Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Binge-Watch 10 Drama Korea Aksi Ini, Pelbagai Kisah Jenayah

Binge-Watch 10 Drama Korea Aksi Ini, Pelbagai Kisah Jenayah

0

Drama Korea aksi juga memiliki daya tarikan tersendiri. Tidak semestinya dipenuhi kisah-kisah romantik, kini drama Korea aksi juga sudah menemui pasaran dan peminat tersendiri dan mula disukai ramai.

Drama-drama aksi dari Korea Selatan ada yang diwarnai dengan lawak jenaka komedi, drama, kisah menyentuh hati, dan juga cerita romantik di dalamnya hingga tidak membuatkan para penonton merasa bosan.

Mari sama-sama kita lihat senarai drama Korea di bawah ini.

 

1. Bad and Crazy (2021)

c64490c9 112d 49c7 85cd 6e579ade48ef

Bad and Crazy tayang pada 17 Disember 2021. Berjumlah 12 episod Bad and Crazy (2021) boleh ditonton di iQIYI dan Netflix. Mengisahkan tentang Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook), polis yang dikenali sebagai bad boy. Sisi kemanusiaannya muncul selepas bertemu seorang lelaki gila bernama K (Wi Ha Joon).

 

 

2. Black Knight (2023)

IMG 6778

Black Knight ialah drama aksi Korea yang dibintangi oleh Kim Woo Bin, dibintangi bersama Song Seung-heon, Esom, Kang You-seok, Kang Eui-sung, dan Roh Yoon-seo.

Drama ini berlatarkan tahun 2071, apabila dunia dimusnahkan oleh pencemaran udara toksik. Dikatakan hanya kira-kira satu peratus penduduk terselamat daripada bencana itu dan dunia mengalami ketidaksamaan kelas sosial.

Pencemaran udara yang sangat teruk bermakna orang jarang keluar rumah dan apabila mereka keluar, mereka perlu memakai topeng gas. Keadaan ini menyebabkan penduduk sangat bergantung kepada kurier untuk memenuhi keperluan harian mereka. Kurier dipanggil kesatria kerana mereka berkorban untuk menghantar bungkusan kepada pembeli yang tinggal di rumah.

 

3. D.P (2021)

dd3205d5 1084 40a3 8b6b b6c08b93a4dc

D.P. ditayangkan secara perdana pada 27 Ogos 2021 di Netflix, manakala musim kedua pula ditayangkan pada 28 Julai 2023. Drama ini diadaptasi dari webtoon bertajuk D.P Dog Day.

Mengisahkan tentang Ahn Joon Ho (Jung Hae In) dan Han Ho Yul (Koo Kyo Hwan) yang bekerja sama sebagai D.P. untuk menangkap para askar yang lari dari latihan. Bromance mereka yang menarik, kerap membuatkan penonton tersenyum.

 

4. The Veil (2021)

0d092db0 9076 4c9b 9e05 b1d4b94eb4a0

The Veil menampilkan Namkoong Min sebagai pelakon utama. Dia bergandingan dengan Park Ha-sun dan Kim Ji-eun.

Drama aksi thriller ini mengisahkan tentang Han Ji-hyuk (Namkoong Min), seorang ejen National Intelligence Service (NIS) yang dikenali memiliki reputasi yang sangat baik. Namun, pada suatu hari dia menghilang selama beberapa ketika.

Sekitar setahun kemudian, Ji-hyuk kembali muncul. Namun, dia memiliki keadaan seolah-olah tidak mengingati kejadian setahun lalu. Cuba menyelesaikan masalahnya, dia membuat keputusan untuk kembali ke organisasi. Di sini, Ji-hyuk nekad mahu mencari pengkhianat yang menjadi dalang masalahnya.

 

5. My Name (2021)

94a6ff38 d7e7 4487 85bb 652ea3e626fc

Drama ini menceritakan tentang usaha balas dendam Yoon Ji Woo (Han So Hee) apabila mengetahui bahawa ayahnya ditembak oleh orang yang tidak dikenali semasa hari lahirnya yang ke-17.

Untuk membalas dendam, Ji Woo menjadi anak buah Choi Mu Jin (Park Hee Son) yang juga pernah menjadi majikan ayahnya. Ji Woo menyusup ke unit pencegahan dadah di sebuah balai polis dan menjadi seorang detektif.

