Home Anime Anime Bleach: Siapakah Kenpachi yang Terkuat?

Anime Bleach: Siapakah Kenpachi yang Terkuat?

0
Kenpaci

Buat anda yang setia menonton siri anime Bleach (2004) hingga adaptasi terbarunya iaitu Bleach: Thousand-Year Blood War Arc (2022), anda pasti sudah tidak asing lagi dengan nama Kenpachi.

Dalam anime Bleach, Kenpachi merupakan gelaran untuk Kapten Divisyen 11 dalam barisan ketenteraan Seiretei. Gelaran Kenpachi hanya boleh dimiliki oleh seorang sahaja dan merupakan gelaran untuk Shinigami yang terkuat.

Sepanjang cerita dalam anime Bleach, sudah ada beberapa generasi yang menyandang gelaran ini. Kebanyakan dari gelaran tersebut diperolehi dengan membunuh Kenpachi sebelumnya.

Dalam banyak-banyak karakter yang ditunjukkan, anda rasa siapakah Kenpachi yang terkuat dalam anime Bleach?

 

1. Kenpachi Zaraki

Kenpachi

Mungkin ramai yang setuju bahawa Kenpachi Zaraki adalah Kenpachi terkuat dalam Bleach! Kenpachi generasi kesebelas ini merupakan salah seorang yang Yhwach takuti dalam Thousand-Year Blood War Arc. Selepas berjaya melangkaui Unohana, Kenpachi akhirnya mendapat kekuatan penuh dari Zanpakuto miliknya.

Zanpakuto Zaraki, yang dinamakan Nozarashi, memberikan peningkatan kekuatan yang luar biasa. Shikai miliknya berbentuk golok raksasa yang boleh memotong apa-apa sahaja. Sementara itu, Bankai miliknya mengubah Zaraki menjadi raksasa merah yang ganas.

Sayangnya, oleh sebab Bankai Zaraki terlalu kuat, tubuhnya akan hancur jika Zaraki tidak dapat mengendalikannya. Pada akhir manga Bleach, Zaraki bukan hanya Kenpachi terkuat, tapi juga merupakan salah seorang dari karakter paling kuat dalam semesta Bleach.

 

2. Kenpachi Kuruyashiki

Bleach

Muncul dalam novel Bleach: Spirits Are Forever With You, Kenpachi Kuruyashiki adalah Kenpachi generasi ketujuh yang juga merupakan kawan baik Shunsui Kyoraku. Walau Kuruyashiki dikalahkan oleh Soya Azashiro dalam duel, tidak bererti dia lebih lemah. Malah, dia kalah kerana dia membataskan kekuatannya sendiri. Shikai dari Kuruyashiki, Gagaku Kairo, mencipta 13 raksasa ganas yang digunakan untuk menyerang musuhnya. Terdengar biasa-biasa sahaja bukan? Tunggu hingga anda melihat kekuatan Bankainya!

Bankai Kenpachi Kuruyashiki memiliki nama yang sama dengan Shikai miliknya. Namun, kesannya benar-benar berbeza. Bankai Gagaku Kairo mencipta rahang raksasa yang akan menghancurkan semua yang ada di dalamnya. Bankai ini sangat berbahaya hingga dilarang di Seireitei oleh Central 46.

Dalam novel, Azashiro yakin dia akan kalah jika Kuruyashiki mengeluarkan Bankainya. Sebagai tambahan, dia juga pernah direkrut menjadi Royal Guard, tapi ditolak olehnya. Melihat betapa kuatnya para anggota Royal Guard, sudah boleh dijangka bagaimana ngerinya Kuruyashiki jika dia tidak menahan diri.

 

3. Yachiru Unohana

Anime bleach

Terungkap dalam Thousand-Year Blood War Arc, Kapten Retsu Unohana yang terkenal ramah ternyata merupakan bekas Kapten Divisyen 11 yang lagenda, Yachiru Unohana. Dia adalah Kenpachi pertama dan dikatakan sebagai yang terbaik dalam teknik lawan pedang. Yachiru juga salah seorang anggota original Gotei 13 yang berjaya mengalahkan Yhwach dan pasukannya 1000 tahun yang lalu.

