Home Cdrama C-Drama “Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved” Bakal Tayang 2024 Ini

C-Drama “Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved” Bakal Tayang 2024 Ini

0

Trilogi Fox Spirit Matchmaker kembali lagi dengan menggandingkan Cheng Yi dan Li Yi Tong. Drama kali ini bertajuk Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved.

Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved mengisahkan tentang anak lelaki keluarga bangsawan yang menjalin hubungan dengan seorang wanita pengintip. Mereka berdua sama-sama mendambakan kebebasan yang tidak pernah dirasakan mereka selama ini.

Drama ini digarap oleh pengarah Du Lin yang popular dengan karya-karyanya seperti Decisive Victory (2021) dan Love You Seven Times (2023). Dia berkolaborasi dengan penulis Jian An yang sebelum ini terlibat dalam Love You Seven Times (2023).

 

1. Sinopsis drama Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved

Fox spirit matchmaker

Trilogi Fox Spirit Matchmaker menampilkan salasilah karakter yang saling berkaitan antara satu sama lain. Wangquan Fu Gui (Cheng Yi) merupakan anak kepada Dongfang Huai Zhu (Liu Shi Shi) dan Wangquan Hong Ye (Leon Zhang). Jadi siri Sword and Beloved meneruskan siri sebelum ini iaitu Love in Pavilion.

Sebagai keturunan dari keluarga Wanquan, Wangquan Fu Gui memiliki tanggung jawab besar dalam hidupnya. Dia merupakan anggota terkuat dalam keluarga tersebut. Sejak kecil, dia sudah dilatih untuk menjadi tentera Tao sehingga membuatnya tidak mempunyai kebebasan untuk hidup.

IMG 6659

Wangquan Fu Gui merasa begitu rindu dengan dunia luar. Selama ini dia selalu dibelenggu dengan tanggung jawabnya untuk melindungi keluarga Wangquan. Wangquan Fu Gui akan bertemu dengan seseorang yang akhirnya menunjukkan sisi lain dari dunia luar kepada dirinya.

Ada juga Qing Tong (Li Yi Tong) yang merupakan seorang pengintip. Dia ditugaskan oleh seorang pegawai tinggi yang kejam untuk pergi ke rumah Wangquan bagi menyiasat keluarga tersebut. Qing Tong mempunyai misi tersendiri sebagai seorang pengintip. Tapi dia terlibat dengan anggota keluarga tersebut iaitu Wangquan Fu Gui.

4ec21e00 0b40 4586 8aeb 5ebb8560b72d

Qing Tong berkenalan dengan Wangquan Fu Gui yang ternyata hidupnya merasa terkongkong selama ini. Dia akan membantu Wangquan Fu Gui untuk kembali mendapatkan kebebasannya. Mereka membuat kontrak untuk lahir semula di kehidupan berikutnya di bawah pohon kepahitan.

 

2. Senarai pelakon drama Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved

1d70d974 170e 41f6 9608 91bb02b84e2a

Drama Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved dibintangi oleh pelakon-pelakon berbakat dari Cina, di bawah ini adalah senarainya:

Cheng Yi sebagai Wangquan Fu Gui
Li Yi Tong sebagai Qing Tong
Guo Jun Chen sebagai Quan Wu Mu
He Rui Xian sebagai Long Wei Yu
Chang Hua Sen sebagai Fan Yun Fei
Zhang Kai Ying sebagai Li Xue Yang
Tong Meng Shi sebagai Zhang Qi
Jia Nai sebagai Qing Li
Ken Chang sebagai Wangquan Hong Ye
Tan Kai sebagai Quan Jing Xing
Wang Hong Yi sebagai Qing Cheng
Celine Jade sebagai Du Niang Zi
Jerome Deng sebagai Li Mu Hai

 

3. Tarikh tayangan dan tempat menonton drama Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved

IMG 6667

Drama Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved disahkan akan ditayangkan pada tahun 2024 ini. Tapi untuk tarikh sebenar masih belum dapat dipastikan. Drama Cina ini terdiri dari 36 episod dengan durasi 45 minit bagi setiap episod.

 

Buat anda yang tertarik untuk menonton drama Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved, anda boleh menonton drama ini secara streaming. Salah satu platform yang boleh digunakan adalah iQiyi.

Jika anda sudah menonton siri pertama trilogi Fox Spirit Matchmaker, maka anda perlu menonton sirinya yang lain. Terutamanya Fox Spirit Matchmaker: Sword and Beloved yang menyaksikan gandingan hebat antara Cheng Yi dan Li Yi Tong. Selamat menonton ya!

IMG 6666 scaled

Baca lagi: 11 Filem dan Drama Thailand Oktober Ini, Pelbagai Genre Menarik
Baca juga: 9 Drama Cina dengan Genre Jenayah dan Misteri Tahun 2024 Ini, Penuh Konflik

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here