Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Siri Korea Pendek “4 Minutes 44 Seconds” Bawa Kisah Seram yang Segar...

Siri Korea Pendek “4 Minutes 44 Seconds” Bawa Kisah Seram yang Segar dan Menakutkan

0

Nampaknya pihak Lotte Cinema akan melancarkan siri seram pendek yang terbaru yang berjudul 4 Minutes 44 Seconds. Sesuai dengan tajuknya, siri ini mempunyai durasi 4 minit 44 saat bagi setiap episodnya.

Bagi anda yang menggemari filem seram, drama Korea ini mesti ada dalam senarai tontonan anda! 4 Minutes 44 Seconds ialah siri web seram dengan 8 episod yang akan disiarkan pada 1 November 2024.

Siri Korea pendek tersebut juga turut dibintangi oleh ramai bintang Idola KPop popular. Bintang-bintang idola KPop seperti Onew SHINee, Sungyeol INFINITE dan Yoo Ji Ae Lovelyz bakal tampil dalam senarai pelakon yang terlibat. Uniknya, semua pelakon dalam siri web ini adalah watak utama.

Ini sudah pasti membuatkan peminat ingin tahu tentang perlaksanaan setiap babak. Lebih-lebih lagi bagi peminat idola K-Pop seperti Onew yang sudah lama menyepi dari dunia perfileman, mereka sangat teruja menunggu 4 Minit 44 Saat untuk disiarkan.

Mari sama-sama kita lihat sinopsis drama pendek 4 Minutes 44 Seconds dan tarikh tayangan drama ini serta beberapa perkara menarik lain.

 

1. Sinopsis siri seram Korea, 4 Minutes 44 Seconds

4 minutes 44 seconds

4 Minutes 44 Seconds mengambil latar di sebuah apartment kecil yang dikenali sebagai Apartment Bukchon. Bunyi yang biasa didengari oleh penghuni pangsapuri menjadi tumpuan utama siri mini ini. Bermula dari ASMR, penghantaran pakej, dan bunyi bising antara lantai.

Namun, di pangsapuri ini bukan sahaja terdapat aktiviti harian biasa. Keganasan dan keanehan membuatkan penghuni pangsapuri berasa tidak senang. Para penghuninya secara tiba-tiba mengalami gangguan yang mengerikan yang menimbulkan rasa ketegangan apabila jam berada pada pukul 4.44 petang.

Salah seorang penghuni apartment yang bernama Ki Cheol (Onew SHINee) mempunyai jiran tetangga yang suka membuat bising dan perangainya itu sangat mengganggu orang sekeliling. Jiran tetangga yang lain juga turut merasa terganggu.

Lalu, apakah yang sebenarnya terjadi di apartment tersebut? Adakah sebenarnya jira tetangga Ki Cheol tersebut mempunyai hubung kait dengan gangguan mistik di Apartment Bukchon? Pasti anda tertanya-tanya dan rasa ingin tahu bukan?

 

2. Senarai pelakon yang membintangi 4 Minutes 44 Seconds

4 minutes 44 seconds

Bukan biasa-biasa, siri pendek seram dari Lotte Cinema ini dibintangi oleh ramai bintang Idola KPop yang popular dan digilai ramai. Berikut ini adalah senarainya.

Onew SHINee
Yoo Ji Ae Lovelyz
Ham Yeon Ji
Sungyeol INFINITE
Kim So Won
Lee Soo Min
Jang Young Nam

 

3. Tarikh tayangan rasmi 4 Minutes 44 Seconds

IMG 6854

Siri pendek 4 Minutes 44 Seconds ini bakal ditayangkan pada 1 November 2024. Menurut sumber dari Lotte Cinema, siri pendek ini terdiri dari lapan episod semuanya, di mana setiap episod akan memiliki durasi hanya 4 minit dan 44 saat sahaja, sesuai dengan tajuknya bukan?

Pastinya drama siri pendek ini sangat dinantikan kerana jalan cerita cukup misteri dan barisan pelakon yang merupakan bintang idola KPop yang diminati ramai. Menarik bukan?

Sumber

Baca lagi: “The Judge From Hell” Memanjangkan Masa Tayangan Episod 9 & 10
Baca juga: The Fiery Priest 2 Bakal Tayang 8 November, Tampilkan Lebih Ramai Pelakon Baru

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here