Home Bollywood/India Lagenda Rakyat Dibawa Ke Dalam Filem India, 5 Hantu Paling Digeruni Ini...

Lagenda Rakyat Dibawa Ke Dalam Filem India, 5 Hantu Paling Digeruni Ini Menjadi Plot Utama

0

Walau para peminat filem India lebih menyukai genre aksi dan romantik, ternyata ramai juga yang menyukai genre seram. Dengan mengambil latar cerita rakyat di negara tersebut, tentu India memiliki banyak filem India dengan tema hantu yang boleh diangkat ke layar perak.

Dengan bajet yang lebih rendah dari filem aksi, para pencipta filem India boleh menampilkan sosok hantu yang berjaya membuatkan para penonton ketakutan.

Jika anda ingin tahu tentang hantu-hantu mitos rakyat yang menakutkan dalam filem India, mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini!

 

1. Ifrit dalam filem Pari (2018)

Filem seram india

Ifrit adalah hantu paling menakutkan dalam filem Pari. Filem India genre seram supernatural ini dibintangi oleh Anushka Sharma dan Parambhrata Chatterjee.

Ceritanya fokus pada Rukshana (Anushka Sharma), wanita hamil yang misteri. Suatu malam, dia kemalangan dan ditolong oleh Arnab (Parambhrata).

Lama-kelamaan, Arnab merasakan perkara yang ganjil pada Rukhsana. Dan benar, wanita itu adalah jelmaan Ifrit, iblis kuat yang hidup di bawah runtuhan kuil. Rukshana tidak akan membiarkan manusia hidup tenang dan damai.

 

2. Nale Ba dalam filem Stree (2018)

Hantu

Nale Ba adalah entitI ghaib yang menyamar dalam bentuk wanita yang menculik para lelaki dalam filem Stree. Walau filem ini membawa genre seram komedi, penampakan hantu Nale Ba tetap menyeramkan!

Nale Ba mengambil mitologi terkenal India di mana dia akan berjalan-jalan dan mengetuk pintu rumah penduduk kampung. Supaya selamat, mereka menulis perkataan ‘nale ba’ yang bererti ‘datanglah esok’ di pintu mereka.

 

3. Chudail dalam filem Bulbbul (2018)

1670e4ff 8907 4e4e 9d71 65ffa0149641

Filem Bulbbul yang merupakan terbitan Anushka Sharma juga memiliki watak hantu yang menyeramkan. Hantu tersebut ialah Chudail, hantu yang berupa wanita yang merupakan “hantu makhluk hidup yang tidak disucikan”.

Chudail kerap muncul sebagai hantu wanita cantik yang mengganggu para pendaki dan menyedut tenaga mereka. Selalunya, dia menampakkan sosok sebenarnya yang menyeramkan dengan posisi kaki terbalik.

 

4. Pret Aatma dalam filem Raaz (2002)

d436df06 643c 4bac 8454 6570b295469f

Kehebatan filem Raaz sebagai salah sebuah filem seram terbaik India juga menampilkan sosok hantu yang bernama Pret Aatma. Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan berpindah ke sebuah vila terpencil. Tidak berapa lama, si isteri mengalami kejadian mistik di rumahnya.

Hantu Pret Aatma atau Pret adalah sosok hantu seorang gadis yang bunuh diri sebelum dia menyelesaikan ritualnya. Tentu sahaja, latar belakang hantu yang mengganggu pasangan suami isteri tersebut membuatkan filem ini terasa menyeramkan.

 

5. Daayan dalam filem Ek Thi Daayan (2013)

5ffc1ef8 37b7 4ba1 a151 75a7f0e19d4b

Hantu yang paling menggerunkan dalam filem India adalah Daayan dalam Ek Thi Daayan. Filem ini menceritakan tentang seorang ahli ilusi yang bernama Bobo (Emraan Hashmi) yang dihantui sosok ghaib yang dikenali sebagai Daayan.

Dalam mitologi India, Daayan merupakan ahli sihir yang menganut ajaran sesat. Dia menyembah syaitan dan memakan daging manusia. Makhluk yang berupa wanita ini dikenali sangat kejam, hingga semua manusia yang berurusan dengannya akan mengalami mala petaka.

Hantu-hantu di atas bukan hanya memicu rasa takut penonton, tetapi juga menggambarkan budaya di India yang penuh mitos. Sangat menyeramkan bukan?

Baca lagi: Masihkah Anda Ingat? 8 Filem India dengan Ending Paling Sedih yang Meruntun Jiwa
Baca juga: 10 Filem Seram dari Seberang Ini Diangkat dari Kisah Benar, Filem Baru yang Segar