Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 6 Drama Korea Genre Jenayah Thriller yang Sarat Plot Twist, Mencengkam Jiwa

6 Drama Korea Genre Jenayah Thriller yang Sarat Plot Twist, Mencengkam Jiwa

0

Drama-drama korea yang membawa genre jenayah thriller selalu mendapat pujian dan perhatian kerana jalan ceritanya yang menarik dan plot twist yang disajikan sangat luar biasa.

Sememangnya Kdrama yang bertemakan detektif, misteri, atau jenayah semakin digemari ramai.

Berikut di bawah ini adalah beberapa buah cadangan drama Korea jenayah thriller yang boleh anda tonton.

 

1. Trap (2019)

7f86d076 4221 4344 835c bf9655cea2fc

Trap merupakan drama Korea bergenre jenayah thriller yang membawa konsep dramatic cinema iaitu gabungan format filem ke dalam sebuah tayangan drama. Drama ini mengisahkan tentang usaha mengungkap tragedi yang menimpa keluarga wartawan terkenal, Kang Woo Hyun (Lee Seo Jin). Woo Hyun adalah seorang pembaca berita yang dikagumi dan disayangi orang ramai. Kehidupan Woo Hyun juga kelihatan sempurna kerana selain terkenal, dia juga memiliki keluarga yang bahagia.

Suatu hari, Woo Hyun pergi bercuti bersama keluarganya di sebuah vila jauh dari bandar. Sebuah tragedi menimpa keluarga Woo Hyun. Anak dan isterinya diculik oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Sementara itu Woo Hyun sendiri ditemui tidak sedarkan diri di pinggir jalan dengan tubuh penuh luka dan lidahnya terpotong. Seorang detektif junior bernama Bae Nam Soo (Jo Dal Hwan) ditugaskan untuk menyiasat kes ini. Nam Soo juga terbunuh dalam proses penyiasatan. Seorang detektif veteran, Ko Dong Kook (Sung Dong Il), akhirnya turun padang untuk menangani kes tersebut.

 

2. Private Lives (2020)

46b04694 bd96 4069 b088 074c590e9d37

Drama ini menceritakan tentang sekumpulan penipu cerdik yang mengetahui tentang maklumat rahsia yang berpotensi membahayakan negara. Cha Joo-eun (Seo Hyun) adalah penipu muda namun berpengalaman. Dia menyata keluarganya dengan menipu orang lain. Berbeza dengan pekerjaan Joo-eun, Lee Jung-hwan mengusahakan sebuah syarikat ejen detektif. Plot menjadi rumit apabila lelaki tersebut mula menaruh perasaan untuk Joo-eun tanpa mengetahui tentang kehidupan peribadinya.

 

3. Link: Eat, Love, Kill (2022)

4009cccc f2f8 4910 abcd 78a38a1b144b

Drama Korea ini menceritakan tentang kisah Eun Kye Hoon, seorang chef yang telah kehilangan saudara kembarnya puluhan tahun yang lalu. Pada suatu hari, di restorannya, Eun Kye Hoon melihat No Da Hyun, sebagai seorang wanita yang sangat malang. Kejadian aneh ini membawa mereka berdua tertarik antara satu sama lain. Namun, muncul pula teka-teki dan rahsia, hingga membawa mereka pada kebenaran yang mengejutkan.

 

4. Memorist (2020)

dfb555ae 927e 44e2 8ae6 09226a651458

Drama siri ini menceritakan tentang Dong Baek iaitu seorang detektif yang memiliki kemampuan untuk membaca ingatan dengan cara menyentuh orang lain. Dia memanfaatkan kemampuannya ini untuk membantu menyelesaikan setiap kes kejahatan dan jenayah.

Namun, kemampuan tersebut menarik perhatian seorang psikopat yang berbahaya. Dia perlu bekerjasama dengan seorang profiler jenayah yang bernama Han Sun-mi untuk menghentikan psikopat tersebut dan membongkar kebenaran di sebalik kes kejahatan yang sedang ditangani.

 

5. Criminal Minds (2017)

6c174385 37ba 480a b446 d1b99ed0d42a

Drama ini adalah kisah yang menegangkan tentang Kang Ki Hyung, seorang profiler berbakat yang kembali ke alam pekerjaannya selepas mengalami tragedi besar dalam hidupnya.

Walau masih rasa bersalah dan tergugat oleh kesalahannya yang tragis di masa lalu, dia mengambil rehat yang panjang sebelum terlibat dalam kes pembunuhan bersiri.

Untuk menyelesaikan kes tersebut, pasukan NCI-nya bergabung dengan Unit Jenayah Berat tempatan, di mana mereka berurusan dengan pegawai polis yang garang iaitu Kim Hyun Joon, yang seakan-akan memiliki dendam peribadi terhadap Ki Hyung. Tipu daya, teka-teki, dan ketegangan menanti dalam perjalanan mereka mengejar keadilan.

 

6. Payback (2023)

Drama korea

Payback juga merupakan sebuah drama Korea genre thriller jenayah yang menarik. Kisah dalam drama ini fokus pada aksi balas dendam seorang ahli perniagaan elit yang menolak untuk berdiam diri atas kes penyalahgunaan kuasa.

Drama Korea jenayah ini juga menampilkan kisah konspirasi dalam melawan kartel kewangan yang bekerja sama dengan badan undang-undang. Watak jahatnya adalah money dealer yang menjadi pengurus kewangan, seorang bekas pendakwa raya yang juga merupakan pegawai di jabatan undang-undang.

Demikian sahaja beberapa cadangan drama Korea jenayah thriller yang menarik yang boleh dijadikan sebagai tontonan anda.

Baca lagi: Bukan Biasa-Biasa, 7 Drama Korea Fantasi Ini Tampilkan Wanita Sebagai Watak Utama
Baca juga: 10 Drama Korea Komedi Romantik, Untuk Menghilangkan Rasa Penat Anda

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here