Home Drama/Filem Jepun 6 Drama Jepun Ini Tampilkan Kisah Cinta Beza Usia, Penuh Bahagia

6 Drama Jepun Ini Tampilkan Kisah Cinta Beza Usia, Penuh Bahagia

0

Cerita cinta beza usia memang menarik. Cerita seperti itu menampilkan dinamika hubungan yang unik. Lebih-lebih lagi, perbezaan usia langsung tidak menghalang mereka untuk menunjukkan cinta yang romantik.

Jika anda ingin menonton drama-drama Jepun tentang cinta beza usia, berikut ini adalah beberapa cadangan untuk anda.

 

1. Hoshi Furu Yoru ni (2023)

Drama Jepun ini menampilkan cerita yang manis dan juga romantik. Jika anda suka drama dengan cerita cinta yang dewasa, tentu sahaja Hoshi Furu Yoru ni adalah pilihan yang tepat. On a Starry Night adalah tajuk lain untuk drama ini.

Drama jepun

Suzu adalah seorang pakar sakit puan yang berumur 35 tahun yang sedang mengalami tekanan hidup yang mengganggunya. Dia memutuskan untuk menenangkan diri dengan pergi ke pesisir laut.

Dalam masa dia menenangkan perasaannya itu, Suzu bertemu dengan pemuda yang menarik perhatiannya. Memiliki gangguan pendengaran, pemuda itu berkomunikasi dengan bahasa isyarat.

 

2. 18-sai, Niizuma, Furin Shimasu (2023)

Kisah dalam drama Jepun ini fokus pada anak perempuan tunggal sebuah keluarga kaya. Dia baru sahaja menamatkan pengajian sekolah menengah dan digesa untuk berkahwin secepatnya. Menolak jodoh yang dipaksa oleh ibu bapanya, Meiko Sanjo nekad untuk berkahwin dengan pengawal peribadinya. Mereka melakukan perkahwinan kontrak untuk mengelabui mata ibu bapa Meiko.

IMG 6818

Lalu, bagaimana perkahwinan palsu mereka berlangsung? Adakah mereka boleh bertahan dengan perbezqqb usia dan sikap masing masing yang menjadi pemicu
konflik?

 

3. Koi wa Tsuzuku yo Doko Made mo (2020)

Kisah romantik kali ini berlatarkan dunia perubatan. Seorang juru rawat baru dan muda bertemu dengan doktor yang sudah berpengalaman. Menariknya, Sakura ternyata sudah jatuh cinta dengan T endo semasa T endo menyelamatkan seseorang. Sejak kejadian lima tahun dahulu itu, Sakura berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi juru rawat supaya dia boleh bekerja dengan T endo.

IMG 6819

Lalu, adakah hubungan antara junior dan senior itu berubah menjadi hubungan cinta
yang romantik?

 

4. Chugakusei Nikki (2018)

Pernah dihujani kontroversi, Chugakusei Nikki menampilkan cerita cinta yang luar dari kebiasaan. Kisahnya tentang hubungan antara guru dan murid. Guru tersebut sudah berusia 23 tahun. Manakal, muridnya tersebut baru berumur 15 tahun. Akira adalah murid dengan keadaan keluarga yang rumit. Dia mula tertarik pada gurunya.

IMG 6820

Semasa menonton drama ini, anda akan diajak untuk membuat refleksi diri tentang
konsep cinta dan cinta beza usia. Bukan hanya menjelajah hubungan cinta antara
murid dan guru, Chugakusei Nikki juga menyajikan kisah tentang trauma masa kecil
hingga hubungan platonik.

 

5. Murai no Koi (2022)

Cerita drama ini adalah tentang pelajar sekolah yang pemalu. Selama ini, dia berpakaian kurang menarik dengan rambut yang panjang. Semasa berjalan, dia selalu membongkok.

IMG 6821

Oleh kerana dia sukakan seorang gadis otaku, pelajar sekolah tersebut mula berani mengubah dirinya agar dia kelihatan sama dengan karakter fiksyen kegemaran gadis tersebut. Bahkan, pelajar lelaki itu berani mengungkapkan perasaannya.

 

6. Promise Cinderella (2021)

Promise Cinderella juga mengangkat cerita cinta beza usia. Seorang wanita yang umur 30 tahun bernama Hayame Katsuragi baru sahaja bercerai. Kemudian, dia bertemu dengan pelajar sekolah menengah yang kaya yang aneh.

IMG 6822

Pelajar tersebut menawarkan pekerjaan sebagai pelayan peribadi pada Hayame
Katsuragi yang sedang bergelut dengan masalah kewangan. Lalu, bagaimanakah
pengakhiran hubungan transaksional itu?

Demikian 6 drama Jepun tentang cinta beza usia yang memiliki cerita unik dan menarik. Sesuai ditonton jika anda sedang berehat. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 11 Filem dan Drama Jepun ini Sesuai Untuk Pasangan Suami Isteri, Sesuai Untuk Healing
Baca juga: 5 Drama Jepun Ini Diangkat dari Kisah Benar, Penuh Inspirasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here