Home Kdrama/Kmovie Drama Korea “A Virtuous Business” Siri Korea Komedi Baru yang Penuh Lawak Jenaka, Bawa...

“A Virtuous Business” Siri Korea Komedi Baru yang Penuh Lawak Jenaka, Bawa Isu Taboo Masyarakat

0

A Virtuous Business adalah remake dari siri televisyen England iaitu Brief Encounters.

Berlatarkan tahun 1992, A Virtuous Business ini mengikuti kisah empat orang wanita yang menemui persahabatan dan kekuatan untuk berdikari melalui pekerjaan yang tidak diduga, iaitu menjual produk dewasa dari pintu ke pintu rumah di sebuah kampung kecil.

Dalam masyarakat yang masih tidak mahu membahaskan topik-topik seperti itu, mereka menghadapi pelbagai tentangan dan cabaran.

Han Jeong Suk (Kim So Yeon) nampaknya berjaya menguruskan barangan jualannya dalam drama Korea A Virtuous Business, selepas majlis direct selling di rumah Oh Geum Hee (Kim Sung Ryoung) selesai. Pada waktu majlis direct selling inilah berlakunya banyak perkara lucu yang di rumah Oh Geum Hee.

Apakah adegan-adegan lucu yang terjadi selepas majlis direct selling dalam drama A Virtuous Business tersebut? Pasti anda tertawa tidak kering gusi jika menontonnya!

 

A virtuous business

1. Semasa mereka berkumpul beramai-ramai, anak ketua kelab Royal, Eom Seo Yeon (Jeon Su Ji) membeli produk dewasa dengan wajah malu-malu

 

75b438d0 aaad 4cc1 83b3 274c35db3c43

2. Kemudian Lee Joo Ri (Lee Se Hee) iaitu pemilik salon, membeli pakaian dalam dan meminta dipilihkan modelnya oleh Han Jeong Suk

 

f51e49b1 e7e2 4e26 85b9 b2a36f843a4c

3. Semasa wanita-wanita lain di rumah Oh Geum Hee ini sedang sibuk memilih produk, terdengar bunyi loceng pintu yang membuatkan mereka panik

 

0ae1db21 eac0 49dd b12e 94485cd6dc06

4. Wanita-wanita ini panik semasa terdengar bunyi loceng kerana menyangka suami Oh Geum Hee pulang lebih cepat sebelum waktunya

 

38909122 bfe5 4f20 a10d e8288069e608

5. Ternyata tetamunya adalah pihak polis yang menerima laporan masyarakat sekitar tentang rumah tersebut yang disyaki menjadi sarang pelacuran

 

257ada19 2e08 4f32 9944 5bd2e843642d

6. Semasa memeriksa seluruh rumah, polis yang mendengar bunyi, masuk ke bilik dan mendapati Lee Joo Ri sedang memakai pakaian dalam

 

7a9e2467 0ac8 49a6 bc01 e5f7198c5df2

7. Selepas polis pulang, Joo Ri menunjukkan produk dewasa yang dia sembunyikan supaya tidak diketahui oleh polis, sambil masih mengenakan pakaian dalam

 

cfb1f682 e3a4 48c8 9412 1666e1f1cdb1

8. Suami Oh Geum Hee yang baru pulang kelihatan terkejut melihat Joo Ri dan menghalau semua wanita di rumah itu

 

d6229237 e207 44cb ae15 dacda12276ad

9. Suaminya mengamuk kerana menyangka bahawa rumahnya digunakan untuk kegiatan terlarang wanita-wanita tersebut

Heo Young Ja (Jung Young Joo) yang juga turut serta dalam majlis ini disyaki melaporkan mereka kepada pihak polis dan menuduh adanya kegiatan pelacuran di rumah Oh Geum-Hee dalam drama A Virtuous Business.

aa63b424 71ee 4c4a a4a3 5ec90b9adcfd

Semenjak kejadian-kejadian lucu tersebut, akhirnya terbentuklah sales squad! Jangan lupa untuk menonton drama ini di Netflix ya.

Baca lagi: C-Drama Kill Me Love Me, Kisah Balas Dendam Seorang Hamba Terhadap Putera Kerajaan
Baca juga: Kdrama Psiko-Thriller “Doubt” Menyajikan Plot Yang Berat Penuh Misteri yang Perlu Diselesaikan Berbaloi Ditonton?

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here