Home Movie Barat 6 Filem Seram Thriller Papar Babak Ngeri di Bilik Air, Menggerunkan

6 Filem Seram Thriller Papar Babak Ngeri di Bilik Air, Menggerunkan

0

Fillem seram thriller menawarkan tema dengan latar segar serta penuh gangguan yang mencengkam jiwa.

Perkara ini sengaja dibawa oleh para pencipta filem seram untuk membina atmosfera seram dan gangguan menakutkan, elemen-elemen ini berjalan efektif dengan idea-idea ceritanya.

Salah satu latar yang menarik dalam filem seram thriller adalah bilik air. Kedengaran aneh, tetapi biasanya filem seram thriller dengan babak-babak di bilik air selalunya berjaya membuatkan penonton ketakutan kerana latar bilik air ini boleh dikatakan anti mainstream.

Terdapat banyak filem seram thriller dengan babak-babak mengerikan di bilik air. Mari sama-sama kita lihat senarai di bawah ini.

 

1. Psycho (1960)

Filem seram

Merupakan filem seram thriller klasik, Psycho (1960) memberi pengaruh dalam dunia perfileman moden. Filem ini juga berjaya menjadi cult yang sangat ikonik.

Filem arahan Alfred Hitchcock ini memaparkan suspens yang kental dengan plot yang segar pada zamannya. Selain itu, filem yang dibintangi oleh Anthony Perkins dan Janet Leigh ini juga dibawa dengan plot twist yang luar biasa.

Jalan cerita Psycho mengisahkan tentang seorang wanita yang melarikan duit dan bakal memulakan hidup baru. Suatu hari di tengah-tengah perjalanannya, dia menyewa bilik di sebuah motel. Namun, keadaan menjadi bahaya apabila dia merasakan ada sesuatu yang pelik dan mengerikan dalam karakter pemilik motel dan dia akhirnya mengungkap misteri yang kelam.

 

2. A Nightmare on Elm Street (1984)

524a22ed a9e2 4482 92aa 1e0c199f5115

Jika anda adalah peminat filem seram slasher, maka anda perlu menonton A Nightmare on Elm Street (1984). Filem arahan Wes Craven ini membawa konsep menarik dengan gangguan supernatural yang mengerikan.

Selain itu, filem yang dibintangi oleh Heather Langenkamp dan John Saxon ini dibaluti adegan gangguan yang ikonik serta eksplisit hingga dilabel cult filem seram slasher.

Jalan cerita A Nightmare on Elm Street mengisahkan tentang wanita yang mengungkap misteri kelam yang disembunyikan oleh ibu bapanya. Di samping itu, dia perlu mengingatkan kawannya untuk tidak tidur kerana nyawa mereka terancam oleh pembunuh bersiri yang muncul dalam mimpi. Semuanya berakhir penuh konflik.

 

3. Saw (2004)

1b51caf5 b699 4a78 a449 30d1311bab28 1

Menampilkan nostalgia era 2000-an, Saw (2004) merupakan filem seram thriller yang berjaya menjadi francais besar hingga kini. Filem arahan James Wan ini menampilkan elemen psikologikal sebagai gangguan utamanya.

Selain itu, filem terbitan Lionsgate ini dikemaskan dengan adegan brutal dan sadis, sehingga membuatkan plotnya lebih menarik. Filem dengan subgenre torture porn ini dibintangi juga oleh Cary Elwes dan Leigh Whannell.

Saw mengisahkan tentang dua orang lelaki yang terbangun dengan keadaan terikat dalam bilik air. Dengan ini, mereka cuba membebaskan diri, tetapi keadaan dan waktu penuh teka-teki menyukarkan mereka dan kejadian ini mengancam nyawa mereka.

 

4. Holy Shit! (2022)

22f896d5 4cda 443c bd0f 4f8bac9cda7f

Underrated dalam senarai ini, Holy Shit! (2022) menampilkan gangguan mencengkam jiwa dengan adegan bilik air yang digabungkan dengan komedi sinis yang gelap. Filem seram thriller arahan Lukas Rinker ini membawa cerita menarik dengan banyak adegan tegang di setiap segmennya.

Selain itu, filem yang dibintangi oleh Thomas Nieuhaus dan Gedeon Burkhard ini menampilkan gangguan yang intens dan kreatif. Jalan cerita mengisahkan tentang seorang arkitek yang bernama Frank yang tersedar kembali di sebuah tandas awam mudah alih yang terkunci di lokasi sebuah bangunan.

Semasa cuba melarikan diri, Frank menyedari bahawa orang di sebalik semua ini akan mengejar keluarganya hingga dia dikejar rasa takut dan penyesalan. Seram!

 

5. Glorious (2022)

3b6e67d2 1756 4a88 815f fcc954e9e602

Dibintangi oleh Ryan Kwanten dan J.K Simmons, Glorious (2022) menampilkan latar bilik air dalan konsep kosmik seram. Filem arahan Rebekah McKendry ini menampilkan cerita antimainstream dengan gangguan segar di setiap adegannya. Walau durasi filem ini sangat singkat, tetapi tetap disukai ramai peminat seram thriller.

Jalan cerita Glorious mengisahkan tentang seorang lelaki yang berhenti di tengah jalan dan menuju tandas awam. Namun, keadaan berubah menjadi mimpi buruk apabila makhluk ghaib muncul di tandas tersebut dan mula menyerang kewarasannya hingga dia sukar untuk keluar dari permainan teka-tekinya.

 

6. The Substance (2024)

0acaa7d8 7327 4206 b0e7 1195b77228b9

Meraih anugerah Best Screenplay di Cannes Film Festival 2024, The Substance (2024) tampilkan babak di bilik air yang sangat ikonik. Filem arahan Coralie Fargeat ini menampilkan gangguan yang penuh makna yang mendalam.

Selain itu, sinematografi dengan persembahan lakonan memukau yang ditunjukkan sangat berjaya hingga mendapat respon positif dari banyak pihak. Filem yang dibintangi oleh Demi Moore dan Margaret Qualley ini juga dilabel sebagai cult filem moden.

The Substance mengisahkan tentang seorang pelakon yang mula mengalami masa sukarnya, dia mula dihantui rasa takut. Namun, dia ditawarkan sejenis produk yang akan membuatnya memiliki diri yang lebih baik, tetapi keadaan tetap berakhir dengan kesan buruk produk tersebut.

Babak mengerikan dalam bilik air menjadi tema segar dalam filem bergenre seram thriller. Berjaya membawa gangguan menarik dalam atmosfernya hingga makin mencengkam jiwa, filem seram thriller dengan babak bilik air memang disukai oleh ramai orang. Anda tertarik untuk menonton?

Baca lagi: 10 Filem Seram dari Seberang Ini Diangkat dari Kisah Benar, Filem Baru yang Segar
Baca juga: 11 Filem Seram Thriller Tayang Oktober Ini, Dari Pelbagai Negara

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here