Home Kdrama/Kmovie Movie Diangkat dari Kisah Benar, 5 Filem Korea 2024 Ini Memukau Penonton

Diangkat dari Kisah Benar, 5 Filem Korea 2024 Ini Memukau Penonton

0

Sedar tidak sedar, kita sudah berada di bulan Oktober dan hampir ke penghujung tahun 2024.

Terdapat banyak filem Korea yang diangkat dari kisah benar yang ditayangkan dan berjaya mencuri perhatian. Bahkan ada banyak filem Korea yang viral kerana sering dibicarakan.

Adegan dalam filem juga diinspirasikan dari kejadian yang benar-benar terjadi. Inilah yang menjadi daya tarikan utama filem-filem ini. Semuanya membuatkan cerita dalam filem meninggalkan kesan dalam hati hingga terus diingati.

Berikut ini adalah senarai filem Korea yang diangkat dari kisah benar yang ditayangkan pada tahun 2024 ini. Mari sama-sama kita lihat di bawah ini!

 

1. Hijack 1971

Hijack 1971 adalah filem Korea dari kisah benar yang pernah viral. Filem ini ditayangkan pada bulan Julai 2024. Pelakon-pelakon utamanya adalah Sung Do Il, Ha Jung Woo, dan Yeo Jin Goo.

Bertemakan rampasan pesawat Korean Air F27, Hijack 1971 menampilkan adegan yang menegangkan. Kisah filem ini adalah berdasarkan kes rampasan pesawat yang pernah terjadi pada tahun 1971.

Filem korea

Kapal terbang Korean Air F27 terbang dari lapangan terbang Sokcho menuju ke Gimpo. Penerbangan di bawah kuasa juru terbang Gyu Sik dan Tae In. Watak Tae In diinspirasikan dari juru terbang Park Wan Gyu yang menjadi sosok penting dalam misi menyelamat para penumpang.

Awal perjalanan masih biasa-biasa sahaja. Hingga akhirnya, terdengar bunyi letupan di dalam kapal terbang dari bom yang dibuat oleh Young Dae. Bukan hanya itu, Young Dae mengancam akan menerbangkan kepal terbang itu ke Korea Utara.

Sementara itu, juru terbang Gyu Sik mengalami kecederaan pada bahagian mata. Satu-satunya harapan iaag Tae In yang boleh menerbangkan pesawat itu.

 

2. Harbin

Filem Korea ini akan ditayangkan pada 18 Disember nanti. Namun, Harbin telah ditayangkan secara perdana di Toronto Festival 2024 pada bulan September lalu.

Harbin penuh dengan bintang popular dan pelakon chungmuro, di antaranya:

Hyun Bin
Park Jung Min
Jo Woo Jin
Jeon Yeo Bin
Yoo Jae Myung
Park Hoon
Lee Dong Wook
Kim Ji Oh
Jung Woo Sung (sebagai cameo).
16d38a11 2fa4 4234 bc63 9a10e0afb604

Sesuai dengan judulnya, filem ini memang berlatar di Harbin, Cina. Harbin mengangkat kisah benar yang sarat dengan sejarah.

Ceritanya tentang Korea Selatan yang masih di bawah jajahan Jepun. An Jung Geun adalah seorang Leftenan Jeneral Korea yang juga merupakan seorang aktivis.

Dia mengunjungi beberapa buah negara dengan tujuan untuk merebut semula tanah Korea. Bahkan, Jung Geun dan kawan-kawannya mengejar Ito Hirobumi ke Harbin, Cina.

 

3. The Land of Happiness

The Land of Happiness adalah filem yang diangkat dari kisah benar dan ditayangkan pada 14 Ogos 2024, The Land of Happiness mengisahkan tentang bekas Presiden Korea Selatan iaitu Park Chung Hee. Bekas presiden itu dibunuh pada 26 Oktober 1979.

IMG 7003

Namun, The Land of Happiness tidak fokus pada sosok Park Chung Hee. Sebaliknya, filem ini menyoroti kisah seorang peguam yang berusaha membela suspek kes pembunuhan presiden. Menarik bukan?

 

4. Uprising

Uprising adalah filem Korea bergenre aksi yang diinspirasikan dari kejadian sejarah pada zaman Joseon. Filem ini ditayangkan pada 11 Oktober lalu. Pelakon utamanya adalah Kang Dong Won, Park Jeong Min, dan Cha Seung Won.

Perkara yang menarik tentang filem ini adalah latar cerita yang digunakan. Uprising mengambil latar semasa Korea menghadapi serangan dan pencerobohan Jepun.

Dua orang sahabat yang berbeza kelas sosial terpisah kerana perperangan. Jong Ryeo merupakan anak lelaki tunggal dari keluarga bangsawan yang paling berkuasa pada masa Joseon.

Jong Ryeo berkawan baik dengan Cheon Young walau mereka berdua memiliki latar belakang sosial yang jauh berbeza. Ketika kekacauan mula terjadi, Jong Ryeo dan Cheon Young memiliki pandangan yang berbeza.

Jong Ryeo setia dengan keluarganya dan berada di pihak raja. Manakala Cheon Young, memilih berada di barisan rakyat yang berjuang untuk keadilan.

 

5. Citizen of A Kind

Cerita filem ini diangkat dari peristiwa penipuan yang viral pada tahun 2016 di Korea. Dengan balutan komedi, Citizen of A Kind boleh dijdikan tayangan yang menarik serta menghiburkan. Terutamanya jika ditonton untuk melepaskan penat.

Seorang rakyat biasa yang bernama Dok Hee menjadi mangsa penipuan melalui voice phishing. Semasa menerima panggilan telefon, dia ditawarkan pinjaman. Tergoda dengan pujukan penipuan, dia tanpa berfikir panjang terus memindahkan wang.

Dalam waktu yang singkat, Dok Hee kehilangan wang berpuluh ribu dollar. Demi mendapatkan duitnya itu kembali, Dok Hee dibantu beberapa orang yang ternyata adalah penipu handalan.

Demikian 5 filem Korea dari kisah benar yang ditayangkan pada tahun 2024 ini yang menarik untuk ditonton. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: “Jeongnyeon: The Star Is Born” Raih Rating Memberangsangkan Walaupun Diulit Kontroversi
Baca juga: Mendebarkan, 5 Drama dan Filem Korea Bawa Kisah Penculikan

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here