Home Bollywood/India Masihkah Anda Ingat? 8 Filem India dengan Ending Paling Sedih yang Meruntun...

Masihkah Anda Ingat? 8 Filem India dengan Ending Paling Sedih yang Meruntun Jiwa

0

Filem-filem India terkenal dengan cerita mereka mampu meruntun jiwa dan membuatkan penonton berendam air mata.

Bagaimanakah jika filem-filem yang anda tonton berakhir dengan sangat menyedihkan? Pasti penonton pasti kering air mata bukan?

Jika anda adalah peminat filem Bollywood dan anda masih ingat beberapa filem sedih ini, pasti anda mengetahui tentang filem-filem berikut ini.

 

1. Veer Zaara (2014)

Filem india

Filem India ini ialah tentang Veer dan Zara yang bertemu secara tidak sengaja dan saling jatuh cinta. Namun, hubungan mereka berubah tragis apabila Veer dituduh menjadi pengintip.

Veer akhirnya dipenjarakan selama bertahun-tahun. Mereka berpisah dengan cara yang menyakitkan. Setelah itu, mereka baru bertemu lagi kerana sebuah kejadian. Kebenaran tentang Veer juga baru terungkap.

 

2. Sanam Teri Kasam (2016)

e3f07100 fec0 432d 9889 b4ec85d563a3

Filem India Sanam Teri Kasam mengisahkan tentang kisah cinta Inder dan Saraswati. Mereka memiliki sifat yang berbeza. Namun, ternyata mereka memiliki perasaan yang mendalam.

Masalah mula muncul apabila Saraswati dijodohkan oleh orang tuanya. Bukan hanya itu, Saraswati juga disahkan tidak akan hidup lama. Bahagian yang menyedihkan dan menyentuh hati adalah semasa Teri setia menemani Saraswati. Bahkan, hingga ke akhir hidupnya.

 

3. Mohabbatein (2000)

db944901 5484 46b3 970a fbfd8ab8e4f1

Filem India Mohabbatein ialah tentang seorang guru yang menyimpan rahsia serta masa lalu yang menyedihkan.

Guru bernama Raj tersebut mempunyai kekasih sebelum ini. Tetapi, cinta mereka tidak direstui oleh ibu bapa Megha dan akhirnya Megha memutuskan untuk bunuh diri. Menariknya, ketua sekolah tempat Raj bekerja adalah bapa Megha.

Dalam filem Mohabbatein, anda boleh menyaksikan betapa besarnya cinta Raj pada Megha. Bahkan, cinta itu masih sangat kuat walau Megha telah tiada.

 

4. Kal Ho Naa Ho (2003)

d6e56e4c ec9d 447c ab0a 88d8b432a00d

Selain Mohabbatein, anda pasti akan menangis dengan lakonan Shah Rukh Khan dalam filem Kal Ho Naa Ho. Kali ini, Shah Rukh Khan membawa watak sebagai Rahul yang menyukai Naina. Sama seperti Rahul, Naina juga diam-diam jatuh hati.

Cerita semakin rumit apabil Rohit juga menyukai Naina, sahabatnya. Namun, akhirnya Rahul menyerah kerana dia mengidap penyakit dan umurnya tidak panjang. Rahul menjodohkan Naina dan Rohit.

 

5. Bajirao Mastani (2015)

6305014f 9a0f 413b bdcf 1d261d5916ea

Bajirao Mastani memiliki cerita cinta yang kontroversi. Pada abad ke-18, Bajirao dan Mastani saling jatuh hati. Suatu perkara terjadi hingga mereka dianggap sudah berkahwin. Walau mengetahui bahawa Bajirao telah mempunyai isteri, Mastani sanggup menjadi isteri kedua dan mengikut Bajirao kembali ke istananya.

Mastani diasingkan di istana Bajirao. Sementara itu, Bajirao juga tidak mahu melepaskan isterinya. Sedangkan isterinya juga terluka dengan keputusan Bajirao. Kisah cinta tiga segi itu akan membuatkan anda sedih dan marah, cinta yang menyakitkan. Anda pasukan isteri pertama atau isteri kedua?

 

6. Padmaavat (2018)

38e3fe1d 7236 48eb bd85 a352cee0f4e3

Filem ini tentang Padmaavat yang terkenal memiliki paras rupa yang menawan. Walaupun Padmaavat sudah berkahwin, tapi Sultan Alauddin obses untuk memilikinya. Bahkan, sultan tersebut melakukan segala cara demi mendapatkan wanita jelita itu.

Perkara yang menyedihkan terjadi. Suami Padmaavat dibunuh oleh Alauddin. Tidak mahu menerima sultan tersebut, Padmaavat memilih melakukan bunuh diri dengan cara membakar diri sesuai dengan kepercayaan kerajaan Hindu pada waktu itu.

 

7. Dil Bechara (2020)

8bb4c04c 5f9a 4641 a7c5 3db060a5c719

Dil Bechara adalah filem India yang berjaya membuatkan penonton menangis. Cerita dimulakan dengan Kizie yang didiagnosis menderita kanser tiroid. Hidupnya yang tidak akan lama itu terasa lebih indah selepas Kizie bertemu dengan Manny. Lalu, bagaimanakah dengan akhir kisah mereka?

 

8. Devdas (2002)

14dfbb21 0c0f 4579 a55e 3c213248a293

Filem India ini mengisahkan tentabg Devdas dan Pravati yang membesar bersama sejak kecil. Mereka mula jatuh cinta apabila menginjak usia dewasa.

Sayangnya, cinta mereka tidak direstui orang tua. Perkara yang paling menyedihkan adalah apabila Parvati dijodohkan dengan orang lain. Sementara itu, Devdas yang sedang belajar di luar negara sangat terpukul dengan berita perjodohan tersebut.

Demikian 8 pilihan filem India dengan ending menyedihkan yang sangat meruntun jiwa. Anda pasti akan menangis melihat pengakhiran kisah cinta dalam filem-filem tersebut.

Baca lagi: 10 Filem Seram dari Seberang Ini Diangkat dari Kisah Benar, Filem Baru yang Segar
Baca juga: 5 Filem India Ini Gambarkan Pembalasan Pada Pembunuh yang Meragut Kebahagiaan Orang Lain

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here