat!

 

1433ef5e e911 44be 8319 2ca315068f5d7. Bermula dari thread JeroPoint, Filem ini tampilkan cerita gadis remaja yang selalu diganggu kerana ibunya adalah hamba iblis dalam Perewangan

 

c77454d4 ccd2 4b45 8e47 57c12c135a76

8. Kemah Terlarang: Kesurupan Massal adalah adaptasi novel yang diinspirasikan dari kisah benar di Yogyakarta. Tampilkan gangguan kerasukan besar-besaran!

 

5caa16e0 740c 45e6 9a21 b4b7170b4667

9. Petak Umpet menceritakan tentang dua orang bersaudara yang pernah mengalami perkara mistik selepas terlibat dalam permainan sorok-sorok

 

d4971785 7941 4af2 aff5 a2ff875b1253

10. Bakal ditayangkan pada tahun ini, Gereja Setan merupakan kisah benar yang pernah dialami oleh pelakon komedi Mongol, tentang ajaran sesat di gereja

Filem seram yang diadaptasi dari kisah benar memang mempunyai daya tarikan tersendiri bagi para peminat filem Indonesia. Maka tidak hairanlah jika beberapa filem seram dari kisah benar sebelum ini berjaya meraih jutaan penonton dengan sangat mudah. Namun tentu sahaja, kejayaan ini disokong oleh pelbagai aspek dan proses produksi yang bukannya mudah.

Baca lagi: 10 Cadangan Filem Seram Jepun Paling “Disturbing”
Baca juga: 11 Filem Seram Thriller Tayang Oktober Ini, Dari Pelbagai Negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here