Home Movie Barat The Conjuring: Last Rites adalah Filem Terakhir bagi Francais The Conjuring, Tayang...

The Conjuring: Last Rites adalah Filem Terakhir bagi Francais The Conjuring, Tayang 2025

0

Nampaknya francais filem seram terkenal The Conjuring sudah hampir menemui penamatnya dan melabuhkan tirai.

Selepas tayangan filem keempat iaitu The Conjuring, The Conjuring: The Last Rites, francais filem ini akan tamat.

Kini filem The Conjuring: The Last Rites sedang memasuki tahap produksi. Perkara ini telah disahkan oleh pelakon yang membawa watak Lorraine Warren iaitu Vera Farmiga yang berkongsi gambar kerusi di lokasi penggambaran dengan tulisan Ed Warren dan Lorraine Warren.

Filem ini bakal menjadi filem penutup bagi francais The Conjuring, mari sama-sama kita lihat sinopsis filem The Conjuring: The Last Rites dan beberapa perkara menarik lain.

 

1. Sinopsis filem The Conjuring: Last Rites

Last rites

Filem ini nampaknya sekali lagi akan mengikuti perjalanan penyiasat paranormal iaitu Ed dan Lorraine Warren yang akan menangani kes seram terakhir pasangan ini di era tahun 1980-an.

Kali ini, semua entiti yang pernah mereka kurung dan halau akan kembali menghantui dan mengancam nyawa mereka.

Walaupun demikian, masih belum banyak maklumat yang dikongsikan oleh pihak Warner Bros mengenai jalan cerita bagi filem terakhir ini. Ramai yang ingin tahu tentang jalan ceritanya, oleh itu filem The Conjuring: The Last Rites diharapkan menjadi penutup francais filem The Conjuring dengan jalan cerita yang lebih padat dan idea segar.

 

2. Senarai pelakon yang membintangi filem The Conjuring: Last Rites

IMG 6898

Pihak produksi filem ini juga telah mengesahkan penglibatan beberapa orang pelakon lama yang kembali membintangi filem ini, khususnya mereka yang membawa watak dari keluarga Warren. Berikut ini adalah senarainya:

Vera Farmiga sebagai Lorraine Warren
Patrick Wilson sebagai Ed Warren
Ben Hardy sebagai Tony Spera
Mia Tomlinson sebagai Judy Warren

 

3. Tarikh tayangan filem The Conjuring: The Last Rites

IMG 6896

Walau pada waktu ini filem ini masih dalam tahap proses produksi, namun filem yang diarahkan oleh Michael Chaves dan ceritanya ditulis oleh David Leslie Johnson-McGoldrick dan James Wan ini telah mendapatkan pengesahan tentang tarikh tayangan rasminya. Filem The Conjuring: The Last Rites bakal ditayangkan pada 5 September 2025 akan datang.

Filem penutup bagi francais The Conjuring ini memang sangat dinanti-nantikan oleh para peminat setia. Sabar menunggu ya!

Baca lagi: Cara Menonton 9 Filem ‘The Conjuring’ dalam Susunan Kronologi
Baca juga: Rumah Seram The Conjuring Dijual RM6.57 Juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here