Home Movie Barat 7 Filem Misteri Menarik Tentang Misteri Pembunuhan, Sajikan Plot Twist Luar Biasa

7 Filem Misteri Menarik Tentang Misteri Pembunuhan, Sajikan Plot Twist Luar Biasa

0

Sambil menunggu Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery (2025) ditayangkan, terdapat banyak filem misteri yang boleh anda nikmati.

Jika anda sukakan teka-teki yang rumit, plot twist yang luar biasa, serta nuansa komedi dan detektif ala Benoit Blanc, filem-filem di bawah ini sangat sesuai untuk anda. Siapkan popcorn dan biarkan diri anda hanyut dalam kisah misterinya.

Berikut ini adalah tujuh filem misteri yang bakal membuatkan anda tercengang.

 

1. Clue (1985)

45ca5a0c 5f27 491b 8afe 14574eca8c7a

Pengarah: Jonathan Lynn
Pelakon:  Eileen Brennan, Tim Curry, Madeline Kahn
Durasi: 1 jam 37 minit

Filem misteri klasik yang diadaptasi dari permainan papan terkenal, Clue (1985) membawa kita ke dalam suasana rumah lama yang menyeramkan. Apabila tuan rumah terbunuh, para tetamu yang eksentrik cuba untuk mengungkap siapakah sebenarnya pembunuh kejam tersebut.

 

2. Identity (2003)

490f2197 8e46 43ec a21b 21a66d9685c1 1

Pengarah: James Mangold
Pelakon: John Cusack, Ray Liotta, Amanda Peet
Durasi: 1 jam 31 minit

Jika anda menyukai elemen psikologikal yang kompleks, Identity (2003) adalah pilihan yang tepat. Filem misteri ini fokus pada sepuluh orang asing yang terperangkap di sebuah motel terpencil semasa ribut melanda. Seorang dari seorang dari mereka mula terbunuh. Semakin mendekati ke akhir cerita, misterinya semakin rumit.

 

3. Game Night (2018)

23944f52 1608 4712 bce3 1e9b782f2a68

Pengarah: John Francis Daley, Jonathan Goldstein
Pelakon: Jason Bateman, Rachel McAdams, Kyle Chandler
Durasi: 1 jam 33 minit

Dengan jalan cerita yang sederhana, filem misteri Game Night (2018) menyajikan sebuah tontonan komedi misteri yang penuh aksi. Sekumpulan sahabat berkumpul untuk menyertai permainan yang sepatutnya menyeronokkan. Namun, mereka terjerumus dalam pengemgaraan yang penuh bahaya dan membingungkan.

 

4. Murder Mystery (2019)

3a463b52 aaa2 461f a8f0 b093eb1b9ef6

Pengarah: Kyle Newacheck
Pelakon: Adam Sandler, Jennifer Aniston, Luke Evans
Durasi: 1 jam 37 minit

Apa yang akan adan lakukan jika terperangkap dalam kes pembunuhan di tempat anda bercuti? Filem misteri Murder Mystery (2019) menggandingkan Jennifer Aniston dan Adam Sandler sebagai pasangan yang perlu menyiasat siapakah pembunuh di kapal pesiaran yang penuh dengan orang kaya raya.

 

5. Confess, Fletch (2022)

IMG 6560

Pengarah: Greg Mottola
Pelakon: Jon Hamm, Roy Wood Jr., Annie Mumolo
Durasi: 1 jam 38 minit

Filem misteri ini mengikuti seorang wartawan penyiasatan yang dituduh melakukan pembunuhan. Namun dengan kecerdikan dan pesonanya, dia cuba membuktikan dirinya tidak bersalah sambil mengungkap misteri di sebalik pembunuhan tersebut.

 

6. The Menu (2022)

Filem Misteri

Pengarah: Mark Mylod
Pelakon: Ralph Fiennes, Anya Taylor-Joy, Nicholas Hoult
Durasi: 1 jam 47 minit

Dengan atmosfera yang penuh teka-teki, filem Misteri The Menu (2022) adalah gabungan sempurna antara misteri dan jenaka gelap. Ketika sekumpulan orang kaya berkumpul di restoran eksklusif di sebuah pulau terpencil, mereka mendapati bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan makanan dan chef yang menyajikannya.

 

7. See How They Run (2022)

3cd920cc 17e3 4d2b 8e16 1a79c71b1389

Pengarah: Tom George
Pelakon: Sam Rockwell, Saoirse Ronan, Adrien Brody
Durasi: 1 jam 38 minit

Berlatarkan London pada era 1950-an, See How They Run (2022) menawarkan kisah detektif klasik yang diwarnai dengan elemen komedi. Filem ini mengikuti kisah dua orang detektif yang cuba mengungkap pembunuhan di tengah-tengah penerbitan sebuah drama popular.

Filem-filem di atas menawarkan pelbagai elemen misteri yang kaya dan plot yang menarik hampir serupa dengan filem-filem Knives Out. Durasi tayangan setiap filem juga rata-ratanya agak singkat, hanya sekitar 90 minit sahaja. Jadi, jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Bukan Biasa-Biasa, 7 Drama Korea Fantasi Ini Tampilkan Wanita Sebagai Watak Utama
Baca juga: 6 Filem Seram Thriller Papar Babak Ngeri di Bilik Air, Menggerunkan

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here