Semakin lama kehidupan yang dijalani oleh watak Joo Eun Ho yang dilakonkan oleh Shin Hye Sun dalam drama Dear Hyeri semakin sukar dan menyakitkan.
Dia terduduk sendirian hingga dia tidak mempunyai ruang dan peluang untuk bergerak bebas. Baik dalam alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan percintaannya, tidak ada langsung yang berpihak padanya. Dia kesunyian dan kesakitan sendirian. Perkara menyedihkan ini menambahkan derita mental yang dia alami dan keadaannya semakin parah.
Dalam satu keadaan, Joo Eun Ho menyatakan bahawa dia membenci dirinya sendiri. Berikut ini adalah beberapa sebab yang menjadi faktor utama konflik dalam diri Joo Eun Ho semakin teruk dan dia membenci dirinya. Hati-hati dengan keadaan diri anda juga ya, jika anda ada perasaan, fikiran dan masalah yang sama seperti Joo Eun Ho, jangan lupa cepat-cepat dapatkan bantuan!
1. Selama bertahun-tahun, dia memendam rasa bersalah kerana dia bersikap keras pada adiknya. Dia menyesal kerana menyuruh adiknya pergi bercuti
2. Penyesalan itu berlanjutan apabila dia merasa kesepian. Dia menyalahkan diri atas setiap kejadian buruk yang menimpa dirinya
3. Selain itu, Joo Eun Ho sangat bergantung pada Jung Hyun Oh (Lee Jin Wook). Dia merasa gagal ketika Jung Hyun Oh meninggalkannya
4. Dia semakin membenci dirinya sendiri kerana Jung Hyun Oh memilih untuk berkahwin dengan orang lain. Dia merasa dirinya tidak cukup bagus dan serba kekurangan!
5. Joo Eun Ho tidak memiliki support system yang membuatnya bangkit dari kegagalan
6. Dalam kerjaya pula, Joo Eun Ho juga mengalami penurunan dan prestasinya tidak berapa baik. Rakan sekerja yang toksik membuatnya semakin tertekan
7. Hidup dalam masyarakat yang tidak pernah ramah dan mesra padanya, tentu sahaja Joo Eun Ho selalu merasa tidak pernah bahagia
Menyalahkan diri atas semua kejadian buruk yang terjadi pada kita adalah tindakan yang tidak tepat. Itu hanya membuatkan kita membenci diri sendiri dan terperangkap dalam jurang penyesalan yang mendalam. Adakah Joo Eun Ho boleh keluar dari keadaan yang menyedihkan? Jangan lupa saksikan episod seterus ”Dear Hyeri” pada setiap Isnin dan Selasa ya!
Baca lagi: Dear Hyeri: 7 Kebenaran Kisah Silam Lee Jin Wook, Banyak Bebanan
Baca juga: 3 Lelaki Ini dalam “Dear Hyeri” Adalah Minat Cinta Shin Hye Sun, Siapakah Mereka?