Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 8 Kdrama Detektif Tentang Siasatan Jenayah Kejam, Pembunuhan Mengerikan

8 Kdrama Detektif Tentang Siasatan Jenayah Kejam, Pembunuhan Mengerikan

0
Kdrama

Kdrama dengan genre siasatan jenayah dan detektif biasanya mengangkat kes-kes yang tidak dijangka yang boleh membuatkan para penonton merasa tegang dan tidak senang duduk dengan jalan cerita yang sukar dijangka.

Jalan cerita yang ditampilkan juga membuatkan kita tertanya-tanya tentang siapakah suspek atau penjenayah yang sebenarnya.

Berikut ini adalah beberapa buah cadangan Kdrama tentang detektif dan siasatan jenayah yang mengerikan. Mari sama-sama kita lihat.

 

 

1. You’re All Surrounded

f3f57e54 a430 4788 8e1c a997aed890c8

Empat orang detektif muda bekerja sama di sebuah balai polis di Gangnam, Korea Selatan. Salah seorang daripada mereka ialah Kim Ji Yong.

Dia mahu menjadi seorang detektif selepas melihat ibunya dibunuh kejam. Dia kemudian memutuskan untuk menukar namanya menjadi Eun Dae Gu dan tinggal di sebuah rumah anak yatim.

Keempat-empat orang detektif ini cuba mengungkap kebenaran di sebalik pembunuhan ibu Kim Ji Yong yang terjadi 11 tahun lalu dengan menyiasat ketua pasukan mereka yang mungkin ada kaitan dengan kejadian tersebut.

 

2. Vagabond

a220a8c5 04f0 416b 86bb c9291560409f

Drama Korea ini mengisahkan tentang Cha Dal Geon, seorang stuntman yang memasang impian mahu menjadi pelakon aksi terkenal.

Dia menjaga anak saudaranya sendiri. Anak saudaranya meninggal dunia dalam nahas pesawat yang tragis. Dal Geon yakin bahawa seseorang telah mensabotaj penerbangan tersebut, dia nekad mahu mengungkap kes kematian anak saudaranya.

Dal Geon bekerja sama dengan Go Hae Ri yang merupakan ejen NIS yang bekerja menyamar di kedutaan Korea. Mereka cuba mengungkap misteri insiden tersebut, tetapi akhirnya menemui skandal yang lebih kelam dari yang mereka duga.

 

3. Hello Monster

350be6d3 758c 4b96 91d1 75696ac09038

Lee Hyun merupakan seorang profesor dalam bidang psikologi. Dia bekerja sebagai pengajar dan juga seorang penasihat jabatan polis hingga dianggap sebagai seorang lelaki yang genius.

Bertahun-tahun tinggal di New York, dia kembali mengingati memori lama yang membuatnya kembali ke Korea. Salah seorang anggota pasukan yang bernama Cha Ji An dalam diam-diam menyiasat kes jenayah kejam yang melibatkan Lee Hyun dan mereka berdua berusaha untuk menggali kebenaran kes tersebut tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya telah diperangkap.

 

4. Less Than Evil

e9ce3dcf 322e 498e ba1c 874348257d0b

Menceritakan tentang seorang detektif yang selalu menyiasat kes namun sering gagal yang bernama Woo Tae Suk. Dia berusaha mengungkapkan sebuah jenayah seorang wanita psikopat.

Namun disebabkan kekurangan bukti-bukti, dia mendapat banyak teguran dari banyak pihak. Seiring berjalannya waktu, ternyata wanita psikopat bernama Eun Sun Jae ini membantu sedikit demi sedikit kes jenayah yang sedang disiasat oleh Tae Suk.

 

5. My Fellow Citizen

33230ce9 0a89 4c60 88a7 9374193ccce0

Menceritakan tentang Yang Jung Gook, seorang penipu profesional yang berasal dari keluarga penipu tiga generasi.

Jung Gook tanpa sengaja berkahwin dengan Park Hoo Ja yang ternyata adalah seorang detektif polis dan Jung Gook melakukan pelbagai cara supaya dia tidak ditangkap oleh isterinya sendiri.

 

6. Insider

5d9d75ee ccce 467a a359 d9f6664201ba

Menceritakan tentang seorang peserta latihan lembaga undang-undang yang bernama Kim Yo Han. Dia diminta menyamar untuk siasatan perjudian haram.

Namun ternyata penyamarannya dibongkar dan dia dipenjarakan. Di dalam penjara, Yo Han diseksa dan neneknya diancam hingga neneknya mati dibunuh.

Kematian neneknya membuatkan Yo Han berdendam pada pembunuh itu. Yo Han terus berjuang untuk bertahan hidup dan membongkar kes perjudian di dalam dan di luar penjara.

 

7. Crime Puzzle

f089dd78 bab9 44f1 a51d 27d7f3fd898c

Menceritakan hubungan antara Han Seung Min, seorang pakar forensik dan juga Yeon Hee seorang detektif yang telah bercinta selama setahun. Namun hubungan mereka terganggu selepas kematian ayah Yeon Hee yang tragis dan lebih malang lagi tuduhan pembunuhan tertuju kepada kepada Seung Min.

Seung Min akhirnya diseret ke balai polis dengan kawalan keselamatan yang sangat ketat. Yeon Hee yang tidak mempercayai tuduhan terhadap kekasihnya itu melakukan siasatan sendiri untuk mengungkapkan fakta dengan beberapa kali mengunjungi kekasihnya itu di penjara.

 

8. Pied Piper

Kdrama

Mengisahkan tentang pasukan perundingan di dalam jabatan polis, di mana pasukan tersebut bertugas untuk membuat strategi untuk mengurangkan kerugian dan juga harta benda pada kes-kes besar. Banyak kes yang sudah mereka tangani, di antaranya, keganasan, penculikan dan juga kes bunuh diri. Mereka menyelesaikan kes-kes ini dengan menggunakan komunikasi rundingan.

Demikian sahaja beberapa buah cadangan Kdrama tentang detektif polis dan siasatan jenayah kejam. Jangan lupa untuk menonton ya.

Baca lagi: Han So Hee Menggunakan Akaun Palsu Menyiarkan Komen Negatif Terhadap Hyeri?
Baca juga: Kdrama Psiko-Thriller “Doubt” Menyajikan Plot Yang Berat Penuh Misteri yang Perlu Diselesaikan Berbaloi Ditonton?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here