Melalui penyamaran tersebut, dia mula mencari pembunuh ayahnya. Walau drama ini adalah kisah balas dendam, namun kisah romantik dalam drama ini juga sangat menarik!

 

6. Bloodhounds (2023)

95f43683 3638 4040 93be 8bd40be99183

Drama Korea ini membawa kisah yang cukup dekat dengan gelas pertengahan dalam masyarakat. Pada masa transisi pandemik seperti waktu ini, perancangan lintah darat begitu mudah dalam mencari mangsanya. Capital Smile merupakan contoh syarikat lintah darah (ahlong) yang sering melakukan penipuan kepada rakyat marhaen.

Kim Gun Woo (Woo Do Hwan) adalah salah seorang mangsa dari ramai mangsa lain yang berjuang mati-matian. Dia bersama Hong Woo Jin (Lee Sang Yi) berusaha untuk meruntuhkan syarikat jahat tersebut supaya tidak lagi ada mangsa lain yang perlu menderita sepertinya.

 

7. Duty After School (2023)

d7c177e0 f487 4b3a 8aec ee4fc7eecb9a

Duty After School merupakan drama Korea bergenre sci-fi dan survival aksi yang ditayangkan di TVING. Bahagian pertama drama ini tayang pada 31 Mac 2023 dan berjumlah 6 episod. Manakala bahagian kedua yang berjumlah 4 episod tayang pada 21 April 2023. Drama ini dibintangi oleh Shin Hyun Soo, Lim Se Mi, Kwon Eun Bi, Kim So Hee, Lee Yeon, Kim Su Gyeom, hingga Moon Sang Min.

Duty After School mengisahkan tentang kehidupan pelajar sekolah menngah kelas 3 yang berubah apabila makhluk asing misteri berbentuk bola ungu muncul dari langit. Makhluk asing itu menyerang manusia dan menyebabkan ramai orang mati.

 

8. Island (2022)

35b965a3 95fa 41a0 802b 5135cb6a3114

Drama Korea Island berlatarkan Pulau Jeju dan mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang melakukan pengusiran syaitan. Van (Kim Nam Gil) dibesarkan untuk menjadi senjata yang melawan roh jahat dan membunuh mangsa yang dirasuk. Walaupun tidak menunjukkan emosi, dia menyimpan rasa bersalah dalam hati dan fikirannya.

Van bertemu dengan Won Mi Ho (Lee Da Hee), wanita dari keluarga kaya raya yang dihantar ke Pulau Jeju setelah membuat kesalahan. Won Mi Ho bekerja sebagai guru. Dan ada John, (Cha Eun Woo) pendeta Katolik yang kerap melakukan pengusiran syaitan. Ketiga-tiga mereka akan bekerja sama untuk mengusir roh jahat yang ingin menghancurkan dunia.

 

9. The Uncanny Counter (2020)

3b9d65a4 9d62 494b b7af 4448e38e07de

Drama Korea aksi fantasi ini mengisahkan tentang sekumpulan individu yang disebut sebagai “Counter.” Tujuan mereka adalah untuk memburu roh jahat dengan menggunakan kuasa khas yang diberikan kepada setiap anggota “counter”.

So Mun (Jo Byeong Gyu) adalah seorang pelajar sekolah menengah yang tempang akibat kemalangan jalan raya bersama ibu bapanya. So Mun merupakan anggota termuda dalam “Counter.”

 

10. Decoy (2023)

Drama korea

Decoy atau The Bait merupakan drama Korea yang mengisahkan tentang mangsa penipuan skim Ponzi. Decoy mengisahkan tentang Goo Do Han (Jang Geun Seuk) yang asalnya adalah seorang peguam. Seterusnya dia menjadi detektif. Goo Do Han dihadapkan pada kes pembunuhan bersiri.

Demikian sahaja cadangan drama-drama Korea aksi yang sangat menarik dan memaparkan pelbagai kisah jenayah. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: “A Virtuous Business” Siri Korea Komedi Baru yang Penuh Lawak Jenaka, Bawa Isu Taboo Masyarakat
Baca juga: 10 Drama Korea Tema Undang-Undang Angkat Pelbagai Kisah Perjuangan dan Jenayah Licik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here