Unohana lebih mengharapkan kebolehannya dalam bermain pedang yang tiada tandingan untuk bertarung. Sementara, Bankai miliknya, Minazuki, yang mencipta cecair yang mencederakan musuh dan menyembuhkan lukanya, dia gunakan sebagai sokongan dalam berlawan. Dalam Thousand-Year Blood War Arc, dia dilantik untuk melatih Zaraki mengembangkan potensinya sebagai senjata melawan Quincy.

Pertarungan Zaraki dan Yachiru berlangsung sengit. Zaraki akhirnya berjaya mengalahkan Yachiru setelah berkali-kali nyaris mati dan perlu dibangkitkan lagi oleh Yachiru dengan Kido penyembuhannya.

Baca lagi: Anime Bleach: 5 Bankai dengan Kuasa Elemen Terkuat

4. Kenpachi Azashiro

27c5b407 6c21 4811 9d38 bc469340dee0

Soya Azashiro adalah Kenpachi generasi kelapan yang mendapat gelaran tersebut selepas membunuh Kenpachi Kuruyashiki. Dia adalah anggota dari keluarga Azashiro yang terkenal di Seireitei. Berbeza dengan Kenpachi lain yang bertubuh besar dan kekar, Azashiro bertubuh kecil dengan wajah feminin dan rambut panjang. Karakter ini adalah salah satu antagonis utama dalam novel spin-off berjudul Bleach: Spirits Are Forever With You (2012).

Kenpachi Azashiro adalah salah satu karakter yang kekuatannya sangat mengerikan. Uniknya, Azashiro selalu mengaktifkan Bankai miliknya iaitu Urozakuro pada setiap masa. Bankai tersebut membolehkan Azashiro untuk bersatu dengan segala perkara di sekitarnya dan mengendalikannya, termasuk makhluk hidup dan udara. Oleh sebab kekuatan ini, dia berjaya mengalahkan Kuruyashiki dengan cara mencederakannya dari dalam tubuh.

Kekuatan mengerikan ini bahkan memaksa Royal Guard untuk masuk campur. Namun, Bankai miliknya memberikan kesan sampingan yang membuatkan tubuh Azashiro kekal begitu dan tidak pernah boleh berkembang. Itulah penyebab utama dia kalah dengan Kenpachi Zaraki. Oleh sebab terlalu mengharapkan Bankai, Azashiro tidak boleh mencederakan tubuh sempurna Zaraki walau dia telah mencuba pelbagai cara.

 

5. Kenpachi Kiganjo

7e782c87 f454 4caa bddd e978edc100e7

Mempunyai nama sebenar Gosuke Kiganjo, dia adalah Kenpachi generasi kesepuluh yang dikalahkan oleh Kenpachi Zaraki sebelum siri Bleach dimulakan. Tidak banyak yang diketahui tentang Kenpachi Kiganjo ini. Dia bertubuh besar dan berkulit gelap. Zanpakuto Kiganjo hanya diperlihatkan sekilas pada bahagian hulunya yang memiliki lingkaran cincin berwarna hitam dan emas. Jika diperhatikan, kemungkinan besar bentuk Shikainya adalah Gada.

Walau tidak pernah ditampilkan beraksi, kekuatan Kenpachi Kiganjo boleh diukur dari hasil pertarungannya melawan Kenpachi Zaraki. Dalam duel perebutan gelaran Kenpachi yang disaksikan oleh 200 anggota Divisyen 11, dia dikalahkan oleh Zaraki hanya dengan 1 serangan. Padahal, Kenpachi waktu itu kekuatannya lebih lemah dari yang sekarang.

Dari sini, boleh disimpulkan bahawa dalam semesta Bleach, Kenpachi Zaraki adalah yang terkuat, disusuli oleh Kuruyashiki dan Yachiru Unohana. Sebenarnya, ramai Kenpachi kuat yang bakal berguna untuk melawan pencerobohan Quincy dalam Thousand Year-Blood War Arc bukan? Sayangnya, mereka pula saling membunuh.

Baca lagi: Cara Tonton Bleach Ikut Susunan, Bermula dari Siri, Filem, OVA dan Episod Filler
Baca juga: Anime Bleach: Thousand-Year Blood War Part 3 Bakal Tampil Lebih Hebat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here