Home Kdrama/Kmovie Drama Korea Suka Kdrama Doubt? Tonton 8 Siri Psiko Thriller Ini yang Mempunyai Vibe...

Suka Kdrama Doubt? Tonton 8 Siri Psiko Thriller Ini yang Mempunyai Vibe Serupa

0

Han Suk Kyu yang dikenali oleh peminat seluruh dunia melalui watak ikoniknya sebagai Doktor Kim Sa Bu dalam Kdrama Dr. Romantic musim 1-3 (2016-2023) kini membuat kemunculan bergaya dalam Kdrama terbaru.

Bukan genre perubatan, kali ini Kdrama yang dibintanginya membawa genre psikologikal thriller. Han Suk Kyu membawa watak sebagai profiler jenayah yang mengesyaki anak perempuannya sendiri terlibat dalam sebuah kes pembunuhan.

Hanya berjumlah 10 episod sahaja, Kdrama Doubt menyajikan cerita penuh teka-teki dan menegangkan yang dibaluti dengan sinematografi yang sangat memukau.

Buat anda yang tertarik untuk menonton Kdrama dengan genre serupa dengan Doubt dan mempunyai vibe yang sama, cadangan drama-drama Korea misteri psikologikal thriller berikut ini boleh anda tonton. Semua drama yang tersenarai adalah sangat menarik dan penuh dengan teka-teki!

 

1c8982c1 e014 44d4 8cfd 7171892a7b61

1. Kisah profiler jenayah yang menyiasat kes dengan menggunakan pendekatan dan kaedah profiling dalam drama Korea Doubt juga ada dalam Through the Darkness (2022)

 

6a33fef7 fd62 44ee 8f7e 37d7deb474aa

2. Dua kes pembunuhan terjadi di sebuah bandar kecil dalam Beyond Evil (2021) membuatkan seorang detektif muda mengesyaki ketua polis sebagai pembunuh sebenar

 

eb1264f9 b8ee 4962 87cc 8f5d61faac3c

3. Seperti Doubt, Lies Hidden in My Garden (2023) menampilkan kisah penuh teka-teki mengenai kes pembunuhan yang ditampilkan dalam sinematografi yang memukau

 

dad7296c 77ad 4c4b a34b e1b1c2f17f96

4. Sebelum Doubt, Han Suk Kyu membintangi Watcher (2019). Dia juga membawa watak sebagai polis yang menyiasat kes pembunuhan misteri

 

Kdrama

5. Pyramid Game (2024) menyajikan kisah menegangkan dan penuh plot twist mengenai jenayah buli yang diketuai seorang pelajar perempuan sekolah menengah

 

1b4b26ad 41ee 4bc2 8f78 d9ea417e71ee

6. Kehidupan sempurna pelajar sekolah menengah hancur selepas terlibat dalam kes pembunuhan dan dia mengesyaki ibu bapanya angkatnya adalah jahat dalam Perfect Family (2024)

 

Drama korea

7. Jenayah yang dilakukan oleh anak-anak muda dalam drama Korea Doubt mirip dengan perkara yang terjadi dalam Extracurricular (2020) yang menceritakan sisi gelap pelajar-pelajar sekolah menengah

 

IMG 7096

8. Diadaptasi daripada novel misteri Jerman yang paling laris “Snow White Must Die,” “Black Out” ialah filem thriller jenayah yang dibintangi oleh Byun Yo Han sebagai seorang pemuda yang dituduh membunuh dalam kes misteri di mana tiada mayat ditemui. 10 tahun kemudian, dia memulakan perjalanan untuk membongkar kebenaran di sebalik hari pembunuhan misteri yang telah menghancurkan hidupnya.

Semua lapan Kdrama psikologikal thriller di atas memiliki vibe serupa dengan cerita Doubt. Menyajikan kisah penuh teka-teki dengan banyak plot twist, semuanya boleh anda tonton sambil menantikan sambungan kisah Kdrama Doubt yang ditayangkan di Netflix. Selamat menonton ya!

Baca lagi: Kdrama Psiko-Thriller “Doubt” Menyajikan Plot Yang Berat Penuh Misteri yang Perlu Diselesaikan Berbaloi Ditonton?
Baca juga: “Doubt” Cantas Rating “Black Out” Pada Awal Minggu, Mengapa Ramai Tertarik Untuk Menontonnya?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here