Home News Bunga kejutkan untuk makan Mee Segera, Ashraf tidak berganjak

Bunga kejutkan untuk makan Mee Segera, Ashraf tidak berganjak

0

Selepas hampir sehari pemergian allahyarham Ashraf Sinclair, jenazah pelakon kacak yang mencipta nama di Indonesia ini akhirnya dikebumikan di pemakaman San Deigo Hills, Jakarta kira-kira pukul 4 petang waktu Indonesia Barat.

Suasana pilu menyelubungi pengebumian Ashraf kerana masing-masing masih terkejut dengan pemergian insan seni itu.

aa

Rakan cerita keadaan Ashraf

Pagi tadi, Ashraf didapati tidak sedarkan diri oleh isterinya iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) selepas tidak bangun apabila dikejutkan. Menurut Maia Estianty iaitu bekas isteri vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, orang terdekat BCL memaklumkan bahawa juri Indonesia Idol itu mengejutkan suaminya dan terus menuju ke bilik air untuk membersihkan muka selepas pulang bekerja.

Kejut suami namun tiada respon

Namun keinginan BCL untuk menikmati mee segera selepas pulang bekerja terhenti apabila suaminya masih tidak sedarkan diri walaupun dikejut beberapa kali.

“Cerita dari di dalam sih, jadi pas mau istirahat semalam abis dari bekerja di Indonesian Idol. Ashraf ditinggal Unge (Bunga Citra Lestari) untuk bersihin muka,” ucapnya.

Pas mau pesan mie instan, abis bersihin muka Unge coba bangunin Ashraf, tapi enggak bangun. Jadi peristiwa sangat cepat,”

Ashraf terus dikejarkan ke hospital dan ternyata meninggal dunia kira-kira jam 4.15 pagi waktu tempatan. Jenazahnya telah dibawa ke rumah duka dan ahli keluarga berkumpul disana.

BCL dan Ashraf telah bernikah pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 10 tahun. Penyanyi popular Indonesia itu sekaran sedang giat menjadi juri dalam rancangan nyanyian Indonesia Idol dan bersiaran secara langsung malam tadi.

Kebiasaannya Ashraf ada menemaninya bertugas namun pada malam tadi dia hanya berseorangan di Indonesia Idol tanpa ditemani suami tercinta.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tribun