Home Movie Barat 5 Pilihan Filem Seram Satira 2024, Filem Seram yang Menghiburkan

5 Pilihan Filem Seram Satira 2024, Filem Seram yang Menghiburkan

0

Bosan dengan filem-filem seram yang biasa-biasa sahaja, yang selalu dicadangkan?

Selalunya filem-filem seperti Texas Chainsaw Massacre, Trick ‘r Treat, Scream, Carrie, dan The Corpse Bride menjadi pilihan bukan? Cuba tonton filem seram dengan subgenre seram satira pula.

Filem seram jenis ini pasti membuatkan malam anda lebih berwarna-warni. Dengan sentuhan lawak jenaka dan sindiran sosial yang menyengat, filem jenis seram satira ini boleh ditonton sendirian tanpa perlu merasa takut, jika ditonton beramai-ramai pastinya lebih meriah dan menarik.

Berikut ini adalah pilihan filem seram satira menarik 2024 yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

 

1. Humanis Vampire Seeking Consenting Suicidal Human

IMG 7172

Humanis Vampire Seeking Consenting Suicidal Human adalah filem feature debut pengarah Kanada Ariane Louis-Seize. Ceritanya fokus pada Sasha (Sara Montpetit), vampire remaja yang tidak pernah mahu berburu darah sendiri, dia bergantung pada ibu bapanya. Satu hari ibu bapanya memutuskan untuk berhenti memberi stok darah untuknya dengan tujuan mendorongnya berdikari.

Semasa sedang mencari mangsa, dia bertemu dengan remaja sebayanya yang dengan senang hati memberinya persetujuan untuk menghisap darahnya. Namun, ada satu syarat yang perlu dipenuhi Sasha sebelum itu.

 

2. Your Monster

96883dc6 32fb 4cdf b42f 4b55ae4a9d8c

Mendapat pujian ramai, Your Monster juga adalah filem debut. Caroline Lindy iaitu pencipta filem seram ini memilih Melissa Barrera sebagai Laura, pelakon yang sedang berada di titik terendah dalam hidupnya. Dia didiagnos menghidap penyakit kronik, kariernya hancur, dan dia ditinggalkan kekasihnya.

Pada waktu itulah muncul raksasa yang mendekatinya dan perlahan-lahan memberinya harapan. Menggabungkan elemen seram dan romcom, filem ini berjaya menggondol Audience Favorite Award pada tayangan perdananya di Sundance Film Festival 2024.

 

3. Lisa Frankenstein

b6d22153 7883 4a83 87bd 61eabafe822c

Filem seram yang dihasilkan oleh Focus Features ini berlatarkan akhir tahun 1980-an semasa remaja yang bernama Lisa (Kathryn Newton) hidup. Dia adalah sosok pemalu dan kurang bergaul yang kemudian menjadi mangsa buli dan serangan seksual.

Peristiwa itu menjadi titik trauma dalam hidupnya. Semasa mencurahkan perasaan di kuburibunya yang sudah meninggal dunia, dia tanpa sengaja menghidupkan mayat pemuda dari era Victoria yang bakal menjadi pembantu setianya. Selain seram satira, filem ini juga sering dimasukkan dalam kategori coming-of-rage.

 

4. Dead Talents Society

9a0c8a47 4598 43be b09e bcafe4095c42

Filem dari Taiwan, Dead Talents Society adalah filem seram komedi garapan John Hsu yang mengikuti pergelutan para hantu. Rookie (Gingle Wang), hantu gadis muda yang baru sahaja mati secara tragis dan biasanya menakut-nakutkan orang di bilik air untuk mempertahankan kewujudannya.

Dia tahu bahawa caranya itu tidak akan bertahan lama, dia tergerak untuk mengikuti sebuah pertandingan. Namun, dia perlu bersaing dengan hantu yang paling popular iaitu Catherine (Sandrine Pinna) yang berstatus urban legend.

 

5. Beetlejuice Beetlejuice

Filem seram

Beetlejuice Beetlejuice adalah filem seram satira terbaru Tim Burton yang merupakan sekuel dari filem 1980-an dan pernah menjadi sensasi di alam maya. Filem ini mengikuti Lidya (Winona Ryder) yang kini sudah berusia dan mempunyai anak remaja yang bernama Astrid (Jenna Ortega).

Sebuah insiden membuatkan mereka perlu kembali ke rumah masa kecil Lidya. Pada fasa inilah, Astrid tanpa sengaja membuka portal ke dunia lain yang membuatkan sosok iblis dari masa lalu ibunya kembali menagih janji.

Kombinasi elemen seram dengan komedi/satira ternyata boleh dijadikan hiburan alternatif anda. Lebih ringan, tanpa mengurangkan sensasi mendebarkan.

Baca lagi: 10 Filem Mengerikan Tentang Penceroboh yang Bersembunyi dalam Rumah, Kegilaan yang Menakutkan
Baca juga: 10 Cadangan Filem Seram Jepun Paling “Disturbing”

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here